Beri jiwamu santapan. ia merayu kelaparan. minta diisi dengan makanan.
Bukan dengan spaghetti, bukan dengan char kuey teow, tapi dengan ILMU
Apa jibril cakap kat Rasululullah s.a.w saat turunnya wahyu pertama? BACALAH. Nampat tak kat situ agama kita sangat mementingkan ilmu. Tanpa ilmu kita tak kenal Pencipta. Tanpa ilmu kita tak kenal siapa Rasul. Tanpa ilmu kita tak tahu baca mushaf suci Al-Quran. Tanpa ilmu kita TAK KENAL ISLAM.
Sahabat setauhid dengan saya ada ilmu. Tapi pelik. Mereka tak amalkan.
Situasi :
Sepasang merpati dua sejoli duduk berpacaran di tepi tasik. Bila sahabat saya dengan imej bertudung labuh mendekati mereka. Merpati2 tadi tu bergegas beredar dari tempat tu
Kenapa? sebab mereka tau apa yang mereka buat tu salah. Mungkin sebelum ni pasangan couple ni pernah diberi peringatan. Tapi sebab bertuhankan NAFSU, tetap juga nak buat benda yang salah tu. Jangan tutup telinga dari menerima ilmu. Selalulah hadirkan diri ke majlis2 ilmu. Beri sedikit pengisian buat jiwa. Bila jiwa kosong, jiwa akan memberontak.Hati tak tenteram. Pemilik jiwa mula cari ketenangan. Jika si pemilik jiwa tersalah pilih cara menenangkan jiwa yang gundah sebab dia TAK ADA ILMU, semakin jauh la dia dengan tuhannya.
Sahabat, carilah ketenanganmu di dalam solat, di dalam setiap helaian mushaf, di setiap titis nasuha doa tulusmu. Isi lah jiwamu. Jangan dibiarkan kosong. Allah sentiasa dengar rintihanmu kerana Dia sentiasa bersamamu. Ketenangan tu tak kan dapat ditemui dengan cara melepak di shopping mall, karaoke, tengok wayang.
Mungkin ada..
Tapi ketenangan tu takkan lama. sekejap saja. Ingat.
Orang yang beriman, ketenangannya di dalam solat
Ya Rabb, berilah mereka hidayahMu. Pertemukan lah kami di jannahMu. Amin..