Sunday, November 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah..Hidup diteruskan lagi. Terasa nak mentarbiyyah hati, ana menjengah ke blog kak asma' bidadari besi. Ana pilih blog ini, kerana tulisan kak asma' tak pernah menghampakan hati ana yang dahagakan tarbiyyah. Terkesan dengan post beliau, ana tergerak nak berkongsi dengan sahabat yang view blog ana. insyaAllah moga ada manfaatnya.


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon ikhwah/akhawat sebagai sang suami/isteri,

- Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
- Yang cepat mengalah,
- Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain.
- Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
- Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da'wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.



ana copy paste entry ni dari blog kak asma' bidadari besi

mati nanti baru rehat

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini rasa ingin bermonolog saja. Cuti, banyak masa kosong tak terisi. Teringat kata-kata Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna, 'Al wajibaat akhtar minal awqat' tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Rabiatul Adawiyah, saat disuruh berehat kerana terlalu sibuk beribadah, jawabnya 'mati nanti baru rehat' Tiada istilah rehat bagi mereka. Perindu syahid. SubahanAllah.. kerdilnya diri. 


nak mati syahid
tapi duduk depan laptop main mukabuku
goyang kaki sambil
minum oldtown white coffee 


Rasa ingin fokus dengan study. Habis tu islam? siapa nak perjuangkan? Lihat orang sekelilingmu. Semua ikut perintah Islam? Siapa nak mengingatkan mereka? Allah.... istighfar. Ini tanggungjawab aku. Ini janjiku pada Allah. Yakinlah wahai hati, Allah akan tolong mereka yang menolong agamaNya.  
Moga Allah permudahkan urusan pejuang-pejuang di jalanNya insyaAllah

p/s: Tak sabar untuk berjuang bersama sahabat. hanya menunggu masa ^_________^



Thursday, November 24, 2011

tisu si kecil peminta sedekah

Bismillahirrahmanirrahim


Mencari mood untuk menulis. Tengah otak ligat mencari tajuk yang sesuai untuk update blog, teringat 2 orang anak kecil duduk di laluan pejalan kaki menuju ke Kompleks PKNS. 

Kakak-mungkin 5 atau 6 tahun
Adik- 2 atau 3 tahun.

Si kakak mengenggam bekas untuk letak duit. Memandang sosok-sosok tubuh yang lalu di hadapan. Mengharap belas kasihan mereka yang sudi menghulur. Mereka yang tahu nilai sedekah di sisi Allah. Terlintas di hati, "budak-budak ni minta duit untuk siapa?" Aku berlalu tanpa memberi walau 1 sen. Rasa bersalah.

Tengah duduk tunggu makanan yang dipesan sampai, telihat 2 orang budak. Seorang budak lelaki berkopiah. Seorang budak perempuan bertudung. Jual tisu. Tisu tu mungkin hanya tabir niat. Bertindak menutupi niat asal mereka iaitu meminta sedekah. Pergi dari meja ke meja. Ada yang menghulur. Tidak kurang juga yang menghalau. Mereka sampai ke mejaku. Nah RM 2. "Terima kasih akak" Aku hanya menguntum senyum. Hmm.. mesti orang bukan Islam akan berkata " Orang Islam miskin". Buktinya? 4 orang peminta sedekah tadi.. berkopiah dan bertudung. 

Pukul 6.30 pm. Kena sampai hostel sebelum Maghrib. Tunggu bas lambat sampai. Pandangan ku luaskan. Terpandang budak perempuan dengan adiknya. Macam kenal. Oh.. peminta sedekah tadi.Kecilnya budak lelaki tu. Comel. Kasihan, kecil-kecil lagi dah kena ikut kakak minta sedekah. Di mana ibu dan ayah mereka? mereka naik bas nak pergi mana? Akhirnya bas sampai. Orang berasak-asak nak naik bas. Adik kecil tersepit di tengah-tengah. Nasib baik ada kakak baik hati bagi adik kecil duduk. 

Moga Allah lindungi aku dan kamu dari kesusahan hingga terpaksa meminta-minta. =_=

Bangunlah saudara seislamku. Bangkitkanlah kesedaran dalam dirimu. Umat semakin sakit. Bantulah. Sekurang-kurangnya engkau ada jawapan bila Allah tanya di akhirat nanti. Engkau telah berusaha.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...