Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin
Agak lama juga tak update blog, sebenarnya saya cuba untuk menulis setiap bait kata-kata dari hati namun bila otak ligat megeluarkan idea, tiba-tiba tangan kaku, semua idea pun hilang. Saya tertarik dengan kata-kata seorang penulis blog " Bila idea hilang, mungkin Allah tahu apa yang akan disampaikan itu, penulis sendiri tak ikut" Allah kan tahu apa yang terbaik buat kita hambaNya..
Malam ini, saya cuba lagi untuk mengupdate blog dan menulis entry yang bertajuk "kenapa berdalih nak tutup aurat?"
muslimah telah Allah ciptakan mulia tarafnya dan tinggi darjatnya sama dengan Ar-rijal atau mungkin lebih tinggi. Tak percaya? nak bukti?
"Wanita solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki soleh"
tak cukup?
bagaimana pula dengan yang ini?
daripada ummu salamah (isteri nabi Muhammad S.A.W)
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
nak lagi?
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*
percaya tak sekarang?
Tapi, apa dah jadi dengan wanita muslimah sekarang? merendahkan martabat diri serendah epal yang jatuh menyembah bumi dari pohon tinggi. Perhiasan mereka? ditayang kepada lelaki ajnabi. Bila dipuji, " perghhh lawa siot!! " diusik si nakal, "phewwwitttt" BANGGA.... dah cukup lawa katanya. Kena tunjuk lagi ni, pakai seluar atau skirt pendek, tunjuk peha putih melepak. Rambut?? hmmm hitam sangat, nak macam artis hollywood tu.. perang. Blonde ke? tak pun merah.. Astaghfirullahalazim ukhti... Tak nak ke jadi Hurun A'in? penghias Raudhah?
saya ingin berkongsi ungkapan yang saya ambil dari blog salju sakinah
"Tidak aku gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya"
Sedarlah, kecantikan yang kau banggakan bukan milikmu tapi milik Penciptanya. Tiba saat pasti akan dikembalikan. Tidak berasa malukah kita berbangga dengan kecantikan yang bukan milik kita?
Jagalah maruah dan ketinggian martabatmu akhwat. Jangan mudah sangat disentuh dan diajak bicara oleh si ikhwan. Dirimu sepatutnya tercipta mahal tapi mengapa menjerumuskan diri ke kancah kemurahan? Mudah sangat termakan pujukan rayunya berlidah buaya. Sangka diri dicintai, rupanya hanya tubuh ingin dimiliki.
Alhamdulillah... dah ramai kaum hawa yang asalnya tidak bertudung, tetapi menyimpan hajat ingin bertudung. Tapi... masih ada tapi. Mengapa BERDALIH NAK TUTUP AURAT?? Anda malu ea? takut dengan tanggapan orang nanti bila tiba-tiba terlihat anda pakai tudung. Kita tutup aurat kerana Allah. Mereka tak boleh beri kita pahala melainkan Allah. Sebagai wanita muslim, kita wajib menutup aurat..
”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An nur ayat 30)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. (An nur ayat 31)
Asma’ bint Abi Bakr datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini”(sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
Menutup aurat sangat dituntut dalam islam. Wanita yang menutup aurat akan dapat menghindarkan ftnah. Tapi ada juga yang bertudung ikut trend. Pergi sekolah atau kuliah, oh pakai tudung semestinya.. keluar bandar lepak dengan member , tudung terbang ke mana?
Satu jenis style lagi, bertudung tapi lengan pendek, tak pun rambut terkeluar kat belakang. Ada lagi seorang ni, pakai tundung tapi baju ketat. Ni la yang disindir Rasulullah S.A.W. "Berpakaian tapi telanjang"
macm ni kan bagus.sopan je..
p/s: Janganlah kita tergolong dalam golongan wanita-wanita tabarruj ini. Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...
No comments:
Post a Comment