Showing posts with label uncategorized. Show all posts
Showing posts with label uncategorized. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Rain

Bismillahirrahmanirrahim...
It's raining again
Alhamdulillah
i love to hear your sound
the sound of the raindrop
hitting the roof
hitting the road
flowing from the drain
just like an artificial waterfall

i was walking back from class
alone
and you came
falling down
thanks for keeping me company
i love walking with you
your raindrop is like a music 
it heals me
all my pain, my sorrow, my anger
washed away with you

please rain
don't go away
but there you go
leaving me

i'm walking alone again

You are one of Allah's greatest creation
SubhanAllah.. 
Nature always comfort me

I'm not writing a poem, and not good at it. These are just statements of feelings. Just ignore it. ^_^

Thursday, December 15, 2011

OLEY! MAT LUTHFI

Bismillahirrahmanirrahim....


Update di waktu petang
Langit mendung
Angin sepoi-sepoi bahasa
Suasana sejuk
katil yang empuk
kesimpulan..
                 
MENGANTUK!


Mujahadah! tahan nafsu. Nabi kata tak elok tidur petang. Mewarisi kegilaan. Ana tengah dok pikir apa..... nak share dengan warkah seorang hamba dan pembacanya. (kalau ada)  hehehehe. Benda yang nak dikongsikan itu mestilah suatu yang bermanfaat. Biarlah ana juga antum masing-masing dapat pahala.


Ku pandang kanan ku pandang kiri
tak jumpa jumpa



lantas ana buka FB dengan harapan dapat cari ilham nak mulakan penulisan. Terlihat satu link video kawan ana post kat FB bertajuk Oley. Eh, apakah? tekan play. Oh... video penerangan tentang hukum hudud. Siap ada ustaz nasarudin hehe. 


Alhamdulillah.. ada juga individu yang tampil menerangkan tentang hukum hudud. Ramai yang tak tahu cara perlaksanaan hukum hudud ni sebab tu mereka kutuk dan tak nak hudud dijalankan di Malaysia. Tapi... bilamana  mereka yang tak tahu, bertanya pun pada yang tak tahu, kesimpulannya dua-dua keliru. KamOn la... tanya lah pada orang yang tahu. Kan dah tak pasal-pasal dengan kenyataan jahil dah terbatal akidah sebab persendakan hukum Allah. Cari ustaz atau ustazah atau siapa pun yang TAHU akan bidang hukum islam. Hadir ceramah kat masjid. Bukan hadir ceramah kat warung.


Hukum hudud.. ye betul, memang dalam hukum hudud pencuri kena potong tangan. Tapi bukan main suka hati potong tangan. Tangan tu bro... tak boleh tumbuh balik macam kuku. Ada syarat-syaratnya yang Allah dah tetapkan. 


Jom tengok video OLEY! ni. Mat luthfi dan bob lokman pun ada.. ^_^ KLIK

Sunday, November 27, 2011

mati nanti baru rehat

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini rasa ingin bermonolog saja. Cuti, banyak masa kosong tak terisi. Teringat kata-kata Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna, 'Al wajibaat akhtar minal awqat' tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Rabiatul Adawiyah, saat disuruh berehat kerana terlalu sibuk beribadah, jawabnya 'mati nanti baru rehat' Tiada istilah rehat bagi mereka. Perindu syahid. SubahanAllah.. kerdilnya diri. 


nak mati syahid
tapi duduk depan laptop main mukabuku
goyang kaki sambil
minum oldtown white coffee 


Rasa ingin fokus dengan study. Habis tu islam? siapa nak perjuangkan? Lihat orang sekelilingmu. Semua ikut perintah Islam? Siapa nak mengingatkan mereka? Allah.... istighfar. Ini tanggungjawab aku. Ini janjiku pada Allah. Yakinlah wahai hati, Allah akan tolong mereka yang menolong agamaNya.  
Moga Allah permudahkan urusan pejuang-pejuang di jalanNya insyaAllah

p/s: Tak sabar untuk berjuang bersama sahabat. hanya menunggu masa ^_________^



Saturday, October 22, 2011

MARSIS


Mata semakin berat, namun gagahkan juga. SubhanAllah.. blog wajah baru!! pink colour. terasa comel pula blog ni. hehehe. Baru ada semangat! nak update blog. sebelum ni kusam je kan. Alhamdulillah... dah mula gain momentum nak mencoret blog semula. UPDATE BLOG UPDATE IMAN sekali insyaAllah. Syukran sahabat ukhti Adibah Dayan Ahmad sebab kenalkan ana dengan MARSIS (Markaz Siswa Siswi Islam Sabah). Jamboree anjuran MARSIS hari tu berjaya charge balik iman dan semangat dakwah Alhamdulillah. Syukur sebab Allah pertemukan ana dengan enti. Tolong guide ana. Syukran sebab sudi tegur ana jika buat silap. Janji lepas ni ana tak minum sambil jalan. Baru sedar tak sopan buat macam tu. tertunduk malu Syukran sebab jadi cermin ana. 

Ana berdebat dengan seorang ikhwah tentang couple. Dah malas sebenarnya nak berdebat tentang isu ni. sebab semua dah sedia maklumkan hukumnya. Tapi, ikhwah tu masih nak cakap couple tu halal. Alasan dia kalau boleh elak semua perkara yang menyebabkan zina hati, mata, tangan boleh jatuh hukum halal. Betul la alasan tu. Tapi ana takut dia salah tafsir. Hinggakan dia kata fikiran ana sempit sebab cakap " hilang kesucian hati yang mencinta orang yang tak halal baginya"  ini bukan bersandarkan mana2 hadis atau dalil Al-Quran tapi sekadar pendapat ana. prinsip ana. Allah, bingung... =_=" macam mana la nak bagi budak ni faham. Akhirnya ana kata kat dia, kalau yakin boleh elak zina tu silakan couple. Tapi dalam konteks dia yang masih belajar baik tak payah la dulu fikir pasal couple kalau lambat lagi nak kahwin. Ana amik pendapat dari iqbal syarie bayyinat " jangan contact secara direct, guna orang tengah. Wallahualam


Wednesday, October 5, 2011

malunya pada Allah


Malunya pada Allah
matlamat semakin kabur
perjuangan semakin luntur

malunya pada sahabat
dakwah semakin jauh
ana semakin jauh

uzlah....
ya, itu solusinya
beri ana masa Ya Allah
kembalikan semangat jihad 
kembalikan semangat dakwah
ana lemah tanpa sahabat sahabiah 
ana lemah tanpa biah solehah
ana lemah tanpaMu ya Rabb

jangan biarkan ana sendiri
tolong bantu ana cari sinar itu
tolong kembalikan hidayah itu
ana semakin sesat
tolong bantu

Thursday, June 23, 2011

PENDIDIK


SK. KENNEDY BAY, LAHAD DATU, SABAH

                               Setelah lama menunggu, surat bertarikh 25 Jun 2011 akhirnya berada dalam tangan ana. Akhirnya ana dapat kerja jadi guru ganti di SK KENNEDY BAY. Alhamdulillah.. Kecik je sekolah tu. Comel. Senang la kerja ana. Hari first mengajar, segan dengan guru-guru. Kepala tunduk saja. Pelik bila anak murid panggil ana cikgu. Janggal. Kadang-kadang seorang dua anak murid tersasul panggil ana ustazah. Mungkin sebab cara ana berpakaian kot. Tak apa la, tak dapat ajar Pendidikan Islam, kena panggil ustazah pun jadi lah. Tempoh ana mengajar dari 21 Jun 2011 hingga 8 Ogos 2011. Sebulan lebih. Walaupun murid-murid agak nakal, ana kat depan pun kadang-kadang mereka buat tak nampak, sabar. Ujian Allah. Buka senang nak jadi pendidik. Lebih-lebih lagi kena ajar murid yang belum boleh membaca. Hari ni adalah hari ketiga ana mengajar di SK KENNEDY BAY. Tak susah sebenarnya nak ajar murid yang agak hiperaktif ni. Bagi saja dia kerja. Kalau dia tak nak buat, pujuk lembut-lembut. Lepas tu puji kerja dia. "ha..pandai pun" Ana suruh duduk diam pun tak guna, sebab dia tak ikut. Tu la taktik ana. Alhamdulillah.. menjadi la juga. Baca doa permudahkan urusan. InsyaAllah.. Allah sentiasa akan bantu kita. Subjek yang ana kena ajar English, Pendidikan seni, Pendidikan moral dan muzik. Muzik la subjek yang ana tau tau langsung nak ajar murid-murid tu semua. Ana dah la pernah fail muzik masa sekola rendah dulu. T_T


Wednesday, April 6, 2011

mohon undur diri sebentar


Tinggal seminggu saja lagi, final exam ana yang pertama untuk tahun pertama ijazah undang-undang di Uitm Shah Alam. Untuk memberi focus 100% dengan exam, ana mohon undur diri sebentar dari dunia blogging ini. Tapi ana takkan pernah undur diri dari dakwah. insyaAllah.. 

p/s Bittaufiq wannajah fil imtihan untuk sahabat2 yang ada exam bulan ni :) Moga Allah permudahkan urusan kita

Thursday, March 3, 2011

syadid sangat kah?


Alhamdulillah, masih berpeluang untuk bernafas. Moga setiap hirup udara diselitkan dengan zikir 


bukti kesyukuran
 Bukti kehambaan kepada yang Maha Satu
 Bukti kecintaan sejati pada Cinta hakiki


Dalam perjalanan pulang ke Kolej Mawar, berbual dengan seorang sahabat tentang isu "Syadid" Daripada kita berbual benda lagha, lebih baik berkongsi ilmu. Dapat pahala insyaAllah..


Syadid atau pun "extreme". Terkadang takut diri terlampau syadid. Ana tak tegur lelaki, melainkan lelaki tu yang tegur ana dulu. fikir 2 atau 3 kali nak tegur kecuali time perlu. Kadang2 ada rakan sekelas lelaki sapa, ana senyum dan ucap hai balik kat dia.Walaupun timbul keraguan " Tak salahkah apa ana buat ni? Allah tak marah kah memaniskan muka dengan bukan mahram". Semuanya memerlukan ilmu untuk menjawab persoalan ana tadi. Takut dengan cara ana ni, ana dilabel sombong. 


Syadid sangat kah ana?
bila sahabat yang disayangi bergelumang dengan maksiat?
bila ditegur
nasihat keluar ikut telinga kiri
ye.. dakwah mesti ada seni
ye.. dakwah mestilah selembut air
tapi bila semua nasihat diendahkan
rasa fed up pun ada


Harus kuat!!  Harus ikhlas!! Rasulullah boleh.. insyaAllah ana boleh.




Ya Rahman.. berilah petunjukMu.


tengah rancak berbual dengan sahabat, tiba2 boomm!!. Toleh belakang. Motor berlanggar dengan kereta Myvi hitam. Seorang perempuan keluar dari Myvi lepas tu cek kereta takut ada calar. Hairan. lelaki yang kesakitan atas jalan raya tu macam mana?. Tapi nasib baik tak apa2. Mungkin lelaki tu cedera ringan saja.


(IKLAN SEBENTAR)





Sunday, February 27, 2011

Ketenangan













                Sekali lagi ana diberi peluang untuk mengupdate ruangan warkah seorang hamba. Kalau pembaca perasan, penulis menggunakan panggilan diri berubah2 sejak dari post pertama. kejap guna saya, penulis, ana.. tapi ana membuat keputusan untuk istiqamah menggunakan "ANA" hingga ke akhir hayat penulis blog ini insyaAllah. Saban hari, ana cuba mentafsir kejadian dari perspektif berbeza. Melihat segala yang terjadi adalah ketentuan Al-Khalik untuk ana huraikan sendiri rahsianya. Tanpa ana sedari, ia menjadi habit dan perlahan-lahan timbul stau ketenangan dalam hati. Ketenangan yang luar biasa. Hinggakan jika ditakdirkan baju ana di ampaian hilang malam ni. Ana tak kisah, bukan rezeki ana. Mungkin Allah nak jauhi ana dari kejahatan yang ada pada baju itu. Jika kita melatih diri untuk bersangka baik dengan Allah, insyaAllah keyakinan kepada Allah semakin mantap. Akidah bertambah kukuh. Tuhan yang sentiasa mengawasi setiap langkah dan gerak geri kita itu ada. Mari hadirkan Allah dalam setiap degupan jantung. dalam setiap oksigen yang dihirup.  Masa tu la kita akan merasakan "Islam itu indah". 


Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang
(Surah Al-Ra'd: 28)


       Tapi, keindahan islam tak dapat dirasakan oleh semua orang. Ana pernah berdebat dengan seorang hamba Allah. Tapi, disebabkan ilmu yang ana miliki seperti lopak air jika nak dibandingkan dengan lautan, perdebatan itu berakhir tanpa diketahui siapa pemenangnya. Ana bukannya nak menang, tapi kalau boleh ana nak beri satu nasihat yang boleh mematahkan hujah hamba Allah itu dan membuat dia berfikir sejenak tentang kata-kata ana. 



HA: Saya ada seorang kawan, tudung labuh. Tapi rupanya pernah "main" dengan     
       lelaki. So, Don't judge the book by it's cover. Tak semua orang pakai tudung labuh tu baik.
Terus terang ana tak faham apa yang dia maksudkan dengan "main". Tapi ana diamkan saja.

ANA: Eh, awak tak boleh cakap macam tu tau, sekurang-kurangnya mereka pakai 
         tudung. Ikut seruan Allah. Kena ingat mereka tu manusia bukan malaikat. Awak kenapa tak pakai tudung?

HA: Tak sedia lagi. Nak pakai tudung bila timbul dari hati.

Ana: Tapi kita hidup bukan selamanya. Dan hidayah tu kena cari bukannya di tunggu.  

HA: Tpi ramai je saya tengok orang pakai tudung, tapi kadang2 buka tudung? Tak nak la pakai sebab orang suruh. Nanti tak ikhlas.

Ana: Bukan ke semua bermula dengan first step? Keikhlasan tu akan timbul bila awak dah biasakan diri.

Perbualan berlanjutan hingga ke isu couple. Astaghfirullahalazim.. bahaya jika tak ada ilmu. Bukannya cari ilmu dunia saja. ilmu untuk bekalan akhirat pun perlu. Ana akui, ilmu terlalu sedikit. Benar kata seorang sahabat, dakwah perlu ada seni. Tak boleh gunakan ilmu yang kita ada untuk mengutuk sasaran dakwah. Mungkin ana terlalu ikutkan nafsu. Maafkan ana ya Allah.




Wednesday, February 16, 2011

pengisytiharan



Memandangkan minggu ni tersangatlah sibuk dengan test dan aktiviti kampus, saya mengisytiharkan blog warkah seorang hamba tidak di-update buat masa ini. kepada rakan blogger, jaga diri, jaga hati dan jaga iman

Tuesday, January 11, 2011

kembali menulis


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Assalamualaikum buat sahabat yang sudi menziarah warkah seorang hamba. Agak lama ana tak update blog disebabkan masalah yangg tak dapat ana nak cerita di sini. Ana akan kembali menulis dan terus menulis insyaAllah...  Kerana blog ini telah ana jadikan sebagai wadah untuk ana berdakwah. Dakwah perlu diteruskan kerana  itu adalah janji kita kepada yang Maha Satu dan ilmu yang ana miliki walau tak seberapa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat dapat ana kongsi. Iman... ya iman. Nikmat yang tak ternilai dari Allah boleh bertambah dan berkurang. Kita perlu terus berdakwah untuk meningkatkan level iman insyaAllah... Moga iman kita sentiasa terpelihara insyaAllah.. :) Salam ukhwah...

Thursday, September 16, 2010

cuba la sendiri




Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin


Telah berlalu Ramadhan kareem bulan penuh barakah, kini menjelanglah syawal bulan kemenangan. Kemenangan umat islam setelah menempuh ujian sebulan berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta perlakuan yang boleh membatalkan puasa. Sedar tak sedar dah 9 syawal kita tempuhi. Alhamdulillah syukur ke hadrat Nya.. Sebenarnya warkah ini ana nukilkan time cuti raya. Dua minggu cuti study week. Sambil mentelaah notes, ana luang masa sedikit menulis untuk Warkah Seorang Hamba. Seminggu lagi debaran Imtihan semakin terasa. Setelah dua minggu ana bertungkus lumus membaca dan menghafal fakta..tipu je hehe..  ana study seminggu je, seminggu lagi raya sakan. Rezeki melimpah ruah tak sanggup ana nak menolaknya hehe..Imtihan sem 3 kali ni penting untuk menentukan kemana arah tuju ana selepas ini. Sama ada Bachelor in Legal Studies (BLS) di Uitm Shah Alam, atau course lain yang ana sendiri tak tahu. Apa pun ketentuan Al-Khalik ana redha sebab Dia maha tahu apa yang terbaik buat ana. Ana teringin sangat nak further study di bumi para anbia mesir. Tapi, course law yang ana insyaAllah akan sambung  nanti boleh ke further kat Mesir?.. Tak apa la, kalau takde rezeki nak smbung study kat Mesir maybe satu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke sana terutamanya Mekah insyaAllah… Ana berharap sangat.
Dua minggu cuti ana sempat mengasah bakat membuat kek coklat cewah :D Ana dapat resipi kek coklat ni dari seorang sahabat kat FB, kalau ana tak silap Nur Halawatul Iman nama dia.. sedap nama tu, Cahaya kemanisan  Iman maksud dia. Ana nak share dengan sahabat sahabiah Warkah Seorang Hamba pula J
Resipi kek coklat
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanilla
1 ½ cawan susu segar perisa coklat (dutch lady)
½ cawan air campur 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
½ cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Topping (sapu kat atas kek)
½ cawan serbuk koko (nak lagi sedap guna koko Van Houten)
½ cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat
1)      Pukul telur hingga kembang
2)      Masukkan gula dan pukul lagi
3)      Masukkan minyak masak
4)      Campur dan ayak semua bahan B lepas tu masukkan sikit2 ke dalam pukulan telur tadi selang seli dengan bahan A
5)      Gaul sebati
6)      Bakar selama satu jam
7)      Cara buat topping: Masukkan semua bahan ke dalam  periuk dan kecilkan api. Panaskan bahan-bahan tadi dan tuang ke atas kek
 Cuba la sendiri...

Wednesday, June 9, 2010

seharian di Kuantan Medical Centre

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan meeka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin..


image dari google




Dah 5 hari kat Uitm Kuantan, akhirnya sem 3 pun bermula. Jadual tak la 'pack' mcm sem 2 dlu, bnyk masa untk rehat, boleh buat nota. :D. 3 jun hari tu, sebelum berlepas ke Kuantan saya buat x-ray kat sebuah klinik, Terkejut bila doktor inform yang saya kena suspect TB (batuk kering). Paru-paru kiri pun ada membrane tapi doktor tu tak dapat pastikan membrane tu apa, tapi dia kata ada kemungkinan membrane tu air. Dia saran agar saya tangguhkan study dan buat treatment kat Sabah Medical Centre tapi rasa sayang pulak nak tangguh study. Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk buat treatment tu kat Kuantan Medical Centre. 


5 jun setibanya di Uitm Kuantan, Nina dah copkan bilik untuk saya dengan Dio kat sekilau, syukur Alhamdulillah .. Nasib baik tak dapat kat padang lalang sebab pergerakan kat sana terhad dan bilik pun agak sempit. 8 jun, hari selasa, Dio dan Nina temankan saya pergi ke KMC jumpa consultant physician. Dato' Dr Ooi Hooi Yong. Doktor pakar. Lepas Dr Ooi buat check up, dia ckp kemungkinan besar saya kena TB dan saya perlu buat Blood Test. Dr Ooi nak tebuk belakang keluarkan air dari paru-paru untuk buat research dan hantar ke KL. 


DR Ooi suruh buat CT SCAN dan BLOOD TEST, saya pilih buat BLOOD TEST dulu, sebab sekejap je.
Nurse tu pun ambil darah saya lepas tu jarum lagi kat lengan kiri untuk TB test. Hari khamis nanti kena datang balik KMC bawa sampel kahak. Walaupun takdela sakit sangat kena jarum, tapi saya takut sangat sebab fobia dengan jarum. 


Next, buat CT SCAN pula. Sampai kat bilik CT SCAN, seorang lelaki suruh pakai baju makmal lepas tu baring atas katil untuk mulakan Scanning. Tiba-tiba dia datang bawa jarum. peliknya, ingat kalau buat CT SCAN  tak perlu kena jarum. Lelaki tu cakap dia nak masukkan ubat melalui salur darah so,kena cucuk jarum untuk masukkan ubat. YA ALLAH.... TIDAK!!!!!!....sakit tu... pertama kali dalam hidup. Dia pun cucuk jarum tu ke urat saya. Adoi... sakit!!!. Rupanya salah cucuk sebab urat lari. Percubaan kedua pun gagal. Tapi saya yang menanggung derita Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya. Akhirnya lelaki tu pun panggil doktor wanita untuk masukkan jarum dalam urat saya. Doktor tu datang dengan senyuman yang menenangkan hati:D dia pun masukkan jarum tu ke tangan kiri pula, hmm takde la sakit sangat. Kan bagus kalau dari tadi doktor tu datang. Lepas tu ubat pun dimasukkan dan scanning pun bermula. Agak lama jugak dalam bilik tu, lebih kurang dalam sejam.


Akhrinya... penderitaan pun berakhir. Dr Ooi suruh masuk balik bilik dia dan berkata :D "Melalui scan, saya rasa kemungkinan besar awak kena TB, so saya nak tebuk belakang awak sekarang untuk sedut air dari paru-paru kiri awk" . HAH!!! SEKARANG??? cepatnya.. adoi.. ni lagi sakit..
Selepas dapat persetujuan dari ayah, sejam selepas tu, Dr Ooi pun mula sedut air dari paru2. Nasib baik jarum dia kecik je. Dalam 30 -40 minit, 200 cc air dikeluarkan dari paru2 saya. Banyaknya.. tu pun tak semua air habis disedut. 


Dr Ooi suruh datang lagi untuk appointment hari rabu next week dan saya kena makan ubat warna brick red  4 biji sekali sehari dan satu lagi ubat warna putih sebiji sekali sehari. Harap2 cepat la sembuh.. Amin ya Rabbal Alamin... sakit la asyik kena jarum


p/s : terima kasih banyak Dio dan Nina sebab temankan saya pegi KMC. Jasa baik korang takkan saya lupakan. Jazakallahu Khairan

Friday, April 30, 2010

rintihan si muslimah


             Ya Rabb, aku masih tercari-cari siapakah dia bakal mujahidku. Seorang pejuang yang akan membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. Ar-rijal yang isyaAllah dapat memelihara tubuhku dari panasnya api nerakaMu.  Zauj yang akan memimpinku ke puncak nasuhamu. Namun dirinya masih rahsia penciptanya dan namanya telah tertulis untukku di kitab nyata Luh Mahfuz. 

Ya Allah, muliakanlah akhlakku kerana ku tahu, seandainya tidak sedemikian peribadiku maka begitulah jua akhlak bakal imamku. Sesungguhnya, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.  Tersangatlah bimbang diri ini seandainya tidak mampu mendidik hati dan mengawal nafsu menggeruni azab siksaMu, tidak akan dapat aku memiliki pencinta syahidMu. kerana yang ku impi adalah seorang pejuang untuk  sama berjihad di jalanMu  yang terbentang dan melahirkan para mujahid dan mujahidah dari rahimku..
Biarlah dia yang ku cari adalah yang pertama dan terakhir selama hayatku.  Sesungguhnya yang ku tunggu bukanlah lafaz akad darinya untuk memiliki hatinya semata,  melainkan jambatan untukku ke jannahMu. Dek kerana hatinya bukan hak milikku melainkan milik robbul jaleel.

Tapi, perjalanan hidupku masih jauh dan masih terlalu awal untukku mengenal erti sebuah cinta lantaran cita-cita yang masih perlu ku gapai dan masih belum ku raih cinta teragungku kerana impianku menjadi Hurun A’in penghias syurgaMu. Ya tuhanku, janganlah engkau berikan hatiku kepada sesiapapun melainkan diriMu  selagi belum tiba masanya.  Janganlah engkau jerumuskan diri ini ke arah cinta nafsu yang membawa bahana. Diri ini amat bersyukur kerana masih belum ditakdirkan pertemuan sedar antara aku dengan dia sebelum lafaz akad kerana takutku kepada sang pencipta, bimbangku akan menempah tempat di nerakaNya.Kerana ku tahu, cintaMu, cinta abadi dan cinta hakikiku. Andainya diriku telah ditakdirkan seperti  Rabiatul Adawiyah, wanita sufi yang tidak dipetik mana-mana lelaki, aku redha Ya Allah kerana ku tahu mungkin jodohku bukan di dunia fana ini melainkan di akhirat kelak insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...