Saturday, January 29, 2011

Hadiah untuk Si MUKMIN




Tercatat dalam terjemahan kitab MUKASHAFAH AL-QULUB Imam Al-Ghazali, sabda Rasulullah S.A.W :

“Kalau binatang itu tahu tentang kematian sebagai apa yang diketahui oleh anak Adam, engkau tidak akan memakannya hingga gemuk”

Pendapat saya tentang hadis ini, kalau kerbau dan lembu yang kita buat korban untuk raya haji tu tahu tentang ajal maut, bintang-binatang ni takkan makan hingga gemuk dan kita pun tak cukup daging nak makan sebab semua lembu dan kerbau kurus. Kita bagaimana? Kita tahu tentang ajal maut, tapi lihat diri kita, apa persediaan kita menghadapi mati? Lepak di shopping mall? Karaoke? Tengok movie? Atau tengah mengingati kebesaran Allah? Baca buku-buku agama penuhkan ilmu di dada? Kalau ye, Alhamdulillah.. moga istiqamah ye sahabat. Aktiviti kita hari ini, esok atau lusa beri kesan dengan iman.  Hati-hati jaga iman. Sifat iman turun naik. Siapa kata susah jaga iman? InsyaAllah senang kalau dibiasakan.

Telah berkata Aisyah, “ Ya Rasulullah, adakah seseorang yang dihimpunkan bersama para syuhada? “ Rasulullah menjawab, “Iaitu orang yangmengingati mati sehari semalam dua puluh kali.”

Rasulullah S.A.W bersabda lagi;

  “Hadiah orang mukmin adalah mati”

Kenapa hadiah untuk mukmin sahaja?   Kerana si mukmin itu menganggap dunia hanya sebagai satu persinggahan untuk perjalanan yang sangat jauh. Tak bermakna. Di dunia dia bersusah payah berperang dengan nafsunya, melawan bisikan syaitan mencabar keimanannya. Juga Rasulullah S.A.W bersabda:

              “Maut itu penghapus dosa bagi setiap muslim”

Kerana sesungguhnya mukmin yang sejati berusaha mencapai matlamat 0% dosa besar dan minimal dosa kecil. Maka kematian akan menghapuskan dosa-dosa kecil itu. Telah berkata Atho’ Al-Khurasani ra,

“Rasulullah S.A.W lalu dalam suatu majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Maka baginda bersabda: Campurilah majlismu dengan mengingati sesuatu yang mengeruhkan kelazatan.” Mereka bertanya. “ Apakah pengeruh kelazatan itu?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Iaitu maut”

Telah berkata Umar bin Abdul Aziz ekpada sesetangah ulama, “Nasihatilah aku.” Ulama itu berkata “               Engkau khalifah pertama yang akan meninggal.” Umar berkata lagi, “Nasihati aku lagi.” Ulama itu berkata “ Setiap manusia merasai mati dan kini tibalah giliranmu.” Mendengarkan itu Umar pun menangis.

APA REAKSI KITA JIKA DIINGATKAN TENTANG MATI?

Rujukan: TERJEMAHA MUKASHAFAH AL-QULUB;  IMAM AL-GHAZALI

2 comments:

terokai seni said...

moga Allah ramati kita di hari kematian dan ketika dibangkitkan kelak

FeedYourSoul84 said...

moga kita sntiasa berada dlm lndungan-Nya.. amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...