Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Siapa kata orang Islam tidak boleh berjaya?

      Bismillahirrahmanirrahim... 


Tarikh imtihan semakin hampir. Allah.. permudahkan segala urusan kami untuk menyiapkan diri menghadapi hari penting ini. Amin..

Bit taufiq wan najah buat sahabat-sahabat yang bakal 'berperang'. Siapkan pen merah, pen hitam dan seumpamanya. Paling penting, penuhkan ilmu di dada. InsyaAllah kejayaan bersama kita kerana Allah sentiasa bersama kita. ^_^

Akal berfikir, untuk apa ya kita lulus dalam imtihan? 
untuk dapat kerja yang sesuai dengan cita-cita. Sudah tentu.
Tapi, untuk itu sahaja kah? 
Ya, sudah tentu untuk Allah. itu paling penting.
Tapi macam mana nak pasang niat kerana Allah?

Adikku, sahabatku, saudaraku...
sekali sekala, renung balik niatmu.
Untuk apa kau berjaya.
Tetapkan balik paksimu niatmu.
Berpaksikan Allah
Biralah niat itu kerana Allah
kerana Islam. Kerana agama yang kita cinta.

Biar orang bukan Islam pandang tinggi pada agama yang kita bawa.
Kerana,
walaupun sibuk dengan gerak kerja Islam
kita masih boleh dapat pointer yang bagus untuk akademik
Buktikan pada mereka, siapa kata orang Islam tidak boleh?

Sunday, December 4, 2011

watak utama selalu susah

Bismillahirrahmanirrahim
     watak utama


Dalam mana-mana drama, tak kisah hindustan kah, cerekarama kah, telenovela kah, kekasihku puyu kah, watak utama mesti yang paling banyak ditimpa musibah. Watak utama selalu dicerca, dipukul, di kata orang, di sumpah jadi ikan (erk ?). Tapi... akhir sekali, watak utama juga yang bahagia. Happily ever after cinderella kata.




Mari selak tabir kisah yang berlaku suatu masa dulu di sebuah tempat di atas bumi. Seorang lelaki tua miskin, yang ada ramai anak lelaki. Seperti ibu bapa lain, dia juga punya anak kesayangan. Nama anak itu Yusuf. Cantik rupa parasnya, baik tingkah lakunya. Yusuf, atau lebih tepat lagi Nabi Yusuf ra. Hidup Nabi Yusuf tiada indahnya. Dilempar ke dasar perigi oleh abang sendiri. Nasibnya baik, Allah Maha Pengasih, Nabi Yusuf diselamatkan oleh pedagang dan dijual kepada orang kaya Mesir. Baru nak merasa senang, digoda Zulaikha pula lalu dipenjarakan kerana diftnah. Bertahun lamanya di penjara. Tapi, akhir sekali... lelaki mulia ini diangkat menjadi wakil Raja Mesir. Nabi Yusuf tidak pernah membalas setiap apa yang orang buat padanya.


Selak tabir zaman, kisah seterusnya bayi yang disorok dalam ketuhar (x silap sy) buat roti oleh ibunya. Bukan kerana bencikan anak. Khuatir bayi itu akan dibunuh Firaun laknatullah. Ajaibnya.. bayi itu tak cedera dek panasnya ketuhar. Si bayi terselamat. Namun ibu tahu, bayi pasti akan dijumpai oleh Firaun juga. Aduh.. pilu hatinya. Anak tersayang dihanyutkan ke sungai Nil. Bayi yang tak tahu apa-apa senyum sahaja. bakulnya sekali sekala bergoyang dipukul arus sungai. Bayi terasa bakulnya ditarik sepasang tangan. Cantik wanita itu. Namanya Asiah. Ibu baru bayi. Dia membesar dengan penuh kasih sayang. Dia tumbuh menjadi lelaki yang tegap dan kuat. Namanya Musa. Nabi Musa a.s. Perjalanan hidup nabi yang satu ini juga getir. Siapa tahu, selepas sahaja bersusah payah menyelamatkan kaumnya dari Firaun, disangkanya kaumnya akan kekal beriman dengan Allah. Rupanya lembu betina mereka jadikan tuhan. Alangkah marahnya Musa a.s.hingga janggut Harun a.s jadi mangsa. Tapi Musa juga hidup bahagia. Dapat berjumpa Tuhannya.




Selak lagi tabir zaman. Oh, ini Tahun Gajah. Lahir seorang budak lelaki. Pelik kelahirannya, bandar Mekah terang benderang walaupun dah malam. Api majusi yang dah beribu-ribu tahun menyala tiba-tiba padam. Siapakah bayi ini? Muhammad s.a.w. Kasihan Rasul... lahirnya tidak berbapa. Baru nak kenal dunia, Ibu pula pergi menghadap Tuhan yang Esa. Selepas itu Atuk pula pergi. Nasib baik ada bapa saudara yang pengasih, diambil tinggal bersama. Biarlah jadi pengembala pun.. asalkan halal. Diangkat menjadinabi dan Rasul pada usianya 40 tahun. Tapi, isteri tersayang pula meninggalkannya. Pergi ke Thaif, sampaikan agama Allah.. Dibaling batu hingga kasut baginda dipenuhi darah. Kalau waktu hujan air masuk dalam kasut, tapi Rasulullah... darah. Saat nazak, masih mampu ingat pada umat. Tapi, Rasulullah hidup bahagia di syurga sekarang di samping Allah.


Ya Rasulullah....... apa yang engkau takutkan telah pun menimpa kami. Wanita, ramai hilang maruahnya. Umat Islam berpecah. Mereka tidak mahu menerima undang-undang Tuhan kita. Kitab mukjizatmu tidak dibaca malahan dibakar dan dipijak-pijak. Allah... Allah.. Rindunya padamu ya Rasulullah..


Begitulah cerita watak utama. Kita? tidak mahu jadi watak utama? Oh ya. kita adalah watak utama dalam cerita hidup masing-masing. Mahu jadi watak utama yang bagaimana? Happily ever after or misery everafter. pick one. Orang beri duri balas balik dengan isi durian (eh? xde rhyme) lalala..

Sunday, November 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah..Hidup diteruskan lagi. Terasa nak mentarbiyyah hati, ana menjengah ke blog kak asma' bidadari besi. Ana pilih blog ini, kerana tulisan kak asma' tak pernah menghampakan hati ana yang dahagakan tarbiyyah. Terkesan dengan post beliau, ana tergerak nak berkongsi dengan sahabat yang view blog ana. insyaAllah moga ada manfaatnya.


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon ikhwah/akhawat sebagai sang suami/isteri,

- Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
- Yang cepat mengalah,
- Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain.
- Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
- Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da'wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.



ana copy paste entry ni dari blog kak asma' bidadari besi

Sunday, October 30, 2011

Konferens Negara Islam- Dunia menuju Khilafah




Hizbut Tahrir

The amir of the ummah is a shield
who protect the ummah....


Baru-baru ini pada 30 oktober 2011 telah diadakan konferens Negara Islam-Dunia menuju khilafah anjuran HIZBUT TAHRIR. 

Ana bukan ahli hizbut tahrir, tapi ana menyokong perjuangan hizbut tahrir. Menuju ke arah satu khilafah. Khailafah islamiyah. InsyaAllah.

Lima orang panel yang mewakili Hizbut Tahrir dari setiap negara ;
1.Ismail Yusanto (Indonesia)
2.Uthman Badar (Australia)
3.Taji Mustafa (UK)
4. Syeikh Yusuf (Palestina)
5.Abdul Hakim Othman (Malaysia)

Antara is kandungan talk pada hari itu adalah tentang the evil ideologi of sekularisme yang diutarakan oleh ustaz Ismail Yusanto. Disebabkan delegasi (cewah :p) dari Uitm datang lambat, itu je lah yang kami sempat dengar. 

Selepas itu, ustaz Uthman Badar. Beliau menegaskan semua umat Islam harus memainkan peranan masing-masing sebagai orang Islam kerana kita adalah satu ummah. Beliau juga bercerita tentang seorang pelajar di Libya yang dibunuh di Tripoli kerana menganggotai Hizbut Tahrir.

Disambung lagi dengan Taj Mustafa dari UK. Dia sangat Best! sebab kami tak bosan dengar celotehnya. Bukan nak kata yang sebelum dia membosankan,  tapi suara mereka perlahan tak macam Taj Mustafa.. lantang. Seorang bertanya kepada Taji Mustafa "Why are you willing to let go your money for Islam?" Dia jawab " Because it is the power of Aqidah LAILAHAILLALLAH!!" Tiada Tuhan yang disembah selain Allah. Sebab kita sayang agama kita sebab tu kita sanggup gadai nyawa dan harta untuk Islam. Taji Mustafa juga berkata "Muslims, we are rich but we are poor, because we are divided." Dan satu cara untuk menyatukan umat Islam adalah dengan mewujudkan negara Islam dengan melantik seorang AMIR OF THE UMMAH. 

Seterusnya, Syeikh Yusuf. er..maaf.Ternganga. Dia cakap Arab lah. Nasib baik MC ulas balik apa yang beliau katakan. Umat Islam lemah sebab itu Palestine jadi seperti sekarang. Pada zaman Abbasiyah, umat Islam terleka akibatnya Palestine jatuh ke tangan Yahudi hingga dibebaskan oleh Salahuddin Al Ayubi. Tanah Palestine dibuka oleh Saidina Umar. Sultan Palestine enggan jual tanah Palestine kepada yahudi bila yahudi menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli tanah Palestine. Baginda berkata, Kalau nak tanah Palestine, tunggu hingga khalifah Islam jatuh dan itulah yang berlaku sekarang. Yahudi sedang cuba menjatuhkan sebarang cubaan ke arah Khilafah Islamiyah. 

Akhir sekali, Ustaz Abdul hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia. Beliau mengatakan zaman khilafah semakin hampir kerana semakin ramai umat Islam mula bangun dari tidur yang panjang. Kebangkitan di timur tengah telah membuktikan umat Islam tidak mahu pemimpin yang zalim. Siapa sangka, pada tahun 2011, kita menyaksikan satu persatu pemimpin zalim digulingkan dari pemerintahan oleh rakyat islam. 

Kata-kata yang paling melekat dalam minda ana : 
PERASAAN KEBANGSAAN MENGHALANG UMMAT BERSATU






Takbir... ALLAHUAKBAR
tabik dengan muslimin... ramai. Alhamdulillah.. ada harapan 

Sunday, October 23, 2011


Sekali lagi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ana mencoret di ruangan warkah. Guruh berdentum. Terkejut. hm..Tadi ok sahaja cuaca hari ni. Allah maha kuasa. 


Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan buatmu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah:22


Nyaman bayu petang. Subhanallah... satu lagi nikmat Allah. Bersyukurlah sahabat. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita. Walau apa pun yang kita tengah buat sekarang, jangan lupa untuk mengingatiNya. 


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman:18)


Teringat Sultan Muhammad Al-Fateh, Raja sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera, rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Penakluk Konstantinopel. Sekaligus membenarkan hadis Rasulullah S.A.W


Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



kenal ke?

Pernah waktu solat Jumaat bersama-sama tentera baginda memilih dalam kalangan tenteranya siapa yang layak untuk jadi imam. Baginda memerintahkan semua yang ada berdiri termasuk baginda sendiri seraya bertanya, Siapa yang sejak baligh hingga sekarang pernah tinggal solat fardhu walau sekali, sila duduk. Tiada seorang pun duduk.


Baginda bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah tinggal solat sunat rawatib, sila duduk. Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Baginda bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam, sila duduk. Semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Akhirnya baginda sendiri menjadi imam solat jumaat.

Benarlah baginda adalah sebaik-baik raja.


Walaupun baginda adalah raja. Kaya. Banyak harta. Tak menghalang baginda dari meluangkan masa untuk Allah di sepertiga malam. Ini adalah bukti hamba yang bersyukur. Bukti pencinta yang setia. Pencinta maghfirah Allah. Hamba yang beramal bukan untuk syurga, tapi untuk keredhaan Allah.


MALAM.. Ramai yang menunggu kegelapan malam. sebab.. nak tidur, nak contact awek, nak relax2, nak tengok bola.


Tapi, sang pencinta... sujud di hamparan sejadah. Dengan linangan tangisan taubat. di kala sepi malam. Di kala ramai yang mencium bantal. Subhanallah.. alangkah bagusnya jika aku seperti itu. Alangkah bagusnya jika kita seperti itu. Alangkah bagusnya jika semua manusia seperti itu. Agung cintanya pada RABB.



Sunday, March 6, 2011

jiwa yang kosong




  Beri jiwamu santapan. ia merayu kelaparan. minta diisi dengan makanan.
Bukan dengan spaghetti, bukan dengan char kuey teow, tapi dengan ILMU

Apa jibril cakap kat Rasululullah s.a.w saat turunnya wahyu pertama? BACALAH. Nampat tak kat situ agama kita sangat mementingkan ilmu. Tanpa ilmu kita tak kenal Pencipta. Tanpa ilmu kita tak kenal siapa Rasul. Tanpa ilmu kita tak tahu baca mushaf suci Al-Quran. Tanpa ilmu kita TAK KENAL ISLAM. 

Sahabat setauhid dengan saya ada ilmu. Tapi pelik. Mereka tak amalkan. 

Situasi :

Sepasang merpati dua sejoli duduk berpacaran di tepi tasik. Bila sahabat saya dengan imej bertudung labuh mendekati mereka. Merpati2 tadi tu bergegas beredar dari tempat tu

Kenapa? sebab mereka tau apa yang mereka buat tu salah. Mungkin sebelum ni pasangan couple ni pernah diberi peringatan. Tapi sebab bertuhankan NAFSU, tetap juga nak buat benda yang salah tu.  Jangan tutup  telinga dari menerima ilmu. Selalulah hadirkan diri ke majlis2 ilmu. Beri sedikit pengisian buat jiwa. Bila jiwa kosong, jiwa akan memberontak.Hati tak tenteram. Pemilik jiwa mula cari ketenangan. Jika si pemilik jiwa tersalah pilih cara menenangkan jiwa yang gundah sebab dia TAK ADA ILMU, semakin jauh la dia dengan tuhannya. 

Sahabat, carilah ketenanganmu di dalam solat, di dalam setiap helaian mushaf, di setiap titis nasuha doa tulusmu. Isi lah jiwamu. Jangan dibiarkan kosong. Allah sentiasa dengar rintihanmu kerana Dia sentiasa bersamamu. Ketenangan tu tak kan dapat ditemui dengan cara melepak di shopping mall, karaoke, tengok wayang. 

Mungkin ada..

Tapi ketenangan tu takkan lama. sekejap saja. Ingat. 
Orang yang beriman, ketenangannya di dalam solat



  Ya Rabb, berilah mereka hidayahMu. Pertemukan lah kami di jannahMu. Amin..

Thursday, March 3, 2011

syadid sangat kah?


Alhamdulillah, masih berpeluang untuk bernafas. Moga setiap hirup udara diselitkan dengan zikir 


bukti kesyukuran
 Bukti kehambaan kepada yang Maha Satu
 Bukti kecintaan sejati pada Cinta hakiki


Dalam perjalanan pulang ke Kolej Mawar, berbual dengan seorang sahabat tentang isu "Syadid" Daripada kita berbual benda lagha, lebih baik berkongsi ilmu. Dapat pahala insyaAllah..


Syadid atau pun "extreme". Terkadang takut diri terlampau syadid. Ana tak tegur lelaki, melainkan lelaki tu yang tegur ana dulu. fikir 2 atau 3 kali nak tegur kecuali time perlu. Kadang2 ada rakan sekelas lelaki sapa, ana senyum dan ucap hai balik kat dia.Walaupun timbul keraguan " Tak salahkah apa ana buat ni? Allah tak marah kah memaniskan muka dengan bukan mahram". Semuanya memerlukan ilmu untuk menjawab persoalan ana tadi. Takut dengan cara ana ni, ana dilabel sombong. 


Syadid sangat kah ana?
bila sahabat yang disayangi bergelumang dengan maksiat?
bila ditegur
nasihat keluar ikut telinga kiri
ye.. dakwah mesti ada seni
ye.. dakwah mestilah selembut air
tapi bila semua nasihat diendahkan
rasa fed up pun ada


Harus kuat!!  Harus ikhlas!! Rasulullah boleh.. insyaAllah ana boleh.




Ya Rahman.. berilah petunjukMu.


tengah rancak berbual dengan sahabat, tiba2 boomm!!. Toleh belakang. Motor berlanggar dengan kereta Myvi hitam. Seorang perempuan keluar dari Myvi lepas tu cek kereta takut ada calar. Hairan. lelaki yang kesakitan atas jalan raya tu macam mana?. Tapi nasib baik tak apa2. Mungkin lelaki tu cedera ringan saja.


(IKLAN SEBENTAR)





Tuesday, February 22, 2011

nak pasangan beragama, caranya pun mestilah beragama



"Seriously weh, ko kena cari boyfriend sekarang. Sebab sume lelaki yang baik2 dah ade couple. Nanti kite dapat leftover je"


Seorang sahabat berkata kepada saya. Tapi apa saya jawab.. "Ada aku kesah" Tapi jawapan tu hanya terungkap dalam hati. Kaedah monolog dalaman ye. Menjawab kepada statement sahabat saya ni, sebenarnya lelaki yang baik la yang tak couple. Lelaki yang tahu apa itu cinta yang diredhai Allah. Lelaki yang menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan. Lelaki yang menjadikan dirinya "lelaki acuan Al-Quran". Nabi Muhammad s.a.w ada memberi guidline untuk mencari zaujah solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “Perempuan dikahwini atas empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” ( Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain )



Tapi apa nabi kata? Pilihlah wanita yang beragama nescaya kamu akan diberkati Allah. Tapi sekadar pendapat peribadi. Jika ingin mencari pasangan beragama, caranya pun mesti beragama. Couple?  ikut cara agama kah? Pernah ada seorang kawan komen di post facebook saya "Kawan-kawan, kenapa kita smepitkan fikiran kita dengan couple ni?" Sempitkah? Budaya couple dah jadi trend. Seolah-olah apa yang salah itu betul dan yang betul itu salah menurut persepsi masyarakat sekarang. Dulu pernah ada isu larangan pemakaian purdah di ipt. Pelik. Kenapa tak buat pengharaman tak pakai tudung. Yang halal di haramkan. Yang haram dihalalkan. 




Wednesday, February 9, 2011

hindari ikhtilat


PERSATUAN MAHASISWA HADHARI merupakan satu komuniti yang dah lama, namun baru saya tahu akan kewujudannya di UiTM Shah Alam ni ye. Malam tu semasa menunggu ABC saya siap, seorang gadis manis bertudung labuh menuju ke arah meja kami dan memberi sekeping kertas seorang satu.  Tengok kat kertas tu ada logo Persatuan Mahasiswa Hadhari. Eh.. sejak bila ada group ni? Alhamdulillah.. adanya persatuan macam ni dapat melancarkan sedikit kerja2 dakwah. Terima kasih Khairunnadiah Rosli sebab ajak saya join daie2 muda ni. Oh ye, tak habis cerita lagi pasal kertas tadi. Tajuk besar dia IKHTILAT. Ikhtilah membawa maksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muslim. Senang cerita, pergaulan yang ditegah islam. Banyak pantang larang yang kita kena patuh bila berurusan dengan bukan muhrim. Pantang larang ni bukannya peraturan yang ditetapkan oleh adat yang boleh kita ambil remeh, tapi peraturan yang ditetapkan ALLAH. Jika tak patuh, dosa. Ada beberapa guideline untuk hindarkan ikhtilat ni :

Elakkan berhubung dengan lelaki sekiranya tidak ada keperluan

Sekiranya seorang wanita mempunyai keperluan, sepatutnya dia mencari bantuan dalam kalangan jenisnya dan jika keperluan itu diluar kudrat wanita, boleh lah cari lelaki. Contohnya minta tolong baiki laptop ke.Sedangkan meminta bantuan dari segi agama pun kita disuruh minta bantuan dari kaum sejenis. Kalau terpaksa sahaja baru minta bantuan dari kaum rijal.

Berhubung dengan bukan muhrim menggunakan perantaraan. cth : nota kecil, sms, etc

Ringkas dan padatkan ayat2. Agak2 senang nak faham, sudah... Di dalam nota kecil tu, bersih dari sebarang bentuk smiley yangcomel2 tu. Nota juga kenalah bersih dari ayat2 berbentuk humor (haha hehe hihi). Bila rasa terdesak, barulah guna handphone.Jagalah suara. Suara bukan aurat, tapi bila ia dilenggokkan, barulah suara menjadi aurat. Pernah baca kisah Safura dan Nabi Musa? Bagaimana cara Safura bercakap dengan Nabi Musa? padat dan ringkas. Boleh lah selak terjemahan surah Al-Qasas ayat 23. Sungguh Al-Quran itu benar, lelaki yang baik untuk wnaita yang baik. Pernah terdengar soalan macam ni "hai... adakah lagi lelaki baik macam nabi Musa zaman sekarang?" Pendapat saya, jangan tanya macam tu tapi tanya " Bolehkah aku jadi manusia baik agar aku dapat suami sebaik Nabi Musa?" Nak dapat suami or isteri baik? jawapan saya kita kena perelokkan diri dulu. Amalkan doa lihat diri dalam cermin. 

Menundukkan pandangan mata

Pandangan mata ibarat panah berapi. Kenapa? Mata jika tak digunakan sebaiknya boleh jadi pintu dosa besar yakni zina. Kenapa saya kata pintu? " Dari mata turun ke hati" turun ke hati terbitlah cinta berlandaskan nafsu. berlakunya zina2 kecil. zina kecil membawa kepada zina besar. Saya tak sokong sangat lagu "kalau berpacaran" 

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

boleh pandang2?? porah... Kalau dah pandang2 tu pasti ada pegang2. Kalau ada pegang2.. saya serahkan pada sahabat untuk berfikir apa akan jadi.  Iman kita kalau nak dibandingkan dengan iman zaman para sahabat sangatlah jauh. iman kita diibaratkan senipis kulit bawang. Kalau dah pintu zinta dibuka, tinggi possibility ada "pegang-pegang"


Wallahualam...











Saturday, February 5, 2011

aku bagi salam ko jawab good morning??


Assalamualaikum sahabat


Apa khabar iman? naik atau turun? Moga maintain insyaAllah. Pertama sekali nak minta maaf jika post saya kali ni akan menyinggung sesetangah pihak. Tapi saya cuma nak melahirkan pendapat sebagai umat yang sayangkan agamanya. ISLAM DEEN UL HAQ. Sejak melangkahkan kaki ke bumi Uitm Shah Alam, banyak "benda baru" yang saya temui. Salah satunya adalah ORANG ISLAM TAPI MENGAKU BUKAN ISLAM. Saya tau  bukan dia seorang yang buat mcam tu. Tapi yang buat saya kesal, HE EXPOSES IT PUBLICLY.  Tau ada lagi orang lain  macam ni di Malaysia bahkan negara lain pun ada. Tapi pertama kali bersemuka dengan orang macam ni. culture shock ke?  Bila sesiapa bagi salam, takdanya nak jawab "waalaikumussalam". Apa yang dia jawab? "Good morning". Kenapa? jijik sangat kah sebut waalaikumussalam?? Cerita dari kawan sekelas dan sebilik menguatkan lagi prasangka saya yang dia memang dah bukan islam. Atau bahasa kasar MURTAD


Kenapa boleh jadi macam ni? AKIDAH. Akidah tak kukuh. Kepercayan dan keyakinan tentang kewujudan Allah tak ada. Mungkin juga disebabkan ROHANI yang kelaparan tanpa sebarang pengisian mengakibatkan ia mencari ketenangan atau kenikmatan lari dari jalan Allah lalu hilanglah keyakinannya pada agama yang sebenar.


Islam itu tinggi dan tidak ada yang lagi tinggi darinya. Allah dah bagi kita dua nikmat yang sangat besar iaitu "iman dan islam" dan seharusnya kita bersyukur dan menjaga ia sebaik mungkin. Dengan dua nkimat inilah Allah keluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya. Yukhrijuhum minaz zulumati ilan nur. Cahaya di sini, bukan bermaksud drama cahaya yang kat Astro Prima tu, atau pun cahaya fm tapi cahaya keislaman. Allah yang beri cahaya hidayah kepada Saidina Umar untuk memeluk islam. Sekeras-keras hati Umar yang pernah menanam anak perempuannya, pun menjadi lembut saat terdengar ayat-ayat cuci kalam Allah. Kita? seberapa kerap kita baca Al-Quran? 


Rajin-rajinkan baca Quran untuk melembutkan hati. Orang yang hati lembut ni, ilmu senang nak masuk. Hafal senang nak ingat. InsyaAllah. fikir-fikirkan. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah mengatur penuh rahsia. Ia akan terungkai satu demi satu asalkan kita tak jemu mencari jawapan kepada ujian Allah. Asalkan kita tak jemu mencari hidayah Allah. Bagaimana? Allah bagi jawapannya dalam surah Al-An'am ayat 56.


Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turu, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang2 yang mendapat hidayah petunjuk: 


Rasa susah nak cari hidayah Allah? biar Al-Quran permudahkan dalam surah Al-Ankabut ayat 69


Dan orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang yang berbuat baik.


Allah dah janji, Dia takkan biar kita keseorangan dalam mencari keredhanNya. Allah sentiasa ada untuk kita. Yakinlah!!


p/s Tolong doakan rakan saya kembali kepada agamanya.



Monday, January 31, 2011

letak jawatan je la Mubarak


Terkejut dengan berita rusuhan kat mesir. Ingatkan hanya rusuhan biasa, rupanya dah semakin teruk hinggakan ada pelajar Malaysia yang kena rogol. Tapi saya tak berani nak mengulas lanjut sebab tak dapat nak dipastikan kesahihan berita ini. Sahabat-sahabat kat Mesir pun dah lost contact sebab Mesir dah block social networks. Daripada apa yang saya tau, dah 3 dekad kerajaan tirani Hosni Mubarak yang disokong oleh U.S memerintah dan terbukti tak disenangi oleh rakyat Mesir hingga meraka merancang untuk merusuh, diinspirasikan oleh krisis di Tunisia. Perusuh melaungkan "Down with Hosni Mubarak, Down with tyrant. We don't want you." Malam tu, penunjuk perasaan berkumpul di suatu tempat yang diberi nama Tahrir Square hingga menyekat kelancaran lalu lintas. Sekitar pukul 1 pagi hari rabu, 26 januari pihak polis sampai dan melepaskan gas pemedih mata. Ada diantara penunjuk perasaan yang pengsan disebabkan kesukaran bernafas. Tapi tak lama selepas tu keadaan bertukar menjadi tegang. Polis memukul sesuka hati perusuh-perusuh dengan baton. Saya terjumpa video ni kat youtube, boleh pula langgar orang suka hati dengan kereta. 



Rakyat dah tak suka kenapa masih bertegas tak nak lepaskan jawatan.  Egypt Daily News mengatakan,ketua parti pembangkan Mohamed ElBaradei sanggup turun padang turut serta dengan protes besar-besaran itu. 


"I have to give them as much support, political support, spiritual, moral, whatever I can do, you know," he said. "I will be with them. They are my people, and I have to be there, and I'd like to see Egypt, a new Egypt." -ElBaradei-


P/S: Berdoa kebenaran di pihak yang benar insyaAllah..
sumber: Associated press

Saturday, January 29, 2011

Hadiah untuk Si MUKMIN




Tercatat dalam terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB Imam Al-Ghazali, sabda Rasulullah S.A.W :

“Kalau binatang itu tahu tentang kematian sebagai apa yang diketahui oleh anak Adam, engkau tidak akan memakannya hingga gemuk”

Pendapat saya tentang hadis ini, kalau kerbau dan lembu yang kita buat korban untuk raya haji tu tahu tentang ajal maut, bintang-binatang ni takkan makan hingga gemuk dan kita pun tak cukup daging nak makan sebab semua lembu dan kerbau kurus. Kita bagaimana? Kita tahu tentang ajal maut, tapi lihat diri kita, apa persediaan kita menghadapi mati? Lepak di shopping mall? Karaoke? Tengok movie? Atau tengah mengingati kebesaran Allah? Baca buku-buku agama penuhkan ilmu di dada? Kalau ye, Alhamdulillah.. moga istiqamah ye sahabat. Aktiviti kita hari ini, esok atau lusa beri kesan dengan iman.  Hati-hati jaga iman. Sifat iman turun naik. Siapa kata susah jaga iman? InsyaAllah senang kalau dibiasakan.

Telah berkata Aisyah, “ Ya Rasulullah, adakah seseorang yang dihimpunkan bersama para syuhada? “ Rasulullah menjawab, “Iaitu orang yangmengingati mati sehari semalam dua puluh kali.”

Rasulullah S.A.W bersabda lagi;

  “Hadiah orang mukmin adalah mati”

Kenapa hadiah untuk mukmin sahaja?   Kerana si mukmin itu menganggap dunia hanya sebagai satu persinggahan untuk perjalanan yang sangat jauh. Tak bermakna. Di dunia dia bersusah payah berperang dengan nafsunya, melawan bisikan syaitan mencabar keimanannya. Juga Rasulullah S.A.W bersabda:

              “Maut itu penghapus dosa bagi setiap muslim”

Kerana sesungguhnya mukmin yang sejati berusaha mencapai matlamat 0% dosa besar dan minimal dosa kecil. Maka kematian akan menghapuskan dosa-dosa kecil itu. Telah berkata Atho’ Al-Khurasani ra,

“Rasulullah S.A.W lalu dalam suatu majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Maka baginda bersabda: Campurilah majlismu dengan mengingati sesuatu yang mengeruhkan kelazatan.” Mereka bertanya. “ Apakah pengeruh kelazatan itu?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Iaitu maut”

Telah berkata Umar bin Abdul Aziz ekpada sesetangah ulama, “Nasihatilah aku.” Ulama itu berkata “               Engkau khalifah pertama yang akan meninggal.” Umar berkata lagi, “Nasihati aku lagi.” Ulama itu berkata “ Setiap manusia merasai mati dan kini tibalah giliranmu.” Mendengarkan itu Umar pun menangis.

APA REAKSI KITA JIKA DIINGATKAN TENTANG MATI?

Rujukan: TERJEMAHA MUKASHAFAH AL-QULUB;  IMAM AL-GHAZALI

Saturday, January 15, 2011

hidayah bukan milikku







Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Serta Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah SAW dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin.


Mungkin sahabat pernah dengar phrase ini : “Cari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia”.  Saya cuba untuk menyelusuri hidup berlandaskan phrase ini. Senang nak cakap Amar Maaruf Nahi Mungkar.  Cuba untuk menegur saudara seiman di sekeliling agar hidup berlandaskan syariat.  Mungkin iman ini masih butuhkan ujian. satu demi satu ujian datang, Mulut cuba menegur walaupun kadang-kadang tak mencapai tujuan. Apatah lagi yang hendak ditegur itu sahabat rapat. Takut tersalah cakap. Apa yang akan saya nukilkan kali ini, hanyalah sekadar renungan kita hamba-hamba yang diciptakan Allah untuk menegakkan islam di bumi ini.

 Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengekehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunya kekuatan lagi sangat kukuh.”(Adz-Dzaariyaat:56-58)

Inilah janji kita sebaik sahaja keluar dari rahim ibu. Menegakkan agama Allah. Tapi ramai yang memungkirinya..

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad : 7)

Jangan pernah ragu dengan janji Allah kerana janji Allah itu pasti. Dakwah yang kita lakukan ni teramatlah kecil jika dibandingkan dengan dakwah Rasulullah saw yang dibaling dengan batu hingga berdarah semasa berdakwah di Taif. Moga Allah kurniakan kita keberanian untuk menegakkan yang haq. Mungkin sahabat dan saya sendiri patut jadikan cara dakwah Rasulullah sebagai perangsang untuk kita berdakwah.  Tapi, sekiranya usaha kita untuk mengubah attitude sesorang kepada lebih baik tak Berjaya. Jangan putus asa, yakinkan pada diri, hidayah itu bukan milik kita tapi milik Allah.  

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Ibnu katsir mengatakan mengenai tafsir ayat ini, “Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak layak mendapatkannya”.  Allah berhak memberi dan menarik semula hidayah itu. Kita hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan, sama ada seseorang itu nak terima atau tak, itu bukan urusan kita. Paling penting, ikhlaskan hati untuk menegur.  Masa di sekolah menengah dulu, saya cukup mengagumi perempuan yang bertudung labuh  termasuklah seorang senior ni. Setelah bertahun-tahun tak dengar khabar dari kak senior tu, saya cuba cari profile facebook dia. Terkejut bila terpandang kepala dan rambut yang dulu terlindung di balik tudung labuh kini terdedah.  MasyaAllah.. terbuktilah hidayah itu sememangnya milik Allah. Mesti sahabat kenal dengan Abu Talib. Bapa saudara yang sangat disayangi nabi. Abi Talib sendiri melindungi nabi walaupun dia tidak memeluk islam.  Wallahualam bis sowab

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...