FEMINA atau Festival Mawar Indah dan Anggun. Alhamdulillah, semalam sempat tengok forum ustaz Akhil Hayy bertajuk Antara Dua Persimpangan. Sangat best!! Tapi ada sedikit kekesalan di hati sebab lepas maghrib tu kena hadir program kat Dewan Tunku Canselor. Habis je program, dengan dua kaki pinjaman dari Pencipta, langkah dicepatkan. Alhamdulillah sempat dengar sesi ke 2 dan 3 forum tu.
gambar: credit buat kak hazirah
Malam sebelum ni, ada satu lagi forum bertajuk menantu idaman mertua. Ahli panel pun best. Dr. Robiah kulop Hamzah dan Wardinah Safiyyah. Forum yang banyak pengisian untuk rohani sampai tak sedar dah pukul 11 pm.
credit mr google
Minggu lalu pun ada satu lagi forum bertajuk "Cinta Pampers". Panel jemputan adalah Ustaz Aran, Imam muda dan akhwan Afandi
credit buat kak hazirah
Secara ringkas, walaupun setiap tajuk forum adalah berbeza, tapi semua bernaung di bawah satu isi yang sama iaitu " Muslimah solehah"
Muslimah solehah itu sayangkan Penciptanya
Muslimah Solehah itu sayangkan agamanya
Muslimah solehah itu sayangkan Rasulnya
Muslimah solehah itu cintanya bermaharkan iman dan taqwa
No comments:
Post a Comment