Sebak baca kisah-kisah perjuangan tokoh-tokoh islam. Ada yang nyawanya dihujung peluru musuh-musuh islam. Itu imam Asy-Syahid imam Hassan Al-Banna.. kata-katanya penuh nasihat berguna. Beza dengan diri, pertuturan penuh dengan ghibah dan sia-sia.
Ada juga syahid kerana dibom. Ya Allah, lelaki itu lumpuh. hanya berkerusi roda. tapi kata-katanya ibarat api yang memarakkan semangat jihad pejuang-pejuang islam. Yahudi laknatullah pun takut padanya. Jika difikirkan, lelaki itu berkerusi roda dan lumpuh, apa lah sangat yang bisa dilakukannya.
Wanita ini namanya Zainab Al-Ghazali. wanita.... lemah, lawan gusti dengan dia pasti kalah. tentera boneka yahudi mengheretnya ke dalam penjara. Sebaik pintu penjara ditutup, anjing dilepaskan untuk menggigit zainab al-ghazali. Hanya Kekasih yang satu tempatnya meminta ketenangan dan perlindungan. Dia dikeluarkan dari tempat kurungan. Terkejut tentera yahudi itu, satu pun kesan gigitan anjing tidak kelihatan di badannya.
Baru-baru ini.. berita kematian 2 permata islam selayaknya mereka digelar srikandi islam. Almarhumah nurul hidayah abdul aziz dan Almarhumah fatini muhammad. 5 sahabat yang baru balik dari menziarah sahabat yang ditimpa musibah. Dalam perjalanan balik, perodua viva yang mereka naiki terbabas dan mengorbankan 2 sahabat ini. Sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka.. Semoga kita mewarisi semangat juang mereka demi Islam.
2 comments:
nak cerita penuh ..mgenai 2 org mujahidah ni..boleh ?
saya berminat nak tahu..latar belakang mereka ? coretan kisah mereka sblm kejadian
tenang tgok muka keduanya ...
Post a Comment