Monday, January 31, 2011

letak jawatan je la Mubarak


Terkejut dengan berita rusuhan kat mesir. Ingatkan hanya rusuhan biasa, rupanya dah semakin teruk hinggakan ada pelajar Malaysia yang kena rogol. Tapi saya tak berani nak mengulas lanjut sebab tak dapat nak dipastikan kesahihan berita ini. Sahabat-sahabat kat Mesir pun dah lost contact sebab Mesir dah block social networks. Daripada apa yang saya tau, dah 3 dekad kerajaan tirani Hosni Mubarak yang disokong oleh U.S memerintah dan terbukti tak disenangi oleh rakyat Mesir hingga meraka merancang untuk merusuh, diinspirasikan oleh krisis di Tunisia. Perusuh melaungkan "Down with Hosni Mubarak, Down with tyrant. We don't want you." Malam tu, penunjuk perasaan berkumpul di suatu tempat yang diberi nama Tahrir Square hingga menyekat kelancaran lalu lintas. Sekitar pukul 1 pagi hari rabu, 26 januari pihak polis sampai dan melepaskan gas pemedih mata. Ada diantara penunjuk perasaan yang pengsan disebabkan kesukaran bernafas. Tapi tak lama selepas tu keadaan bertukar menjadi tegang. Polis memukul sesuka hati perusuh-perusuh dengan baton. Saya terjumpa video ni kat youtube, boleh pula langgar orang suka hati dengan kereta. 



Rakyat dah tak suka kenapa masih bertegas tak nak lepaskan jawatan.  Egypt Daily News mengatakan,ketua parti pembangkan Mohamed ElBaradei sanggup turun padang turut serta dengan protes besar-besaran itu. 


"I have to give them as much support, political support, spiritual, moral, whatever I can do, you know," he said. "I will be with them. They are my people, and I have to be there, and I'd like to see Egypt, a new Egypt." -ElBaradei-


P/S: Berdoa kebenaran di pihak yang benar insyaAllah..
sumber: Associated press

4 comments:

al-bagani said...

berita pelajar dirogol tue palsu...
tp ad pelajar yg ditembak & itu berita betul..
walaupun ditembak dengan peluru getah...

light 0F happiness said...

Alhamdulillah syukran info. terkejut gak dengar ade yg kena rogol.

terokai seni said...

eeelok le en. mubarak tu g jual roti arab je la

FeedYourSoul84 said...

Nak merusuh 2 blh.. tpi jgnlah terlalu mlampau smpi org yg x berslh pun teraniaya.. moga keadaan akan bertambah baik nanti.. bukan apa... tkut US cmpur tgn nanti. nila pluang dieorang utk ccuk jarum dgn lbh dlm lg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...