Wednesday, August 18, 2010

pakai tudung?? nantila.. x sedia lg


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin


Alhamdulillah  akhirnya assignment dah siap. walaupun x siap 100%, dlm 80% tu ade la.. hehe. Yang penting malam ni nak update entry untuk blog kesayangan hamba "Warkah Seorang Hamba".  Okeh, berbalik kepada tujuan asal, saya pernah cuba ajak seorang kawan yg free hair untuk pakai tudung. Niat yang dah lama tersimpan akhirnya terucap juga. Rasulullah pernah bersabda, 

 Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim )

Sampai bila kita nak mencegah kemungkaran dengan hati? lagipun itu adalah selemah-lemah iman, akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk mengajak sahabat tadi untuk memakai hijab dengan cara berhikmah. Alhamdulillah... jawapan yang diterima positive, tapi dia minta masa sebab tak bersedia..Kalau tak bersedia, takut nanti kejap pakai tudung, kejap tak. memandangkan ilmu saya pun tak banyak masa tu, saya pun mengiyakan sahaja. Ada betul juga cakap dia. 

Sehingga la satu hari... saya terbaca artikel tentang tudung dan terhenti bacaan pada satu ayat:

Pakai tudung kan wajib, perintah Allah.. kenapa nak tunggu sampai bersedia?
(lebih kurang ,macam ni ayat dia)

Cuba  fikir, kalau pakai tudung kena tunggu bila dah sedia sedangkan ia wajib, macam mana pulak dengan sembahyang? kena tunggu sampai diri dah bersedia ke baru nak sembahyang? Nak buat benda baik kenapa nak tangguhkan? Makin ditangguh makin bertambah la dosanya...  Sesungguhnya tanggungjawab dakwah itu ada di tangan kita umat islam. Tegurlah sahabat seislam jika mereka berbuat silap. Saling ingat mengingati.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Q.S. An-Nahl: 125)

Wallahualam bissowab

4 comments:

terokai seni said...

heee tak paham erti tanggungjawab dan kewajiban

solat dianggap orang alim pada hla solat ialah kewajipan tak kira le alim atau pun tidak begitu le yang lain juga

Unknown said...

pagar halimunan~hehe..meyebabkan ramai org lupa,bahawa ke atasnya ada tanggugjwb..hmmm..

penjejak maya said...

salam,

setidak-tidaknya anda telah menegur sahabat anda ke arah kebaikan jadi terpulanglah pada yang empunya badan wallahualam..

Anaasuria said...

salam..
kalau sesapa jawab tak sampai seru, jawab kat mana kamu selama ni sehingga Al-Quran tak sampai kat kamu...

bukan kata susah nak ajak kengkawan, ajak ahli keluarga sendiri pun bukan senang.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...