Tuesday, July 27, 2010

Ketahui amalan bid'ah nisfu sya'ban


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Sekali lagi Allah izinkan saya untuk mengisi ruangan Warkah Seorang Hamba setelah beberapa hari tak diupdate oleh pemiliknya lantaran assignmnet yang berlambak dan final pun dah dekat. Assignment tak siap lg, curi la masa sikit update :D
15 Sya'ban 1431 Hijrah adalah hari di mana buku amalan kita akan diangkat ke langit, oleh itu ramai umat islam yang cuba untuk mengimarahkan malam nisfu sya'ban dengan bacaan yasin, solat malam dan puasa. Tapi, tanpa disedari, amalan-amalan ini yang kononnya dilaksanakan bersandarkan dengan sunnah Rasululullah S.A.W sebenarnya bid'ah. Tidak ada sebarang hadis pun yang memberitahu tentang amalan-amalan khas pada bulan sya'ban mahupun puasa. Kalau macam tu, ada apa dengan bulan sya'ban?


Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: 

“Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam
nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang
bermusuhan.”


Hadis ni tak mengajar apa-apa tentang amalan khas pada bulan sya'ban malahan tidak terdapat hadis sahih yang mengatakan Rasulullah menghidupkan malam nisfu sya'ban dengan amalan-amalan khusus. Oleh itu, semua hadis yang mengatakan tentang fadhilat-fadhilat amalan nisfu sya'ban adalah bid'ah termasuklah amalan puasa pada 15 sya'ban. Di bulan Sya'ban inilah Rasulullah melebihkan puasa baginda daripada bulan-bulan yang lain. 

Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah: 

“ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain
seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang
dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa.

Memandangkan di bulan inilah Amalan kita diangkat ke langit, wajarlah umat islam memperbanyakkan amalan di bulan ini. Tetapi jangan pula mengkhususkan ibadat dalam bulan ni je.. seperti yang dilakukan oleh umat islam di Malaysia yang datang berduyun-duyun ke masjid untuk solat berjemaah dan baca yasin sebanyak 3 kali tetapi dikhususkan hanya pada bulan sya'ban, tidak pada bulan-bulan lain. Haram hukumnya menkhususkan amalan.

 "Dari Abi Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk melakukan ibadah antara malam-malam yang lain dan janganlah kamu menentukan Hari Jumaat sahaja untuk berpuasa antara hari-hari yang lain, kecuali memang singgah puasa (tidak secara langsung) yang dikerjakan oleh seseorang kamu." H/R Muslim (1930) as-Siyam.


Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang - Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi-

Contoh-contoh hadis maudhu' tentang sya'ban

Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).

Wallahualam bissowab

2 comments:

Unknown said...

Perkongsian yg sgt2 bermanfaat!!jazakillah~
Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?

terokai seni said...

info yang baik semoga hilang le keraguan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...