Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin
Telah berlalu Ramadhan kareem bulan penuh barakah, kini menjelanglah syawal bulan kemenangan. Kemenangan umat islam setelah menempuh ujian sebulan berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga serta perlakuan yang boleh membatalkan puasa. Sedar tak sedar dah 9 syawal kita tempuhi. Alhamdulillah syukur ke hadrat Nya.. Sebenarnya warkah ini ana nukilkan time cuti raya. Dua minggu cuti study week. Sambil mentelaah notes, ana luang masa sedikit menulis untuk Warkah Seorang Hamba. Seminggu lagi debaran Imtihan semakin terasa. Setelah dua minggu ana bertungkus lumus membaca dan menghafal fakta..tipu je hehe.. ana study seminggu je, seminggu lagi raya sakan. Rezeki melimpah ruah tak sanggup ana nak menolaknya hehe..Imtihan sem 3 kali ni penting untuk menentukan kemana arah tuju ana selepas ini. Sama ada Bachelor in Legal Studies (BLS) di Uitm Shah Alam, atau course lain yang ana sendiri tak tahu. Apa pun ketentuan Al-Khalik ana redha sebab Dia maha tahu apa yang terbaik buat ana. Ana teringin sangat nak further study di bumi para anbia mesir. Tapi, course law yang ana insyaAllah akan sambung nanti boleh ke further kat Mesir?.. Tak apa la, kalau takde rezeki nak smbung study kat Mesir maybe satu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke sana terutamanya Mekah insyaAllah… Ana berharap sangat.
Dua minggu cuti ana sempat mengasah bakat membuat kek coklat cewah :D Ana dapat resipi kek coklat ni dari seorang sahabat kat FB, kalau ana tak silap Nur Halawatul Iman nama dia.. sedap nama tu, Cahaya kemanisan Iman maksud dia. Ana nak share dengan sahabat sahabiah Warkah Seorang Hamba pula J
Resipi kek coklat
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanilla
1 ½ cawan susu segar perisa coklat (dutch lady)
½ cawan air campur 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
½ cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung gandum
Topping (sapu kat atas kek)
½ cawan serbuk koko (nak lagi sedap guna koko Van Houten)
½ cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat
1) Pukul telur hingga kembang
2) Masukkan gula dan pukul lagi
3) Masukkan minyak masak
4) Campur dan ayak semua bahan B lepas tu masukkan sikit2 ke dalam pukulan telur tadi selang seli dengan bahan A
5) Gaul sebati
6) Bakar selama satu jam
7) Cara buat topping: Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kecilkan api. Panaskan bahan-bahan tadi dan tuang ke atas kek
Cuba la sendiri...
No comments:
Post a Comment