Monday, January 31, 2011

letak jawatan je la Mubarak


Terkejut dengan berita rusuhan kat mesir. Ingatkan hanya rusuhan biasa, rupanya dah semakin teruk hinggakan ada pelajar Malaysia yang kena rogol. Tapi saya tak berani nak mengulas lanjut sebab tak dapat nak dipastikan kesahihan berita ini. Sahabat-sahabat kat Mesir pun dah lost contact sebab Mesir dah block social networks. Daripada apa yang saya tau, dah 3 dekad kerajaan tirani Hosni Mubarak yang disokong oleh U.S memerintah dan terbukti tak disenangi oleh rakyat Mesir hingga meraka merancang untuk merusuh, diinspirasikan oleh krisis di Tunisia. Perusuh melaungkan "Down with Hosni Mubarak, Down with tyrant. We don't want you." Malam tu, penunjuk perasaan berkumpul di suatu tempat yang diberi nama Tahrir Square hingga menyekat kelancaran lalu lintas. Sekitar pukul 1 pagi hari rabu, 26 januari pihak polis sampai dan melepaskan gas pemedih mata. Ada diantara penunjuk perasaan yang pengsan disebabkan kesukaran bernafas. Tapi tak lama selepas tu keadaan bertukar menjadi tegang. Polis memukul sesuka hati perusuh-perusuh dengan baton. Saya terjumpa video ni kat youtube, boleh pula langgar orang suka hati dengan kereta. 



Rakyat dah tak suka kenapa masih bertegas tak nak lepaskan jawatan.  Egypt Daily News mengatakan,ketua parti pembangkan Mohamed ElBaradei sanggup turun padang turut serta dengan protes besar-besaran itu. 


"I have to give them as much support, political support, spiritual, moral, whatever I can do, you know," he said. "I will be with them. They are my people, and I have to be there, and I'd like to see Egypt, a new Egypt." -ElBaradei-


P/S: Berdoa kebenaran di pihak yang benar insyaAllah..
sumber: Associated press

Saturday, January 29, 2011

Hadiah untuk Si MUKMIN




Tercatat dalam terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB Imam Al-Ghazali, sabda Rasulullah S.A.W :

“Kalau binatang itu tahu tentang kematian sebagai apa yang diketahui oleh anak Adam, engkau tidak akan memakannya hingga gemuk”

Pendapat saya tentang hadis ini, kalau kerbau dan lembu yang kita buat korban untuk raya haji tu tahu tentang ajal maut, bintang-binatang ni takkan makan hingga gemuk dan kita pun tak cukup daging nak makan sebab semua lembu dan kerbau kurus. Kita bagaimana? Kita tahu tentang ajal maut, tapi lihat diri kita, apa persediaan kita menghadapi mati? Lepak di shopping mall? Karaoke? Tengok movie? Atau tengah mengingati kebesaran Allah? Baca buku-buku agama penuhkan ilmu di dada? Kalau ye, Alhamdulillah.. moga istiqamah ye sahabat. Aktiviti kita hari ini, esok atau lusa beri kesan dengan iman.  Hati-hati jaga iman. Sifat iman turun naik. Siapa kata susah jaga iman? InsyaAllah senang kalau dibiasakan.

Telah berkata Aisyah, “ Ya Rasulullah, adakah seseorang yang dihimpunkan bersama para syuhada? “ Rasulullah menjawab, “Iaitu orang yangmengingati mati sehari semalam dua puluh kali.”

Rasulullah S.A.W bersabda lagi;

  “Hadiah orang mukmin adalah mati”

Kenapa hadiah untuk mukmin sahaja?   Kerana si mukmin itu menganggap dunia hanya sebagai satu persinggahan untuk perjalanan yang sangat jauh. Tak bermakna. Di dunia dia bersusah payah berperang dengan nafsunya, melawan bisikan syaitan mencabar keimanannya. Juga Rasulullah S.A.W bersabda:

              “Maut itu penghapus dosa bagi setiap muslim”

Kerana sesungguhnya mukmin yang sejati berusaha mencapai matlamat 0% dosa besar dan minimal dosa kecil. Maka kematian akan menghapuskan dosa-dosa kecil itu. Telah berkata Atho’ Al-Khurasani ra,

“Rasulullah S.A.W lalu dalam suatu majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Maka baginda bersabda: Campurilah majlismu dengan mengingati sesuatu yang mengeruhkan kelazatan.” Mereka bertanya. “ Apakah pengeruh kelazatan itu?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Iaitu maut”

Telah berkata Umar bin Abdul Aziz ekpada sesetangah ulama, “Nasihatilah aku.” Ulama itu berkata “               Engkau khalifah pertama yang akan meninggal.” Umar berkata lagi, “Nasihati aku lagi.” Ulama itu berkata “ Setiap manusia merasai mati dan kini tibalah giliranmu.” Mendengarkan itu Umar pun menangis.

APA REAKSI KITA JIKA DIINGATKAN TENTANG MATI?

Rujukan: TERJEMAHA MUKASHAFAH AL-QULUB;  IMAM AL-GHAZALI

Saturday, January 15, 2011

hidayah bukan milikku







Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Serta Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah SAW dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin.


Mungkin sahabat pernah dengar phrase ini : “Cari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia”.  Saya cuba untuk menyelusuri hidup berlandaskan phrase ini. Senang nak cakap Amar Maaruf Nahi Mungkar.  Cuba untuk menegur saudara seiman di sekeliling agar hidup berlandaskan syariat.  Mungkin iman ini masih butuhkan ujian. satu demi satu ujian datang, Mulut cuba menegur walaupun kadang-kadang tak mencapai tujuan. Apatah lagi yang hendak ditegur itu sahabat rapat. Takut tersalah cakap. Apa yang akan saya nukilkan kali ini, hanyalah sekadar renungan kita hamba-hamba yang diciptakan Allah untuk menegakkan islam di bumi ini.

 Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengekehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunya kekuatan lagi sangat kukuh.”(Adz-Dzaariyaat:56-58)

Inilah janji kita sebaik sahaja keluar dari rahim ibu. Menegakkan agama Allah. Tapi ramai yang memungkirinya..

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad : 7)

Jangan pernah ragu dengan janji Allah kerana janji Allah itu pasti. Dakwah yang kita lakukan ni teramatlah kecil jika dibandingkan dengan dakwah Rasulullah saw yang dibaling dengan batu hingga berdarah semasa berdakwah di Taif. Moga Allah kurniakan kita keberanian untuk menegakkan yang haq. Mungkin sahabat dan saya sendiri patut jadikan cara dakwah Rasulullah sebagai perangsang untuk kita berdakwah.  Tapi, sekiranya usaha kita untuk mengubah attitude sesorang kepada lebih baik tak Berjaya. Jangan putus asa, yakinkan pada diri, hidayah itu bukan milik kita tapi milik Allah.  

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Ibnu katsir mengatakan mengenai tafsir ayat ini, “Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak layak mendapatkannya”.  Allah berhak memberi dan menarik semula hidayah itu. Kita hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan, sama ada seseorang itu nak terima atau tak, itu bukan urusan kita. Paling penting, ikhlaskan hati untuk menegur.  Masa di sekolah menengah dulu, saya cukup mengagumi perempuan yang bertudung labuh  termasuklah seorang senior ni. Setelah bertahun-tahun tak dengar khabar dari kak senior tu, saya cuba cari profile facebook dia. Terkejut bila terpandang kepala dan rambut yang dulu terlindung di balik tudung labuh kini terdedah.  MasyaAllah.. terbuktilah hidayah itu sememangnya milik Allah. Mesti sahabat kenal dengan Abu Talib. Bapa saudara yang sangat disayangi nabi. Abi Talib sendiri melindungi nabi walaupun dia tidak memeluk islam.  Wallahualam bis sowab

Tuesday, January 11, 2011

kembali menulis


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Assalamualaikum buat sahabat yang sudi menziarah warkah seorang hamba. Agak lama ana tak update blog disebabkan masalah yangg tak dapat ana nak cerita di sini. Ana akan kembali menulis dan terus menulis insyaAllah...  Kerana blog ini telah ana jadikan sebagai wadah untuk ana berdakwah. Dakwah perlu diteruskan kerana  itu adalah janji kita kepada yang Maha Satu dan ilmu yang ana miliki walau tak seberapa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat dapat ana kongsi. Iman... ya iman. Nikmat yang tak ternilai dari Allah boleh bertambah dan berkurang. Kita perlu terus berdakwah untuk meningkatkan level iman insyaAllah... Moga iman kita sentiasa terpelihara insyaAllah.. :) Salam ukhwah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...