Assalamualaikum
Pukul 1.47. Mata dah kuyu. Mengantuk tapi ku tahan. Buka folder gambar-gambar lama. Seribu memori lama kembali menerpa minda
Dulu,
Aku bukan perempuan bertudung labuh litup
Baju labuh dan longgar
mahupun berstokin tangan
Dulu,
Aku kaki wayang
kaki shopping
kaki lepak mall
Kaki gayut dengan pakwe
Dulu,
Aku tidak minat usrah
ceramah tidak pergi
tempat ceramahku di panggung wayang
Hingga satu hari
semasa cuti semester
hati tergerak nak baca baca blog islamik
Tersentuh hati
Aku tidak pernah mahu ambil tahu agamaku
Niat sudah tersemat
Azam semakin kuat
keyakinan diri semakin mantap
walaupun tiada sokongan
hati tetap ingin berubah
Baju labuh pertamaku berwarna oren
Tudung labuh juga oren
aku suka, terharu, semua perasaan bercampur baur
Terima kasih ya Allah.. indah sungguh nikmat ini
Baru aku faham maksud kemanisan iman
Moga hati ini tetap di jalan Mu
InsyaAllah
1 comment:
Alhamdulillah...semoga tetap dilandasanNya
Post a Comment