Semua orang ingin dilahirkan dengan sempurna dan lengkap tanpa sebarang kecacatan. Namun setiap penciptaan itu pasti ada hikmah yang tersirat
1.MANUSIA BERTANDUK
Nenek Zhao adalah seorang wanita tua dari Zhanjiang. Menurut keluarganya, tanduk muncul sekitar 3 tahun yang lalu bermula dengan tahi lalat kecil. Anehnya, tidak seperti kebiasaan, tahi lalat ini terus tumbuh dan memanjang mirip tanduk yang menonjol keluar dari tengah-tengah dahi. Tanduk ini diakui nenek Zhao telah mengganggu pandangannya: "Itu membuat saya tidak selesa, dan menutup pandangan saya," katanya
2.MANUSIA BERJARI RAKSASA
"Over-Sized Fingers" atau ukuran jari tangan yang melebihi ukuran normal, itulah yang dimiliki Liu Hau dari Jiangsu. Sejak lahir, tangan kiri Hau mempunyai ukuran ibu jari, telunjuk, dan jari tengah yang lebih besar. penyakit ini dikenali sebagai macrodactyly, dan merupakan bentuk Gigantisme lokal.
Hau menjalani operasi di sebuah hospital di Shanghai akhir tahun 2007,lebih kurang 5.1kg daging & tulang berjaya dibuang
Pembesaran itu sebenarnya bermula dengan kaki kanan Chen ketika dia masih kecil, tetapi merebak dengan cepat ke seluruh kaki kanan. Bertahun-tahun kemudian, kakinya menjadi semaki ebsar dan menyebabkan dia tak mampu bangun.
Doktor mengesahkan bahawa dia menderita neurofibroma, saraf berbasis tumor yang biasanya jinak. Tidak dapat dipastikan sama ada dia pernah emnerima rawatan sebelum ini.
4. ELEPHANT MAN
Akibat penyakit kaki gajah yang dialaminya, Huang Chuncais sekarang lebih dikenali sebagai 'cina Elephant Man'. Setelah bertahun-tahun, penyakit kaki gajah yang diderita Huang telah berubah menjadi tumor raksasa yang beratnya mencapai 15 kg. Tumor itulah yang kemudian menarik kulit wajahnya ke bawah sehingga menyerupai gajah.
5.MANUSIA HAMIL MAYAT
Nagpur sanju Bhagat, 36 tahun didakwa seorang peminum arak yang ketagih oleh orang sekelilingnya dan dia sendiri mengatakan perutnya membesar disebabkan oleh tumor.
Namun pada Juni 1999, para doktor yang berusaha menghilangkan benjolan itu mendapati perut sanju berisi mayat janin yang berkemungkinan adalah saudara kembar. Sama ada benar atau tidak, WALLAHUALAM....
6.MANUSIA OCTOPUS
Cacat itu membawa kebanggaan ..setidaknya itulah yang dirasakan keluarga Lakshmi Tatma, kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dengan 4 kaki dan 4 tangan. Secara medikal, keadaan tersebut terjadi ketika 'parasistic kembar' berhenti berkembang di rahim ibunya. Tubuh Lakshmi menyerap sisa anggota badan, sehingga dia dilahirkan seperti kurita atau octopus.
Meski ramai yang mengaitkan kelahiran Lakshmi Tatma dengan Dewi Lakshmi, dewi yang bertangan empat dalam kepercayaan Hindu, namun akhirnya setelah dua tahun, pembedahan pun dijalankan. Dan sekarang Lakshmi hidup sepert anak normal yang lain.
7.MANUSIA POHON
Yang ni, mesti korang pernah terbaca di surat khabar kan? Dede, manusia Pohon dari Indonesia menderita penyakit kombinasi Human Papilloma Virus (HPV) dan kelainan genetik. Akibatnya, terjadi pertumbuhan kulit seperti kayu yang berasal dari kutil.Kutil-kutil itu telah merebak ke seluruh tubuhnya.
Meskipun diejek, kehilangan pekerjaan, dan ditinggalkan isteri, Dede tetap setia menjaga dua anaknya dan disebabkan itu, seorang doktor dari Amerika berjanji akan menyembuhkan penyakit yang menimpanya.
8. MANUSIA BERWAJAH RAKSASA
Xuan Nguyen Minh masih berumur 5 tahun ketika gambar di atas diambil di Hospital Tu Du pada tahun 2005. Doktor kebingungan mengenalpasti penyakit adik Nguyen yang memiliki bentuk kepala panjang dengan mata terbeliak. Ramai yang memeprcayai bahawa penyakit adi Nguyen ini disebabkan radiasi Kimia. kesian..comel adik ni
10. SIJARI KERDIL
Le Thi Hoa adalah salah seorang anak cacat yang juga dicurigai sebagai korban radiasi kimia. Ia dilahirkan dengan jari kerdil. Namun, dia tidak pernah berhenti menulis dengan 'gaya tulisan tangan yang sangat baik. "
-gambar xde-
Bersyukurlah kita walau apa pun rupa bentuk kejadian kerana Allah S.W.T telah menciptakan kita dengan sebaik kejadian dan pasti ada hikmah yang tersirat :)
Sumber :http://nemoto911.blogspot.com/2009/12/10-manusia-paling-unik-di-asia.html
1 comment:
Good dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.
Post a Comment