Friday, April 30, 2010

rintihan si muslimah


             Ya Rabb, aku masih tercari-cari siapakah dia bakal mujahidku. Seorang pejuang yang akan membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. Ar-rijal yang isyaAllah dapat memelihara tubuhku dari panasnya api nerakaMu.  Zauj yang akan memimpinku ke puncak nasuhamu. Namun dirinya masih rahsia penciptanya dan namanya telah tertulis untukku di kitab nyata Luh Mahfuz. 

Ya Allah, muliakanlah akhlakku kerana ku tahu, seandainya tidak sedemikian peribadiku maka begitulah jua akhlak bakal imamku. Sesungguhnya, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.  Tersangatlah bimbang diri ini seandainya tidak mampu mendidik hati dan mengawal nafsu menggeruni azab siksaMu, tidak akan dapat aku memiliki pencinta syahidMu. kerana yang ku impi adalah seorang pejuang untuk  sama berjihad di jalanMu  yang terbentang dan melahirkan para mujahid dan mujahidah dari rahimku..
Biarlah dia yang ku cari adalah yang pertama dan terakhir selama hayatku.  Sesungguhnya yang ku tunggu bukanlah lafaz akad darinya untuk memiliki hatinya semata,  melainkan jambatan untukku ke jannahMu. Dek kerana hatinya bukan hak milikku melainkan milik robbul jaleel.

Tapi, perjalanan hidupku masih jauh dan masih terlalu awal untukku mengenal erti sebuah cinta lantaran cita-cita yang masih perlu ku gapai dan masih belum ku raih cinta teragungku kerana impianku menjadi Hurun A’in penghias syurgaMu. Ya tuhanku, janganlah engkau berikan hatiku kepada sesiapapun melainkan diriMu  selagi belum tiba masanya.  Janganlah engkau jerumuskan diri ini ke arah cinta nafsu yang membawa bahana. Diri ini amat bersyukur kerana masih belum ditakdirkan pertemuan sedar antara aku dengan dia sebelum lafaz akad kerana takutku kepada sang pencipta, bimbangku akan menempah tempat di nerakaNya.Kerana ku tahu, cintaMu, cinta abadi dan cinta hakikiku. Andainya diriku telah ditakdirkan seperti  Rabiatul Adawiyah, wanita sufi yang tidak dipetik mana-mana lelaki, aku redha Ya Allah kerana ku tahu mungkin jodohku bukan di dunia fana ini melainkan di akhirat kelak insyaAllah..

halal buatku..


                Jam telah pun menunjukkan pukul 2 pagi. Dah pagi rupanya patutlah berat mata aku..keluhku.  Buku latihan terakhir yang dah siap kusemak ku letakkan di atas meja. Aku bersengkang mata sampai ke pagi semata-mata nak menyemak semua kerja rumah yang ku berikan kepada anak-anak didikku. Nasib baik la esok hari sabtu, boleh ‘qada’ balik tidur. Aku bingkas bangun dan terus menuju ke katil. Selamat malam.. moga esok akan menjadi hari yang bermakna buatku dan lebih baik dari hari-hari sebelumnya..Bisikku perlahan.

Kring…kring… bunyi jam loceng di sebelah akhirnya memecahkan keheningan subuh. Aduhai…cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru seminit yang lalu aku melelapkan mata. Walaupun rasa macam badan aku kena himpit Gunung Everest, tapi ku gagahkan juga bangun untuk mendirikan solat subuh. Assalamualaikumwarahmatullah.. Selesai satu kewajipan. Selesai membaca doa, ku bingkas turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Seperti biasa, ibu tercinta memang sentiasa bangun lebih awal. Kagumku dengan ketabahan hati wanita di hadapan ku ini. Senyuman yang diukirnya menenangkan dan mendamaikan hatiku. Sejak pemergian ayah 10 tahun lalu, ibu lah segala-galanya bagiku. Oh tuhan, janganlah engkau ambil dia daripadaku kerana ku masih memerlukan kasih sayangnya,,, rintihku. “Zinnirah.. dah mandi ke belum ni?” Tanya bonda tercinta. “Dah bu, sebelum solat subuh tadi.. bu jom lah makan, lapar…” ibu tersenyum dan menyertaiku menjamah nasi goreng yang masih hangat..

Petang itu ku habiskan dengan meng’qada’ tidurku. Namun, bunyi telefon bimbit telah menganggu tidurku. Alahai,,, baru nak mimpi. Ku perhatikan nama di skrin. Oh.. Luqman rupanya. Segera ku picit butang hijau pada telefon bimbit.” Assalamualaikum awak… awak apa khabar? Sihat?” Tanyaku dengan nada mesra. Luqman  Hakim adalah tunangku. Sudah sebulan usia pertunangan ini dan insyaAllah tahun depan akad perkahwinan akan terlafaz. “Waalaikumussalam.. sihat Alhamdulillah..saje telefon nak tanya khabar bakal penghias hidup saya ni.” Luqman tergelak kecil. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata yang kedengaran lembut di telingaku. “Saya sihat alhamdulillah awak.. awak tu yang kena jaga kesihatan. Kalau tak, camne nak jaga kesihatan pesakit kalau kesihatan doktor sendiri tak terjaga.” Nasihatku. “iye, awak jangan risau, mestilah kena jaga kesihatan terutamanya suara, takut-takut nak lafaz akad nanti takde suara pulak.” Katanya berseloroh. Tinggal sebulan je lagi lepas tu kami sah menjadi suami isteri.Sudah terbit rasa sayangku pada lelaki ini. Aku ingin menjadi yang halal buatnya ya Allah.Biarlah dia yang pertama dan terakhirku. Kami tidak berbual panjang, biarlah yang selebihnya selepas ijab Kabul nanti. Luqman Hakim lah pilihan hati ini..

~*~*~*~*~*~*~*~

“Selamat pengantin baru Zinnirah...”  ucap Falah, sahabat karibku. Sebulan telah pun berlalu, syukur Alhamdulillah, kami telah selamat diijabkabulkan. “Terima kasih Falah.. awak tu bila nak ajak saya makan nasi minyak?” usikku sambil melirik senyuman pada Falah.”InsyaAllah... Cuma tak  ketemu lagi si teruna yang dicari” Falah tergelak .Pagi tadi semasa majlis akad nikah, Luqman hanya melafazkan akad sekali sahaja dan tanpa ku sedari air mataku menitis. Oh.. terasa kebahagiaan di hatiku. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dan kini aku sah menjadi miliknya. Ku pandang wajah ibu.. lalu ku sapu air matanya dan ku dakap seerat-eratnya. “nirah, jangan derhaka pada suami ye.. ingat, syurga isteri di telapak kaki suami.” Pesan ibu. Aku mengangguk perlahan sambil menguntum senyuman. Setelah bersalaman dengan ibu dan adik lelaki tersayang Ali Akbar, kereta Honda CRV memecut keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke banglo dua tingkat yang baru dibeli  Luqman. Tiba-tiba ku terasa tanganku digenggam, lantas ku menoleh ke kanan. Senyuman terukir di bibir Luqman. “hehe terkejut? Sorry…akhirnya dapat jugak genggam tangan iseri abang ni.” Kedatangan Luqman mematikan lamunanku. “ haha abang ni, lain kali bagi lah salam” gelakku. “Lah… perlu ke?” Soal Luqman lalu mengambil sisir dari tanganku dan menyikat rambutku.  “Sayang.. jom tidur” manja kedengaran suaranya. Aku tersenyum cuma. Inilah kali pertama Luqman memanggilku sayang. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. tubuhku diangkatnya.Ahh.. bahagia sungguh rasa hati. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah…Amin ya Rabbal Alamin..

Saturday, April 24, 2010

ADIK DAN BIDADARI


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan
sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,kekuatan utuh tidak
ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya
wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang
lelaki...menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu,
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata."
Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia." Tersenyum
sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada
hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,tundukkanlah
pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya
bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah
pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai,
pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki
menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan
wanita yang menjadi fitnah pddirinya. Dan tidak ALLAH
lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya
kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanitawanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka
sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yang suci. Namun...
wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi
martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan
an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya
wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yang soleh."
Adik masih tidak puas hati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??" Sang bidadari berwajah
menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa
mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah
pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai
pembenteng diri.Namun, bila mana al-haya nya lebur,
imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.Merasakan
diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia
melihat diri mereka.Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr
segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala."Jadi kakak, masih adakah wanita yg
solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya
sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,diperintahkan wanita2 yg
beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka
mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka
demikianlah adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd
hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah
dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg
toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata
indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd
Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,tetap
punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka tahu hak
ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu
mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan
alim.Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,wara' itu
bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.Alim itu
maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia
adalah alim dlm bidangnya.Persepsi yg salah pd dua
perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat.
Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk
(ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak
zalim kepada ciptaanNYA. Bila mana dia menciptakan hawa
itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah
sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan
martabat golongan HAWA ini...Tapi sayang... golongan HAWA
ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan
wanita.Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2
kilauan pasir.Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg tidak
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran
ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak.
Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi
martabatnya.Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di
akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta
ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia?
Tp lebih bermakna bila ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal
yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??Sang
bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini.
Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga
ini.
Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata
ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari
berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam.

p/s: wahai muslimah, layakkah kita menjadi penghuni syurga? 

renung2kanlah...

sumber:dinul-ukhwah.blog.friendster.com

Friday, April 23, 2010

mempercayai ramalan bintang

Hadith: Dari Zaid bin Khalid, katanya: “ Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w di Hudaibaiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: Tahukah anda apa yang telah dikatakan Allah?” Jawab mereka itu: “Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui.” Kata Rasulullah s.a.w.: “Allah telah berkata: “Pada pagi ini ada di antara hamba-hamba-Ku yang percaya kepada-Ku dan ada pula yang ingkar; adapun yang menyatakan: “ Kita telah didatangkan hujan dari kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka orang itulah yang beriman kepada-Ku dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah yang ingkar kepada-Ku dan percaya kepada bintang-bintang.” - (Muslim)



Huraian
Bintang adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang berfungsi sebagai penunjuk arah bagi pelaut dan nelayan selain sebagai penghias cakerawala. Justeru adalah satu pemikiran yang sesat apabila ada orang yang beranggapan bahawa bintang-bintang tersebut mempunyai kuasa yang mampu mempengaruhi nasib dan perjalanan hidup manusia sebagaimana yang menjadi bahan kepercayaan muda mudi sekarang terhadap bintang Capricon, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Sebagai umat Islam kita dilarang mempelajari hal yang bersifat tekaan untuk meramal nasib manusia bahkan ia merupakan suatu perbuatan syirik dan berunsur jahiliyah serta termasuk dalam kategori sihir dan mendustakan takdir sedangkan mereka yang mendustakan takdir jelas termasuk di dalam golongan musyrik.



sumber: islam itu indah

Monday, April 19, 2010

PENGEBOM WTC 9-11 BUKAN OSAMA ATAU ORANG ISLAM !!

PARA ILMUWAN & RAMAI ORANG DI DUNIA TELAH TAHU JIKA PELAKU WTC 9-11 BUKAN OSAMA ATAU ISLAM MANAPUN.

CERITA RASMI WTC 9-11 YG DISYIARKAN MELALUI MASS MEDIA IALAH BOHONG BESAR DAN TERBUKTI BOHONG MELALUI ILMU SAINS ARCHITECS.

HIGH RISE STEELS CONTRUCTION MANAPUN TAK DAPAT LELEH, PATAH, APALAGI LEBUR MENJADI ABU HANYA OLEH API, APALAGI DALAM JANGKA WAKTU HANYA 1 JAM & RUBUH DALAM WAKTU KURANG DARI 10 DETIK SAHAJA

New York City, Sydney, Perth, Paris, London, San Francisco, Canada, Denmark, Spanyol, Ottawa, Chicago,Great Britain, Auckland NZ, Melbourne, Amsterdam, Los Angeles, Philadelpia, Boston, Copenhagen, Cardiff, Oklahoma City, La Paz, Christchurch, Montreal, Berkeley, Rapid City, San Diego, Milwaukee, Brisbane, Zurich, Russia, Kitchener, Waterloo, Palo Alto, Stockholm, Santa Rosa, Santa Cruz, Boulder, Orlando, Jersey City, Dallas, Denver, Mineapolis, Edmonton, Toronto, and many others cities in the world got activities to get down on the street by date of 11th for every month till this times.

They know if 9-11 was an inside job
MEREKA TAHU JIKA 9-11 IALAH PEKERJAAN ORANG DALAM PEMERINTAH AMERICA SENDIRI

Bukan mustahil pulak jika rumor terrorist yg terjadi di banyak negara termasok di asia ni di dalangi oleh mereka pulak. Sebelum WTC 9-11 tak ada istilah terrorist, tak ada serangan terrorist.

Sy boleh yakin jika dibelakang kejadian asia semua ini ialah mereka pulak, sudah banyak bukti yg insya ALLAH akan sy angkat disini.

ISLAM,,, TERBUKTI BENAR!!!
Mari bersatu.. 1 ALLAH, 1 Islam, 1 Qur'an, 1 Kiblat, 1 Hati...

Tolong copy paste, bagikan, kongsi & sebarkan merata seluruh dunia guna email/post/segala cara. Tolong bagi tahu, jemput/undang rakan menjumpai page group ini agar lagi ramai orang tahu jika cuma Islam satu satunya agama yg terbukti benar...









Saturday, April 17, 2010

kamar-kamar syurga


Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

dia pilihanku

dia pilihanku....

Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha
Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku..

p/s buat para muslimah: Jika sedemikian pilihan akhlak jodohmu maka lakarkan atau lukiskan akhlak sedemikian pada dirimu..

sesunguhnya lelaki yang baik adalah unk wanita yang baik dan begitulh sebaliknya....

jawatan kosong

Aku terbaca tentang poster ni kt Facebook, saje nak share dengan teman-teman blogger
 jom ramai-ramai apply jawatan kosong.!! 
:D


tolong sebarkan email ini di blog anda..




Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. 
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
 
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.



Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Tuesday, April 13, 2010

Buat renungan untuk semua


Bacalah sampai habis....
Saya hampir membuang mesej ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca mesej ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi di waktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat......
Mungkin malam JUMAAT ?
Dan sewaktu solat MAGRIB sahaja?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian..
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH semasa bekerja atau bermain...... Kerana... Kita merasakan di waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ....
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !
Ya aku CINTA ALLAH .
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu... Kirimkanlah kepada rakan- rakan anda.
Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang mesej agama tetapi kita bangga mem"forward" kan mesej yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
SOLAT adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes:
Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan mesej lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar mesej mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.
Aku berDOA , untuk semua yang membaca mesej ini agar mereka di rahmati ALLAH.
Aaminnnn...

sumber:http//nsankerdil74.blogspot.com/2010/04/buat-renungan-untuk-semua.html

satu lagi mesej buat diriku


Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...


Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...

Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...



sumber: najwahamali.blogspot.com/2010/04/satu-lagi-mesej-buat-diriku.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...