Sunday, February 27, 2011

Ketenangan













                Sekali lagi ana diberi peluang untuk mengupdate ruangan warkah seorang hamba. Kalau pembaca perasan, penulis menggunakan panggilan diri berubah2 sejak dari post pertama. kejap guna saya, penulis, ana.. tapi ana membuat keputusan untuk istiqamah menggunakan "ANA" hingga ke akhir hayat penulis blog ini insyaAllah. Saban hari, ana cuba mentafsir kejadian dari perspektif berbeza. Melihat segala yang terjadi adalah ketentuan Al-Khalik untuk ana huraikan sendiri rahsianya. Tanpa ana sedari, ia menjadi habit dan perlahan-lahan timbul stau ketenangan dalam hati. Ketenangan yang luar biasa. Hinggakan jika ditakdirkan baju ana di ampaian hilang malam ni. Ana tak kisah, bukan rezeki ana. Mungkin Allah nak jauhi ana dari kejahatan yang ada pada baju itu. Jika kita melatih diri untuk bersangka baik dengan Allah, insyaAllah keyakinan kepada Allah semakin mantap. Akidah bertambah kukuh. Tuhan yang sentiasa mengawasi setiap langkah dan gerak geri kita itu ada. Mari hadirkan Allah dalam setiap degupan jantung. dalam setiap oksigen yang dihirup.  Masa tu la kita akan merasakan "Islam itu indah". 


Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang
(Surah Al-Ra'd: 28)


       Tapi, keindahan islam tak dapat dirasakan oleh semua orang. Ana pernah berdebat dengan seorang hamba Allah. Tapi, disebabkan ilmu yang ana miliki seperti lopak air jika nak dibandingkan dengan lautan, perdebatan itu berakhir tanpa diketahui siapa pemenangnya. Ana bukannya nak menang, tapi kalau boleh ana nak beri satu nasihat yang boleh mematahkan hujah hamba Allah itu dan membuat dia berfikir sejenak tentang kata-kata ana. 



HA: Saya ada seorang kawan, tudung labuh. Tapi rupanya pernah "main" dengan     
       lelaki. So, Don't judge the book by it's cover. Tak semua orang pakai tudung labuh tu baik.
Terus terang ana tak faham apa yang dia maksudkan dengan "main". Tapi ana diamkan saja.

ANA: Eh, awak tak boleh cakap macam tu tau, sekurang-kurangnya mereka pakai 
         tudung. Ikut seruan Allah. Kena ingat mereka tu manusia bukan malaikat. Awak kenapa tak pakai tudung?

HA: Tak sedia lagi. Nak pakai tudung bila timbul dari hati.

Ana: Tapi kita hidup bukan selamanya. Dan hidayah tu kena cari bukannya di tunggu.  

HA: Tpi ramai je saya tengok orang pakai tudung, tapi kadang2 buka tudung? Tak nak la pakai sebab orang suruh. Nanti tak ikhlas.

Ana: Bukan ke semua bermula dengan first step? Keikhlasan tu akan timbul bila awak dah biasakan diri.

Perbualan berlanjutan hingga ke isu couple. Astaghfirullahalazim.. bahaya jika tak ada ilmu. Bukannya cari ilmu dunia saja. ilmu untuk bekalan akhirat pun perlu. Ana akui, ilmu terlalu sedikit. Benar kata seorang sahabat, dakwah perlu ada seni. Tak boleh gunakan ilmu yang kita ada untuk mengutuk sasaran dakwah. Mungkin ana terlalu ikutkan nafsu. Maafkan ana ya Allah.




6 comments:

cemomoi said...

baru je kita berhujah sesama muslim kita ketandusan ilmu... camana gamaknya kita nak dakwah dengan non muslim... apa pun itu suatu latihan untuk kita muhasabah diri adakah kita benar-banar bersedia berdakwah

Allah dah bagi hidayah kat kita le tu

light 0F happiness said...

cemomoi~ insyaAllah sedang menggali ilmu mencari seni dalam dakwah

Mar said...

sya harap sya juga boleh berdakwah sebegini,..ilmu didada perlu diamalkan,..

light 0F happiness said...

mar~ insyaAllah boleh.. bukan ke itu tanggungjawab kite ^_^

Hanif said...

kadangkala susah nak menyatakan sesuatu pada kawan2. semoga diberikan kekuatan.

light 0F happiness said...

insyaAllah.. itu yg ana harapkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...