Wednesday, June 23, 2010

do you know what is Al-Quran?







QURAN





A Book that is full of answers,


A Book that makes you cry.


A Book that makes you notice,


How much harder you can try.


A Book that makes you realize,


What true love really is...


A Book that gives you direction,


for all of lifes tough biz.


A Book that gives you hope,


that Someone somewheres watching over you.


A Book that helps you out,


Through all the times your blue.


A Book that was revealed to our beloved Prophet(Peace and blessing Be Upon Him ),


over a period of 23 years


Once you put faith into this Book,


You can handle worldly fears.


A gift sent down from Heaven,


A treasure from above,


Written proof that shows us


How blessed we are with Allah(Subhana Wa Taalah's) love!

Tuesday, June 22, 2010

kenapa berdalih nak tutup aurat?


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Agak lama juga tak update blog, sebenarnya saya cuba untuk menulis setiap bait kata-kata dari hati namun bila otak ligat megeluarkan idea, tiba-tiba tangan kaku, semua idea pun hilang. Saya tertarik dengan kata-kata seorang penulis blog " Bila idea hilang, mungkin Allah tahu apa yang akan disampaikan itu, penulis sendiri tak ikut" Allah kan tahu apa yang terbaik buat kita hambaNya..

Malam ini, saya cuba lagi untuk mengupdate blog dan menulis entry yang bertajuk "kenapa berdalih nak tutup aurat?" 

muslimah telah Allah ciptakan mulia tarafnya dan tinggi darjatnya sama dengan Ar-rijal atau mungkin lebih tinggi. Tak percaya? nak bukti?

"Wanita solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki soleh"

tak cukup?

bagaimana pula dengan yang ini?

daripada ummu salamah (isteri nabi Muhammad S.A.W)



Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
nak lagi?
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

percaya tak sekarang?

Tapi, apa dah jadi dengan wanita muslimah sekarang? merendahkan martabat diri serendah epal yang jatuh menyembah bumi dari pohon tinggi. Perhiasan mereka? ditayang kepada lelaki ajnabi. Bila dipuji, " perghhh lawa siot!! " diusik si nakal, "phewwwitttt" BANGGA....  dah cukup lawa katanya. Kena tunjuk lagi ni, pakai seluar atau skirt pendek, tunjuk peha putih melepak. Rambut?? hmmm hitam sangat, nak macam artis hollywood tu.. perang. Blonde ke? tak pun merah.. Astaghfirullahalazim ukhti... Tak nak ke jadi Hurun A'in? penghias Raudhah?

saya ingin berkongsi ungkapan yang saya ambil dari blog salju sakinah

"Tidak aku gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya" 

Sedarlah, kecantikan yang kau banggakan bukan milikmu tapi milik Penciptanya. Tiba saat pasti akan dikembalikan. Tidak berasa malukah kita berbangga dengan kecantikan yang bukan milik kita?



Jagalah maruah dan ketinggian martabatmu akhwat. Jangan mudah sangat disentuh dan diajak bicara oleh si ikhwan. Dirimu sepatutnya tercipta mahal tapi mengapa menjerumuskan diri ke kancah kemurahan? Mudah sangat termakan pujukan rayunya berlidah buaya. Sangka diri dicintai, rupanya hanya tubuh ingin dimiliki.

Alhamdulillah... dah ramai kaum hawa yang asalnya tidak bertudung, tetapi menyimpan hajat ingin bertudung. Tapi... masih ada tapi. Mengapa BERDALIH NAK TUTUP AURAT?? Anda malu ea? takut dengan tanggapan orang nanti bila tiba-tiba terlihat anda pakai tudung. Kita tutup aurat kerana Allah. Mereka tak boleh beri kita pahala melainkan Allah. Sebagai wanita muslim, kita wajib menutup aurat.. 

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An nur ayat 30)

 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. (An nur ayat 31)

Asma’ bint Abi Bakr datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini”(sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Menutup aurat sangat dituntut dalam islam.  Wanita yang menutup aurat akan dapat menghindarkan ftnah. Tapi ada juga yang bertudung ikut trend. Pergi sekolah atau kuliah, oh pakai tudung semestinya.. keluar bandar lepak dengan member , tudung terbang ke mana?  

Satu jenis style lagi, bertudung tapi lengan pendek, tak pun rambut terkeluar kat belakang. Ada lagi seorang ni, pakai tundung tapi baju ketat. Ni la yang disindir Rasulullah S.A.W. "Berpakaian tapi telanjang"

macm ni kan bagus.sopan je..


p/s: Janganlah kita tergolong dalam golongan wanita-wanita tabarruj ini. Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...






Thursday, June 17, 2010

anda mempunyai kunci-kunci ini?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan meeka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin






Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
Maka pada keesokan harinya
Akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri dunia ini


kunci kemuliaan- taat pada Allah dan RasulNya
kunci rezeki- usaha desertai dengan istihfar dan Taqwa
kunci syurga- mengesakan Allah
kunci iman- Merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaranNya
kunci kebaikan- kejujuran
kunci menghidupkan hati- merenungkan Al-Quran, solat malam, tinggalkan perbuatan dosa
kunci ilmu pengetahuan- Tidak malu bertanya dan pendengar yang baik
kunci kemenangan dan kejayaan- sabar
kunci kebahagiaan- Taqwa
kunci bertambah nikmat- bersyukur
kunci akhirat- zuhud terhadap duniawi
kunci permintaan diqabulkan Allah- berdoa


sumber: Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Tuesday, June 15, 2010

kenali 9 syuhada mavi marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:


1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.



7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.



sumber: ustaz nor amin

Sunday, June 13, 2010

Agungnya kalimah "laa ilaaha illallah"

Nabi Musa 'Alaihissalam berkata: "Ya Tuhanku, ajarilah daku suatu doa agar aku dapat berdoa dan bermunajat kepadaMu." Allah berfirman: " Hai Musa, katakanlah "Laa Ilaaha Illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah). Musa berkata: "Semua orang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah." Allah berfirman: " Hai Musa, seandainya tujuh lapis langit dan bumi dalam suatu sisi yang lain terdapat kalimah Laa Ilaaha Illallah, nescaya yang ada kalimah Laa Ilaha Illalah akan lebih berat.

Kalimah "laa ilaaha illallah" ini memiliki sinar yang berkilau yang dapat mengusir kabus dan awan doa sesuai dnegan kekuatan dan kelemahan sinarnya. Ia mempunyai cahaya yang berbeza-beza kekuatannya sesuai dengan kekuatan dan kelemahan hati pelakunya. Tiada yang dapat menghinggakannya, selain hanya Allah Subhanahu Wa Ta'la.

Sebahagian manusia ada yang cahaya kalimah ini di hatinya bagaikan matahari. Sebahagian manusia yang lain ada yang cahaya kalimah ini di hatinya bagaikan bintang. Sebahagian manusia ada yang bagaikan cahaya pelita yang terang. Dan ada pula yang cahayanya laksana lilin yang berkerdipan.

Setiap kali bertambah besar dan bertambah kuat cahaya kalimah ini dalam kalbu seseorang, maka semakin membakarlah ia terhadap semua keraguan dan nafsu syahwat yang terdapat dalam hati seseorang.

sumber: Jangan Bersedih karangan DR AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI

Friday, June 11, 2010

tag dari syaza kelyza :)

3 nama samaran kamu .

kina
sakina

5 tarikh penting dalam hidup kamu .

5 august

5 perkara saya buat semalam .

tengok movie nightmare on elm street
tengok movie karate kid
usha jubah kat first lady (lawa!! :D)
beli bun kt rotiboy
beli oblong burger


5 perkara yang buat anda gembira .

dapat sambung BLS insyaAllah
dapat beli kereta vios or Grand Livina
dapat format sume virus dalam lappy
dapat menyelam kat cenote angelita , mexico


5 hobi kamu .

blogwalking
facebook'ing'
minum coffee
baca buku2 bermanfaat
dengar nasyid


5 tempat percutian idaman kamu .

mesir
rom
jepun
paris
pulau tioman


5 sebab kamu jawab tag ni .

syaza keLyza yang tag
suka jawab tag
takde benda nak buat
~3 PUN CUKUPLAA :D~


5 orang yang nak di-tag .

NINA
JACKY KOH
HADI
EZZAH
DYLLA 


Wednesday, June 9, 2010

seharian di Kuantan Medical Centre

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan meeka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin..


image dari google




Dah 5 hari kat Uitm Kuantan, akhirnya sem 3 pun bermula. Jadual tak la 'pack' mcm sem 2 dlu, bnyk masa untk rehat, boleh buat nota. :D. 3 jun hari tu, sebelum berlepas ke Kuantan saya buat x-ray kat sebuah klinik, Terkejut bila doktor inform yang saya kena suspect TB (batuk kering). Paru-paru kiri pun ada membrane tapi doktor tu tak dapat pastikan membrane tu apa, tapi dia kata ada kemungkinan membrane tu air. Dia saran agar saya tangguhkan study dan buat treatment kat Sabah Medical Centre tapi rasa sayang pulak nak tangguh study. Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk buat treatment tu kat Kuantan Medical Centre. 


5 jun setibanya di Uitm Kuantan, Nina dah copkan bilik untuk saya dengan Dio kat sekilau, syukur Alhamdulillah .. Nasib baik tak dapat kat padang lalang sebab pergerakan kat sana terhad dan bilik pun agak sempit. 8 jun, hari selasa, Dio dan Nina temankan saya pergi ke KMC jumpa consultant physician. Dato' Dr Ooi Hooi Yong. Doktor pakar. Lepas Dr Ooi buat check up, dia ckp kemungkinan besar saya kena TB dan saya perlu buat Blood Test. Dr Ooi nak tebuk belakang keluarkan air dari paru-paru untuk buat research dan hantar ke KL. 


DR Ooi suruh buat CT SCAN dan BLOOD TEST, saya pilih buat BLOOD TEST dulu, sebab sekejap je.
Nurse tu pun ambil darah saya lepas tu jarum lagi kat lengan kiri untuk TB test. Hari khamis nanti kena datang balik KMC bawa sampel kahak. Walaupun takdela sakit sangat kena jarum, tapi saya takut sangat sebab fobia dengan jarum. 


Next, buat CT SCAN pula. Sampai kat bilik CT SCAN, seorang lelaki suruh pakai baju makmal lepas tu baring atas katil untuk mulakan Scanning. Tiba-tiba dia datang bawa jarum. peliknya, ingat kalau buat CT SCAN  tak perlu kena jarum. Lelaki tu cakap dia nak masukkan ubat melalui salur darah so,kena cucuk jarum untuk masukkan ubat. YA ALLAH.... TIDAK!!!!!!....sakit tu... pertama kali dalam hidup. Dia pun cucuk jarum tu ke urat saya. Adoi... sakit!!!. Rupanya salah cucuk sebab urat lari. Percubaan kedua pun gagal. Tapi saya yang menanggung derita Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya. Akhirnya lelaki tu pun panggil doktor wanita untuk masukkan jarum dalam urat saya. Doktor tu datang dengan senyuman yang menenangkan hati:D dia pun masukkan jarum tu ke tangan kiri pula, hmm takde la sakit sangat. Kan bagus kalau dari tadi doktor tu datang. Lepas tu ubat pun dimasukkan dan scanning pun bermula. Agak lama jugak dalam bilik tu, lebih kurang dalam sejam.


Akhrinya... penderitaan pun berakhir. Dr Ooi suruh masuk balik bilik dia dan berkata :D "Melalui scan, saya rasa kemungkinan besar awak kena TB, so saya nak tebuk belakang awak sekarang untuk sedut air dari paru-paru kiri awk" . HAH!!! SEKARANG??? cepatnya.. adoi.. ni lagi sakit..
Selepas dapat persetujuan dari ayah, sejam selepas tu, Dr Ooi pun mula sedut air dari paru2. Nasib baik jarum dia kecik je. Dalam 30 -40 minit, 200 cc air dikeluarkan dari paru2 saya. Banyaknya.. tu pun tak semua air habis disedut. 


Dr Ooi suruh datang lagi untuk appointment hari rabu next week dan saya kena makan ubat warna brick red  4 biji sekali sehari dan satu lagi ubat warna putih sebiji sekali sehari. Harap2 cepat la sembuh.. Amin ya Rabbal Alamin... sakit la asyik kena jarum


p/s : terima kasih banyak Dio dan Nina sebab temankan saya pegi KMC. Jasa baik korang takkan saya lupakan. Jazakallahu Khairan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...