Wednesday, July 14, 2010

salah ke kalau saya bercinta?



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin


Seorang sahabat bertanya kepada saya; "Salah ke kalau saya bercinta?" 


kita manusia masing-masing ada naluri ingn mencintai dan dicintai. Lelaki tertarik kepada perempuan dek kerana kecantikan, akhlaknya, periang atau pun peramah dan begitulah sebaliknya. Jangan cuba menafikannya tapi yang perlu anda buat adalah mengawalnya.


Dalam Al-Quran disebutkan:


“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)
“Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (QS. Yaasiin36).
Dalam Al-Quran telah jelas dinyatakan setiap makhluk di dunia ini diciptakan Allah secara berpasang-pasang, oleh itu telah menjadi fitrah untuk kita menaruh perasaan dan cinta kepada kaum berlainan jantina. Tapi, sebagai seorang pelajar, ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta Lebih-lebih lagi cinta itu tidak menjurus kepada perkahwinan walaupun dalam hati setiap pasangan telah tertanam untuk mengakhiri perhubungan dengan ikatan pernikahan. Perjalanan hidup kita masih jauh dan untuk kahwin mungkin dalam  beberapa tahun lagi. Lainlah kalau yang dah bekerja sebab dah tak ada benda nak difikir melainkan mengukuhkan pekeraan dan membina sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Sebarang jalinan perhubungan tanpa ikatan yang sah iaitu perkahwinan tetap haram hukumnya di sisi islam kerana membawa kepada zina sama ada yang kecil mahupun yang besar. Agama kita islam sendiri menghalang keras zina apatah lagi perkara2 yang membawa kepada zina seperti couple. Nak bercinta tak salah, tapi hendaklah berlandaskan dengan syariat. Dalam islam, perhubungan yang halal hanyalah selepas akad. Tapi seringkali diajukan soalan macam ni " Macam mana nak kahwin dengan bakal suami/isteri kalau tak kenal? takkan nak terus kahwin je.. " Jawapan saya : Kan ada orang tengah.. gunalah orang tengah kalau nak lebih mengenali bakal pasangan. Seeloknya tanyalah sahabat rapat sebab sahabat ni lebih mengenali si dia :) 




“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)




Kenapa boleh terbuat zina?Al-haya' (malu) telah hilang dari diri, nafsu merajai, perintah Allah sanggup dibelakangi.  Mana hilang perisai diri? Malu adalah perisai diri untuk mengelakkan diri kita dari berbuat perkara terlarang. Sedangkan Rasulullah S.A.W berasa malu bila jubah yang dipakai tersingkap hingga mendedahkan pehanya lantas mengucapkan Subhanallah!!, kita sebagai umatnya tak takut nak berbuat dosa sedangkan Rasulullah bersih dari dosa dan kita tidak. Kalau malu.. kenapa tidak malu melunakkan suara depan lelaki ajnabi? kenapa tidak malu mendedahkan aurat? kenapa tidak malu bercouple? kenapa tidak malu buat perkara yang dilarang Allah? Kenapa tidak malu mengaku islam tetapi cara hidup tak melambangkan islam?



3 comments:

light 0F happiness said...

waalaikumussalam sister :)
Alhamdulillah. syukran

Unknown said...

Mantap!!kesimpulannya mudah,kalau belum bersedia utk memikul amanah,jgn bercinta lg..sbb mcm kita kenyang,jgn makan bila kenyang sbb nanti dapat penyakit,makan hanya bila lapar...bercinta pun hanya slps betul2 sampai masanya~nice!
Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

btw,saya dah letak blog ni dlm bloglist saya~

light 0F happiness said...

Alhamudulillah.. syukran iqbal. yup.. tu la yg sebenarnya saya nak sampaikan. nak bercinta biarlah sampai masanya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...