Friday, August 27, 2010

Apa beza kita dengan zaman jahiliyyah?


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Alhamdulillah..akhirnya kita telah sampai ke Ramadhan ke-17 dengan izinNya. Apa khabar amal ibadat? semua sempurna? mudah-mudahan insyaAllah. Moga kita sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk melipat gandakan amal ibadat di bulan penuh barakah Ramadan kareem ini. Rasa bersalah ana, follower semakin bertambah tapi ana tak update pun lagi blog ni. Asif jiddan sahabat sahabiah.. 

Kisah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi, acap kali telinga ini disapa dengan khabar sedih. seribu sesalan melanda umat manusia. Apa beza kita dnegan zaman jahiliyyah?? Mungkin lebih teruk, kalau dulu kaum jahiliyyah tanam hidup-hidup ana perempuan mereka yang baru lahir, zaman sekarang lagi teruk, buang dalam tong sampah. Ada satu gambar yang ana lihat, buang di tepi jalan. Apa punca semua ni? betul.. "couple". Kalau tak couple, takde pergaulan bebas, tak ada zina. Bagi yang bercouple, jangan cakap anda couple cara islam. Saling nasihat menasihati. " Jangan lupa sembahyang ye sayang". Jangan cuba menghalalkan apa yang dah sedia haram. Buat pahala tapi dalam masa yang sama buat dosa, perkara yang dilarang Allah..

وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيْلاً٭سورة الإسراء 
Allah SWT berfirman : "“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)"


Sahabat, zina kecil pintu ke zina besar. Kalau tak ada zina kecil, tak ada la zina besar.Perhubungan yang halal di sisi islam hanyalah selepas ijab kabul. Takutlah dengan azab Allah. Sesungguhnya Azab Allah itu pedih dan janjiNya pasti. Si ibu yang membuang anak ini telah berbuat 2 dosa besar, berzina dan membunuh. Jangan dikasihankan si kecil itu kerana dia telah menjadi penghuni syurga. Kasihanilah si ibu, entah sempat bertaubat atau tidak. Nauzubillahiminzalikh Ya Allah..

Wednesday, August 18, 2010

pakai tudung?? nantila.. x sedia lg


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin


Alhamdulillah  akhirnya assignment dah siap. walaupun x siap 100%, dlm 80% tu ade la.. hehe. Yang penting malam ni nak update entry untuk blog kesayangan hamba "Warkah Seorang Hamba".  Okeh, berbalik kepada tujuan asal, saya pernah cuba ajak seorang kawan yg free hair untuk pakai tudung. Niat yang dah lama tersimpan akhirnya terucap juga. Rasulullah pernah bersabda, 

 Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim )

Sampai bila kita nak mencegah kemungkaran dengan hati? lagipun itu adalah selemah-lemah iman, akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk mengajak sahabat tadi untuk memakai hijab dengan cara berhikmah. Alhamdulillah... jawapan yang diterima positive, tapi dia minta masa sebab tak bersedia..Kalau tak bersedia, takut nanti kejap pakai tudung, kejap tak. memandangkan ilmu saya pun tak banyak masa tu, saya pun mengiyakan sahaja. Ada betul juga cakap dia. 

Sehingga la satu hari... saya terbaca artikel tentang tudung dan terhenti bacaan pada satu ayat:

Pakai tudung kan wajib, perintah Allah.. kenapa nak tunggu sampai bersedia?
(lebih kurang ,macam ni ayat dia)

Cuba  fikir, kalau pakai tudung kena tunggu bila dah sedia sedangkan ia wajib, macam mana pulak dengan sembahyang? kena tunggu sampai diri dah bersedia ke baru nak sembahyang? Nak buat benda baik kenapa nak tangguhkan? Makin ditangguh makin bertambah la dosanya...  Sesungguhnya tanggungjawab dakwah itu ada di tangan kita umat islam. Tegurlah sahabat seislam jika mereka berbuat silap. Saling ingat mengingati.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Q.S. An-Nahl: 125)

Wallahualam bissowab

Saturday, August 14, 2010

award dari dylla, syukran :D

 


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin





 Ucap tq pada insan yg link anda n jgn lupa link kan...
Terima kasih Dylla for this award :D Selamat berpuasa ye

2- Tag 15 other bloggers yg anda pikirkan olala tropika! 
Olala tropika tu mende? saya tag je la sape yang saye nak ek :D hee
Jacky koh
Feed your soul
Clash between two ways
Allah cinta teragung

Selamat berpuasa semua :D


Wednesday, August 4, 2010

Award dari cik Bea Aziz :) toceh...


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Nak ucap terima kasih banyak2 kpd cik Bea Aziz sebab sudi bagi saya award Winnie The Pooh 
yg chumil banget ini :) Alhamdulillah syukran...

Lepas ni mungkin lama baru dpat update blog
 sebab busy sangat dengn exam 
semoga istiqamah di jalan tarbiyah ini insyaAllah...





TAG:
1. anda rasa entry saya yg manakah paling best dibaca?
2.blog yg manakah paling kerap anda singgah?
3.blog anda sudah berapa tahun terbina?
4.tag pada 3 yg lain..

1. suka entry cik bea yg bertajuk 'cheese cake'  
Time baca entry tu serious rase nak makan kek secret recipe

2.hehe.. x prasan pulak sebab kalu ade entry baru je
 saye  blogwalking ke blog terbabit =)

3.tak sampai pun setahun jagung 

4. Jacky koh
syaza kelyza
An-Nisa

Tuesday, July 27, 2010

Ketahui amalan bid'ah nisfu sya'ban


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Sekali lagi Allah izinkan saya untuk mengisi ruangan Warkah Seorang Hamba setelah beberapa hari tak diupdate oleh pemiliknya lantaran assignmnet yang berlambak dan final pun dah dekat. Assignment tak siap lg, curi la masa sikit update :D
15 Sya'ban 1431 Hijrah adalah hari di mana buku amalan kita akan diangkat ke langit, oleh itu ramai umat islam yang cuba untuk mengimarahkan malam nisfu sya'ban dengan bacaan yasin, solat malam dan puasa. Tapi, tanpa disedari, amalan-amalan ini yang kononnya dilaksanakan bersandarkan dengan sunnah Rasululullah S.A.W sebenarnya bid'ah. Tidak ada sebarang hadis pun yang memberitahu tentang amalan-amalan khas pada bulan sya'ban mahupun puasa. Kalau macam tu, ada apa dengan bulan sya'ban?


Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: 

“Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam
nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang
bermusuhan.”


Hadis ni tak mengajar apa-apa tentang amalan khas pada bulan sya'ban malahan tidak terdapat hadis sahih yang mengatakan Rasulullah menghidupkan malam nisfu sya'ban dengan amalan-amalan khusus. Oleh itu, semua hadis yang mengatakan tentang fadhilat-fadhilat amalan nisfu sya'ban adalah bid'ah termasuklah amalan puasa pada 15 sya'ban. Di bulan Sya'ban inilah Rasulullah melebihkan puasa baginda daripada bulan-bulan yang lain. 

Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah: 

“ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain
seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang
dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa.

Memandangkan di bulan inilah Amalan kita diangkat ke langit, wajarlah umat islam memperbanyakkan amalan di bulan ini. Tetapi jangan pula mengkhususkan ibadat dalam bulan ni je.. seperti yang dilakukan oleh umat islam di Malaysia yang datang berduyun-duyun ke masjid untuk solat berjemaah dan baca yasin sebanyak 3 kali tetapi dikhususkan hanya pada bulan sya'ban, tidak pada bulan-bulan lain. Haram hukumnya menkhususkan amalan.

 "Dari Abi Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk melakukan ibadah antara malam-malam yang lain dan janganlah kamu menentukan Hari Jumaat sahaja untuk berpuasa antara hari-hari yang lain, kecuali memang singgah puasa (tidak secara langsung) yang dikerjakan oleh seseorang kamu." H/R Muslim (1930) as-Siyam.


Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang - Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi-

Contoh-contoh hadis maudhu' tentang sya'ban

Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).

Wallahualam bissowab

Wednesday, July 21, 2010

Riak lebih bahaya dari Dajjal



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Cemburu rasa hati saat membaca hasil tulisan blog-blog yang berunsur dakwah dan nasihat. Sesekali treingin jugak nak menulis seperti mereka. Anda mempunyai perasaan seperti ini sama seprti saya?? AWAS!!! kenapa saya kata awas? sebab kemungkinan kita terkena suntikan riya' shaitannirrajim hehehe  istighfar cepat-cepat Astagfirullahalazim dan perbetulkan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Riya' lebih merbahaya daripada Dajjal, sebab apa? sebab ia adalah penyakit hati yang paling ditakuti.


 Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah s.a.w :




"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah





Riak bermaksud mebuat satu pekerjaan dengan bertujuan untuk mendapat pujian dan bukan semata-mata kerana Allah S.W.T.  Kadang-kadang kita risau dengan pandangan orang sekeliling tentang perilaku kita, tapi pernahkah kita ambil kisah dengan pandangan Allah? Sedangkan hanya Allah yang boleh beri kita pahala sebagai tiket ke syurga. Pandangan manusia?? tak kemana, sekadar pujian yang entah ikhlas ke tak.



Allah berfirman bermaksud:

 "Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah, ayat 5) 



Ada banyak jenis riak yang diriakkan manusia;

 1- Riak dari segi badan                                                                                                           

Memperlihatkan keletihannya kerana berpuasa atau beribadat di tengah malam.

2- Riak pada pakaian

Berpakaian untuk menujukkan kewarakan diri padahal hakikatnya tidak. Hatinya juga bukan diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah tetapi sekadar untuk mendapatkan penghormatan dari orang sekeliling.

3- Riak dengan perkataan

Riak jenis ni adalah untuk menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Tuturnya laksana penasihat atau pensyarah sedangkan pada hakikatnya kosong.

4-  Riak pada amalan

Riak jenis inilah yang paling kita takuti sebab amalan tak diterima Allah s.w.t. Amalan yang berunsurkan riak tidak akan dapat menembusi langit malahan amalan tersebut dicampak oleh malaikat ke muka si pengamalnya. Orang sebegini adalah yang sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud bila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah atau berbuat amal ibadat lain secara terang-terangan. Jalan tunduk kepala tak pandang kiri kanan,Sedangkan bila dia bersendirian mata meliar. Kerana riak ini, pahala solat selama 100 tahun terhapus diganti dosa. Nauzubillahiminzalikh...

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...