Friday, May 21, 2010

wasiat dari dylla



Dapat wasiat!! ingatkan harta berjuta, rupanya lembu seekor. 


jantan ke betina aku pun tak tau :D
sori dylla, dah berkurun aku kena tag baru hari ni dpt jawab wasiat. T_T



1. Thank and link the person that gave you the cow.
thans dylla for the lembu.. aku akan jaga baik2. 
tapi, kalau tersembelih buat korban maaf la ye..
nafsu makan susah dikawal :D haha

2. Bagi balik wasiat nih kat 7 bloggers yang paling aktif atau paling tak aktif.
membuat keputusan untuk skip yang ni :)
sape2 yang nak wasiat, silakan..

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat dari orang kaya Sepening Lalat.
kepada sape2 yang jawab, korang dapat dari orang kaya SEPENING LALAT
 yang x seberapa kaya. Kena rompak semalam :|

4. Cerita 3 perkara apa yang selalu anda buat sambil tengok tv.
tidur
tidur
tidur
*bosan tengok tv*

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Peria,  first time makan masa umur 4 tahun. gila pahit..  T_T 
sumpah tak nak makan lagi.

 sate perut lembu, Parents Che nabila belanja makan sate kat satay kajang,  ingat sate kambing, makan la dengan nikmatnya, dah la sedap.
tiba-tiba......
mak che: makan sakina. jangan segan-segan
aku: *mengangguk sambil tersenyum* 
mak che: haa.. yang ni sate ayam, lembu, kambing. yang tu sate perut
Oh tuhan.. aku makan perut!! waaaaaa
walaupun rasa nak muntah kat tempat kejadian. tabah kan hati.. telan je. T_T

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook?
589 orang

camner korang jumpa spouse korang or pakwe or makwe, kat mana?
wallahualam... buat masa ni tak lagi
 da sampai seru nak kahwin baru dapat jumpa kot insyaAllah..Amin ramai-ramai

lalalala...dapat award yahuu :).. thanks syaza


Nak ucap terima kaseh kat syaza atas award dan tag ni :)
* huh!! dah lama gile kena tag baru publish kat blog*
sorry ye syaza :(



1. ape yg bermain d fikiran u allz skrg

erm... ape ek? owh ye... adoi, rasa bersalah yang teramat!!
dan, tengah dok pker nak tulis entry ape untuk blog nanti


2. apekah nme samaran u allz

sakina, kina. tu je :)


3. berikan 3 org yg u allz syg

diri saye
ibu 
ayah


4. panggilan utk si die

erm..hehe. alah malu la.. wekkk.GELI!! sila muntah
aku bujang lagi la.. :D

5. hadiah ape yg u allz impikan dr seseorang yg istimewa
Duit la... (mata duitan btol)
kesetiaan & kejujuran


6. blog mne yg u all suke visit

blog2 kat blog list.. sume best2

7. tagkan kpd 15 org rakan blogger u allz

1.jackykoh.. anda di tag lagi haha
2.i'm da cute trouble maker
 yang laen dah pun kena tag. tag dua ni je la :)

Saturday, May 8, 2010

ketakutan dia seorang lelaki

Ketakutan Dia,Seorang Lelaki
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah


Assalamualaikum wbt..

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini

.

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah.

Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?


`Ketakutan seorang lelaki!’

Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..

Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.



Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.


Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.

Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'


Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’


Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.


‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....


Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).



TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’


2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.


Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..


3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.


Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..

Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..

salam ukhuwah..

KAHWIN!




this is the way
the only way..rite?

Wednesday, May 5, 2010

menjawab tag dari syaza..

1. Siapakah kawan baik anda?

kawan baik saya? hehe saya kawan ngn semua orang x kisah bangsa,kaum or agama
kite kan 1Malaysia :D tp, ade 2 org yg special che nabila nashir dan azrida yusop

2. Kenangan manis & kenangan pahit.

erm.. kenangan manis time ikut che nabila jenjalan kat KLCC 
best sangat.. lgpun first time dapat round KL eventhough tak pegi sume tempat
time kaseh banyak sayang :D

kenangan manis dengan azrida pulak, time kiteorg pegi tengok wayang kat east coast malam. time tu ramai dah balik bercuti. kiteorg plan nak tgk alice in wonderland tp yg ade pukul 10p.m and midnight je. lewat sgt.. tukar plan, tengok cite rempit v3..haha bole la best jugak

kenangan pahit.. macam takde jeO_o

3. Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya?

harap awak terima segala keburukan saya walau apa pun,
 kite tetap kawan di dunia dan di akhirat insyaAllah :)

4. Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger.

1.JACKY KOH

aku tag budak tinggi ni je la.. sape2 yang nak jawab dipersilakan :)

Sunday, May 2, 2010

menjawab tag si jack sky :D







sorry jack lambat jawab ko punya tag baru dapat online lama sikit arini.. hehehe
apa2 pun.. terima kasih sebab tag aku :D
mula menjawab!!

1.Adakah anda rasa anda hot?

hot?? hot ke aku?? Tak kowt.. ade air cond yg sentiasa terpasang 24 jam :D 
harharhar

2.Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang!

hehehe..malunya nak ngaku. Jack aku x taui cara nak upload wallpaper laptop cam ko buat.
so, aku just upload gambar die je la ek



3.Cerita pasal gambar

Nak dijadikan cerita.. memang tak jadi sebab nama pantai kat atas ni pun
 aku tak tau. so, tak leh la nak story2 la ea..:D 
aku suka tengok beach scenery.. aman je

4.Bila kali terakhir makan pizza?

kali terakhir makan pizza? hmm.. masa kt East Coast Mall kot.
tak minat la makan  pizza, seumur hidup aku.. baru 3 kali aku makan pizza.
not my taste.. hehehe :D

5.Lagu terakhir anda dengar?

Lagu terakhir aku dengar bila diri disayangi..  
sebab bukak blog seorang teman blogger tadi 

6.Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

banyak benda aku buat selain menyelesaikan tag ni.. di antaranya ialah:D

1.tengok tutorial kat youtube cara nak buat cupcake
2. Layan mukabuku yang tak bermuka 
3. cari new background untuk blog aku ni

7.Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

takde kot.. sakina, kina, ina.. memang sume ni nama aku :D
lebih baek guna nama sendiri dari nama samaran @ nickname
tau kan kenapa? 

8.Tag lagi lapan orang

1. syaza
2.ezzah
3.aimi
4.khai
5.syuhada
6.hana
7.dylla
8.aini

9.Siapakah orang no1 kepada anda

syaza adelah my friend dan die sangat2 sweet..
harap awak dgn amir berkekalan hingga ke jinjang pelamin ye syaza :)

10.Katakan sesuatu mengenai orang ke 5

syuhada, aku nak minta maaf banyak2 kalu aku ade banyak wat silap and salah ye..
friends forever okey :D

11.No 3 ada hubungan dengan siapa?

budak tinggi lampai ni ahli kela aku. kelab single :D
tapi tak tau la pulak kalu dalam diam ade ehem..ehem..
jangan marah aimi..

12.Bagaimana pula dengan no 4?

khai roommate aku time 1st sem kt uitm kuantan
sekarang dah jadi jpk.. congrats khai

13.Pesanan buat orang no 6

hana, good luck untuk sem depan ye
saye nak minta maaf kt awak kalu ade salah silap
harap dimaafkan ye :)

14.Kata-kata cinta untuk orang no 2

kata2 cinta?? Ezzah.. i love u
alamak lupa plak.. aku ni girl la..
hehe gurau je ezzah :) 

15.Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?

Mereka juga adalah girl macam aku hehe:D

16.Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda

nama dia jacky koh
dia memang budak pandai time kt smsld lagi, tak heran la dapat masuk UTP.. congrats jack

17.Persamaan antara kambing dan lembu

similarities?? kedua-duanya adalah makanan aku :D

18.Perasaan anda wat tag ini

happy  coz first time kena tag..
tapi letih, banyak sgt soalan :D

19.Adakah anda tahu si Rizman itu sengal.

Rizman sengal?? aik.. sepelik-pelik soalan
sape rizman nie?

20.Gay or les?

gay or les? jawapan aku..dua2 kot haha:D
ish.. laknatullah orang2 macam nie

21. Berapa lama anda ambil masa nak siapkan tag ini??

ntah la.. tak terkira, aku start jawab semalam.. pastu tinggal jap
sambung balik jawab tengah hari nie
agak2 brape lama??
banyak gila soklan.. smpai 21 kot. 


~selesai pun... thanks to jacky koh sebab tag aku hehe~







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...