Thursday, January 9, 2014

seperti Batutta


Detik detik akhir sebagai 'budak law' di sebuah IPTA.
semangat nak exam kian pudar. Tapi, semangat nak packing terlebih lebih 
paper jurisprudence lusa. tapi rasa nak menulis pula.

Aku penggemar karyanya Ustaz Hasrizal @ Saiful Islam. 
Tulisannya memberi kesan di jiwa.
Jiwa yang suka mengembara.
Harapnya dengan memenuhi tuntutan ilmu,
bisa membawaku jauh ke dunia sebelah sana.
dunia yang aku selalu tertanya-tanya
 Apa rasanya menyentuh salji ?
Apa rasanya berjalan kaki di lorongnya
 sambil fikiran melayang mengagumi Pencipta dan yang dicipta?

Malam ini dapat panggilan dari ayah
Sungguh aku rindu suara itu. 
sudah lama wajah itu tidak ku tatap.
kerana aku jauh di seberang.

"Ayah, akak mahu sambung master in International law kt Australia? "
"oh, nanti keluar mahu kerja apa?"
"boleh attach dengan NGO dunia. macam PBB..." 
"bagus.. tapi, nanti akak tak duduk dengan ayah la. ayah tak boleh tengok kakak selalu. 
kalau akak kahwin nanti ayah boleh jaga anak kakak "

Allah
tiba-tiba mata terasa panas.
kena postpone dulu niat ni.

Aku kagum dengan Uwais Al-Qarni
Teringin berjumpa Rasul, tapi emak dirumah perlu dijaga
Jaraknya mekah dengan rumah bukan dekat
Dapat peluang pergi mekah, malang sekali Rasul tiada di rumah
Teringat janji pada emak, keluar tidak lama
pulang si Uwais, hampa. 
Allah memberimu kemahsyuran di syurga kerana taatmu pada ibumu.

cuba memujuk hati. Dunia di sebelah sana tidak lari.
Aku pasti ke sana. 
pasti.
insyaAllah

Tuesday, December 24, 2013

terbang si layang





LAYANG & AKIDAH





terbang tinggi layang si anak
kadang bayu memuput lembut
kadangnya bak ngauman si rimau
semakin tinggi layang
semakin lebar senyum si anak
 persis hipotesis pula



si layang terbang

turun dan naik
terumbang ambing
putus tali pegangan si anak
rengekan kecil kedengaran
 pergi sudah layang yang dibanggakan
si layang 
melayang tak keruan
tunggu masa jatuh
tersangkut di mana-mana
sepi.

LAYANG & NYAWA


Allah pegang nyawa
saat si hamba lena
TakdirNya si hamba hidup
Dilepaskan nyawa terbang ke jasad.

TakdirNya si hamba mati, 
Ditahan nyawa 
dan tunggulah hari jasad dibangkitkan

Zumar :42



HIDUP.





Sunday, December 22, 2013

just married

Just Married 





Just married
bukan aku, dia.
saat ijab dan kabul bersatu
kau miliknya =)


Bukan saja kau
aku juga turut terasa debarannya
gembira, bangga, sedih
3 in 1
pelik!

maafkan aku
sepanjang kita bersahabat
banyak mengguris perasaanmu

aku mahu kau tahu
aku sayang kau
aku cinta kau

Semoga kau berbahagia
dengannya
zaujmu

TILL JANNAH
=)



doakan aku juga
bertemu hatiku


Saturday, December 14, 2013





Final exam is approaching. Wishing all the struggles and hard work for this semester will end faster. However, being a final year student, I can't get away with this FAQ... 

where would i end up after this??

well, I have quiet a lot of options to choose from...
LLB, LLM, SPA, PTD, attached at law firm, start a business

First choice for most of the Law Degree holder students here in UiTM including me is entering the LLB professional programme. Where the students were trained and taught to be.. not just a good lawyer, but the best!!.  And again, it is always the matter of your CGPA, whether you are qualified to enroll to LLB or not. 2.7 is the minimum requirement. mine is only 2.6. Yeah i know. i need 1.0 more. LOL, wish it would be that easy. InsyaAllah... never stop pray and it requires a lot of hard work.

Considering of taking my LLM in Australia... but the fees are way toooooo expensive. 
Oh Allah, please guide me to the right path. 
Only You who knows best whats' good and right for me. 
amin..

Wednesday, September 18, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

sumpah lama gila tak update blog. Tetiba rasa nak update. Malas juga nak taip sebenarnya, dan juga merasakan kemahiran menulis saya sangatlah lemah. malu. 

Tapi teringat kata-kata Ustaz Hasrizal, menulis untuk mencari kekuatan. skills is something to gain. it does not come naturally. Alah bisa tegal biasa. usaha tangga kejayaan. kan??


Friday, March 8, 2013

(The last standing witness) saksi terakhir





"An An An.. Totte modaisuki Dorae...Mon"

" Kak.. Doraemon main suda" Si adik menjerit memanggil. 

Lantas keempat-empat beradik ini pun memberhentikan segera pekerjaan masing-masing, meluru ke ruang tamu dan duduk di hadapan TV sambil senyum sampai ke telinga. Ibu hanya mampu menggeleng. Berjuih sudah mulut melarang. takut anak-anak ikut resam Nobita si pemalas dan selalu dapat kosong dalam peperiksaan. Tidak pernah lebih dan kurang dari kosong. Biasalah... ibu.

mesti para peminat kartun ni pernah tengok Doraemon and The Kingdom of Clouds. Dalam cerita ni, Nobita dan Doraemon bina sebuah negara di atas awan lengkap dengan sebuah istana yang gah, kawasan perumahan, tasik yang luas dan macam-macam lagi. 

Teringat 1 babak dalam kartun ni bila doraemon dan nobita telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah kerana dituduh menjadi penyebab kepada pencemaran di bumi. Tiba-tiba, bangkit si pohon dan membela nasib dua sahabat baik ini. Dia pun bercerita kepada semua orang yang hadir di situ. Kerana nobita dan doraemon lah dia berada di tempatnya sekarang. Mereka lah yang telah membantunya sewaktu masih anak pokok dan dipindahkan dia ke sebuah hutan (kalau x silap saya) di mana dia boleh membesar dengan selamat.  Akhirnya.. mahkamah memutuskan untuk membebaskan nobita dan doraemon dari pertuduhan.

EH..bukankah kita pun akan menghadiri mahkamah persis ini juga nanti. iaitu mahkamah akhirat. Allah jadi hakimnya. Ketika ditanya apa yang kita dah buat sewaktu di dunia nanti untuk membolehkan kita dimasukkan ke syurga nanti, siapa nak jadi saksi kita? Siapa nak bangkit dan bantu kita di mahkamah Allah nanti? 

Perbanyakkanlah amalan di dunia ini supaya banyak yang akan jadi saksi kepada amalan kita tika di dunia ini. Rajin-rajinkan lah diri ke surau.. suapaya pohon-pohon di sepanjang perjalanan menjadi saksi kita nanti. Supaya batu-batu yang kita sepak masa nak pergi masjid akan bangkit dan bela kita nanti. Ingat... Mati itu dekat :)

Peringatan buatku dan buatmu ^_^









Monday, January 7, 2013

semangat baru



Bermula musim exam. Payper pertama sudah dijawab. Berserah hanya padaNya. Apa pun keputusan aku redha. Tapi di mana semangat ku? hilang entah ke mana.

Malam ini..

kaki ku langkah ke teratak itu. sudah lama benar rasanya tidak ku tuju. Hembusan bayu mengelus pipi. Oh tenang.. oh damai. Mungkin ku temu semangat itu di sana.

Allah.. hindari aku dari sifat putus asa dari rahmatMu

Sedarlah diri. Bangkitlah semangat. Ada jiwa yang mengharap kecemerlanganmu. ayuh fokus study :)


Thursday, October 18, 2012

epic


Lama tak update. Ingat lagi, dulu masa mula-mula buat blog, berazam tak nak share apa-apa yang berkaitan peribadi dalam blog. Baca blog sorang muslimat ini.

Senyum.

Persepsi aku berubah. Ada juga manfaatnya share apa yang kita fikir, rasa dan alami. Syaratnya jangan lebih-lebih. Hanya yang bermanfaat sahaja pada pembaca. Lagipun, bila baca balik blog update lama, you will see how your way of thinking, way of seeing thing, changes. Sometimes, tergelak sendiri. Dan bertanya kepada diri. “Aku ke yang tulis semua ni”?

Kadang-kadang, gaya tulisan berubah-ubah sebab duk ikut gaya tulisan blogger lain. Tak ada identiti kan? Kejap ana kejap saya kejap aku kejap penulis. Haih.

But now, i’m doin’ it my way

Memori.

Apa yang aku merapu sebenarnya? Cuma ingin berkongsi rasa. Rasa yang meletihkan. Rasa yang membosankan. Rasa ingin terbang tinggalkan semua. Rasa ingin pergi sebuah tempat yang ada bukit tinggi penuh dengan bunga-bunga. Ada air terjun.  Berkhayal sebentar. Ya Allah.. kenapa dengan diri?

Rasa ingin memencilkan dari semua orang.

Abaikan saya. 

Thursday, October 11, 2012

Nilai hidayah

Assalamualaikum



Pukul 1.47. Mata dah kuyu.  Mengantuk tapi ku tahan. Buka folder gambar-gambar lama. Seribu memori lama kembali menerpa minda

Dulu,
Aku bukan perempuan bertudung labuh litup
Baju labuh dan longgar
mahupun berstokin tangan

Dulu,
Aku kaki wayang
kaki shopping
kaki lepak mall
Kaki gayut dengan pakwe

Dulu,
Aku tidak minat usrah
ceramah tidak pergi
tempat ceramahku di panggung wayang

Hingga satu hari
semasa cuti semester
hati tergerak nak baca baca blog islamik
Tersentuh hati
Aku tidak pernah mahu ambil tahu agamaku

Niat sudah tersemat
Azam semakin kuat
keyakinan diri semakin mantap
walaupun tiada sokongan
hati tetap ingin berubah

Baju labuh pertamaku berwarna oren
Tudung labuh juga oren
aku suka, terharu, semua perasaan bercampur baur 
Terima kasih ya Allah.. indah sungguh nikmat ini
Baru aku faham maksud kemanisan iman

Moga hati ini tetap di jalan Mu 
InsyaAllah



Thursday, September 13, 2012

Bismillahirrahmaniirrahim

lama tak update blog. Bukan tak nak. kemudahan internet yang terhad. Mungkin masih belum terlamat untuk mengucapkan selamat hari raya. Selamat Hari Raya! taqabbalallah minna wa minkum taqabbal ya karim. 

skill menulis kian pudar. maaf. 

malu ingin menulis kata-kata berunsur nasihat. masih perlu mencari makna dan tujuan diri ini dicipta. solusinya?? mungkin menyepi buat seketika. tapi bukan menyepi dari warkah seorang hamba :)

kadang-kadang sepi itu indah ^_


Sunday, July 8, 2012

Allah pilih dia

Thierry Henry

Alhamdulillah.. Allah pilih dia. Adik-adik, orang bukan islam dah mula sedar dengan kebenaran Islam. Kita yang dah sedia islam ni macam mana? takut kita islam pada mana sahaja tanpa kefahaman tentang agama yang kita sayang ini. 

nak share sikit tentang keislaman thierry henrry yang akak baca kat FB =)

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.

Sumber: Halim Islam Online

Monday, June 25, 2012

Tangisan kegembiraan Mesir


Penuh Wall FB saya dengan wajah Dr.Morsi
 Subhanallah.. Alhamdulillah..Allahuakbar. 
Akhirnya Mesir kembali ke tangan Ikhwanul Muslimin.
Inilah kemenangan yang selama ini dinanti-nantikan oleh orang Islam dan Misriyyin khususnya. Kemenangan Dr.Morsi pada pilihanraya Mesir baru-baru ini bukan sekadar untuk memilih seorang pemimpin yang berfikrah islami, tetapi lebih daripada itu.

Masih ingatkah adik-adik dengan Imam Hassan Al-Banna? Pernah dengarkah nama ini?

Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna

Inilah wajah Imam Hassan Al-Banna. Penyusun Al-Mathurat. Beliau yang mengasaskan Ikhwanul Muslimin. Beliau menubuhkan Ikhwanul Muslimin di saat pemikian anak muda Mesir pada ketika itu terpengaruh dengan cara hidup Barat. Kerana cara pembawakan Ikhwanul Muslimin yang dilihat menentang kerajaan yang zalim dan sekular, beliau akhirnya mati ditembak. Mayat beliau tidak dibenarkan dilihat oleh keluarga beliau sendiri. SubhanAllah.. inilah kisah seorang pejuang islam. Bacalah kata-kata dalam gambar di bawah ini.
"Al-Banna, syed Qutb dan lain-lain sedang tersenyum gembira. Benih perjuangan mereka kian bugar memekar. InsyaAllah"

Kata-kata ini saya anggap sebagai penaik semngat untuk terus berjuang demi Islam kita imani saat ini dan selamanya insyaAllah. Perjuangan ini bukan singkat.. ia mengambil masa yang sangat lama. kenapa? kerana kita tidak tahu bila Islam akan menang. Tapi, apa yang perlu kita buat adalah berusaha. Percayalah adik-adikku akan janji Allah. Tiap kali rasa lemah dan lelah pada di jalan perjuangan ini.. pujuk kembali hatimu dengan jani Allah dalam surah Al-Isra'

"bilakah kemenangan itu?" Katakanlah: "mudah-mudahan ia sudah hampir."
-surah al-isra':51-



Mungkinkah Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir akan jadi satu petanda kepada kita bahawa Palestin akan bebas semula ? Selama pemerintahan Hosni Mubarak, bantuan susah untuk sampai ke Palestin kerana tentera yang mengawal sempadan antara Palestin dan Mesir (Rafah crossing tak silap saya) adalah tali barut Israel. 


Mudah-mudahan lebih banyak negara akan ikut jejak langkah Mesir. Allahuakbar..Allahuakbar.. 




Ikhwanul Muslimin bukan 1 di dunia ini. Bukan di Mesir sahaja. =)






Thursday, May 31, 2012

Hilang

Bismillahirrahmanirrahim


Adik-adik pernah merasai kehilangan? iya.. mungkin ada di antara kita pernah hilang kunci, dompet dan sebagainya. Tapi, pernah adik-adik rasa hilang cahaya hidayah dalam hati?



Astaghfirullahalazim.. minta dijauhkan. Sekarang.. bayangkan adik-adik berada dalam satu terowong gelap? 
Kegelapan terowong itu membuatkan tangan adik meraba-raba mencari pautan. Kerana penglihatan yang terhad dek ketiadaan cahaya. Tiba-tiba, satu cahaya terpancar dari hujung terowong. Dengan gembira adik-adik pun terus meluru ke arah cahaya itu.


Cahaya itulah hidayah. Dikala kita meraba-raba mencari tempat untuk kita berpegang dan berpaut, Allah campakkan cahaya hidayahNya di hati kita. Jadi penyuluh dan petunjuk kepada kita. Supaya kita tidak sesat dengan kegelapan dunia. Tapi adik-adik? jika cahaya hidayah itu hilang? Allah itu maha berkuasa memberi dan menarik balik cahaya hidayah itu. Kerana hidayah itu milikNya. Hanya diberi kepada mereka yang layak.

Saya pernah ada seorang sahabat, seorang hafizah. Manis raut wajahnya, sopan tingkah lakunya. Satu hari,  hijabnya yang labuh dahulu kini hanya paras dada. Allahurabbi... sedih. Ini lah contoh hidayah yang hilang. Adik-adik... hidayah itu satu nikmat. Jika Allah cabut hidayah itu dari hati kita.. terkapai-kapai lah kita. Ya, kita mungkin tidak sedar, sehinggalah Allah campak semula hidayah itu dalam hati kita. Peliharalah nikmat hidayah ini. Bagaimana? Rajin-rajinkanlah diri membaca Al-Quran dan mentadabbur maknanya. Hayati kisah perjuangan para anbiya' dan sahabat supaya kita tetap menghargai nikmat iman ini. insyaAllah... 


Friday, May 4, 2012

kamu siapa? Saya muslim Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...







Alhamdulillah.. paper terakhir untuk test minggu ni telah selamat saya jawab paper equity and trust.  penat tapi masih boleh senyum :) Untuk menghilangkan penat, baju yang berlambak dalam baldi dibasuh. (er.. tu bukan menambah penat ke??) abaikan. Tengah tunggu giliran untuk menggunakan mesin basuh, angin santun-santun bahasa membelai pipi. cewah Tetiba, wujud satu perasaan aneh dalam diri. perasaan KOSONG. kamu pernah rasa? entah, pelik perasaan ini. terfikir, selama minggu test ni saya tak sentuh pun lagi buku-buku agama atau motivasi. asyik baca buku law sahaja sebab nak exam (ye saya budak law).  Rohani ku kosong ya Allah. 


Habis basuh baju.. buka laptop dan buat persediaan untuk hepi circle petang ini. Dalam kesibukan mencari artikel untuk dikongsikan bersama adik2, terjumpa satu artikel dalam blog ustaz hasrizal. Tentang islamnya seorang saudara baru. 


Bintang Ramadhan di tanah kepulangan : http://saifulislam.com/?p=334


Mengalir air mata baca. Subhanallah... aku bersyukur dengan nikmat islam dan nikmat iman ini. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim. Syukur Alhamdulillah. Tak puas baca artikel tersebut. nak lagi ustaz... hehe. Jumpa pula link ni


Akhirnya ku temui nilai ukhuwwah: http://saifulislam.com/?p=6332


Sungguh.. terkesan dengan artikel ini. 
Rohani kembali terisi
Ketenangan meresapi diri


Pengembaraan ustaz Hasrizal hingga ke Turki, dilayan dengan baik pula oleh masyarakat di sana. Seolah mereka kenal antara satu sama lain. Diajak makan semeja. Diberi tempat tidur selesa ;) kerana apa? KERANA MEREKA ADALAH ISLAM. Kerana kita adalah Islam. 


Ini menguatkan semangat saya untuk terus mengembara ke seluruh pelosok dunia. Ya, belum berkesempatan.. insyaAllah satu hari nanti saya juga ingin ke Turki. Negara Sultan Muhammad Al- Fateh. Pemimpin kesayangan saya :)



ibnu batuttah



Nak beli buku ni





Wednesday, May 2, 2012

munafik kah?


rusydee artz punyer gambar

                      Setiap kali nak buat entry baru, mesti tersekat di titik permulaan. kenapa? sebab cari ayat untuk memulakan bicara. tadi dah berjalan-jalan ke blog rakan sambil membaca entry-entry mereka. semua best2 ^_^. dari mana ya mereka dapat idea? 

oh ya, saya nak berbicara tentang munafik hari ini.

maksud munafik adalah - Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya.

Sungguh... saya takut jadi munafik. takut ia berlaku dalam keadaan saya tidak sedar. Ya, hakikatnya, saya bertudung labuh, senyum pada semua orang, menasihati adik2 usrah. Tapi itu cuma luaran. Maha suci Allah menyembunyikan aib saya. 

Tengah dok menaip luahan rasa, tetiba laptop memainkan lagu taubat seorang hamba. 
laptop seolah-olah memahami :)
culik dari gugel

Teringat dengan janji lama, "aku nak buat solat sunat rawatib tiap kali selepas dan sebelum solat fardhu" aduh.. janji tinggal janji. kagum dengan sultan muhammad al-fateh. Sebaik-baik pemipin tak pernah tinggal qiammulail. Ya, aku tahu... tiada saat yang paling indah selain saat bersendirian bersama Allah. Ya, aku juga tahu.. waktu subuh adalah waktu paling barakah. tapi aku pun selalu tinggal qiam. keluhan berat dilepaskan.

Rindu untuk menangis lepas solat
Rindu untuk merintih pada Allah
Rindu...


Rasa diri munafik.. bagi nasihat dekat adik usrah. Tapi diri sendiri berat nak melaksanakannya.. Allah bagi hambamu kekuatan ya Allah.. T_T









Thursday, April 26, 2012

hujan dan hidayah

Bismillahirrahmanirrahim.




Baru saja nak update entry pasal hujan, tetiba hujan pun turun. Kembali basah bumi Shah Alam. Alhamdulillah. Tau2 je hujan ni.

Hujan yang turun menyejukkan udara yang panas. Lalu wujudlah dua golongan. satu golongan, asal hujan saja, Yeah! masa untuk tidur. Satu golongan lagi, tawaduk. baca doa turun hujan. Anda dan saya di golongan yang mana?

Hujan, salah satu daripada ciptaan terindah Allah S.W.T. Mendengar bunyi hujan seolah-olah satu terapi. ketenangan menerpa. Tak perlu cari aroma terapi untuk dihidu. Dengar bunyi hujan pun dah cukup. 

Okeh, bukan itu sebenarnya yang saya nak cakap, tapi saya sedang cuba nak kaitkan hujan dengan hidayah. Kenapa? pelik? tak pernah ye hidayah dikaitkan dengan hujan.

"Dari Abu Musa ra, dia berkata : “Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya perumpamaan ilmu dan hidayah yang aku bawa seperti air hujan yang menimpa bumi. Di antara bumi ini ada yang kelompok yang baik, dia menerima air lalu menumbuhkan rumput yang banyak, di antaranya juga ada yang gersang (cadas), dia bisa menahan (menadah) air, sehingga bisa dimanfaatkan oleh manusia, manusia bisa minum, mengairi (tanaman) dan bisa menggembala. Dan air hujan itu juga mengenai bagian bumi yang lain yaitu lembah yang tidak bisa menahan air dan tidak bisa menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan orang yang paham tentang agama Allah (Islam), dia mendapatkan manfaat dari apa yang aku bawa, dia tahu lalu mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak memperdulikannya sama sekali dan tidak menerima hidayah dari Allah yang aku bawa."
(HR. Bukhari- Muslim)

nampak tak kaitan antara hujan dan hidayah? Rasulullah yang kata..bukan saya.

Hadis ini menceritakan perihal 3 jenis manusia;

  • Manusia yang pertama diumpamakan seperti tanah yang subur. Menumbuhkan rumput yang banyak apabila menerima hujan. Inilah manusia yang selepas mendapat ilmu dan hidayah, lalu   dimanfaatkannya. Bukan dia sahaja mendapat manfaat daripada ilmu dan hidayah (air hujan) itu, tapi orang disekitarnya pun turut merasa. 

  • Manusia yang kedua diumpakan seperti tanah gersang tapi masih boleh menadah air. Anda pernah lihat oasis? bukan astro oasis.


 
oasis

Inilah Oasis. Cantik kan? Siapa yang cipta? Sudah tentu lah Allah S.W.T
Manusia yang ibarat tanah gersang ini tidak mampu menumbuhkan sebarang tumbuhan, tapi masih mampu beri manfaat kepada orang lain dengan ilmu dan hidayah yang diterimanya daripada Allah Azza wa Jalla. Ini juga golongan yang baik, kerana dengan menyampaikan ilmu, dia ada saham di akhirat.

  • Golongan ketiga adalah golongan yang wajib kita elakkan. Disebabkan ia tak mampu nak menakung air, tak mampu nak tumbuhkan sebarang tumbuhan kesudahannya golongan ini tak mampu beri manfaat pada orang lain. Inilah golongan yang ,menolak ilmu dan hidayah yang diberikan Allah padanya lalu tidak pula ada manfaatnya pada orang lain.



Anda dan saya termasuk dalam golongan yang mana? Ingatlah.. sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang sekitarnya. Sekurang-kurangnya, dengan menjadikan diri kita bermanfaat kepada orang lain, ada saham untuk kita di akhirat kelak. Wallahualam...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...