Monday, October 25, 2010

Khabar indah dari Ibrahim a.s



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin




Aku bertemu dengan ibrahim a.s di malam isra’. Dia berkata, “ Wahai Muhammad, sampaikanlah salam kepada umatmu dan beritahu kepada mereka bahawa syurga memiliki tanah yang subur dan air yang segar. Ia memiliki lembah-lembah. Tanam-tanamnya adalah SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar.” Diriwayatkan oleh Imam An-Nawawi, Al-Azkar Imam An-Nawawi, ms 27.

Sungguh indah penciptaan syurga. Namun ada yang  masih enggan menjadi penghuninya. Mabuk mengejar kekayaan dunia fana yang menjanjikan penipuan semata. Menjadi hamba nafsu. Ingatlah ketika isteri Firaun, Asiah yang sanggup meninggalkan harta kekayaan dunia yang tidak menjanjikan apa-apa demi redha dan cinta Al-Khaliq yang menjanjikan kebahagiaan hakiki. Beliau berdoa dalam surah Ath-Tahrim ayat 11:

“Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di Sisimu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

Rugilah mereka yang mengejar dunia seolah-olah dunia ini kekal abadi. Rugilah mereka yang melupakan hari kebangkitan yang telah dijanjikan Allah dan beruntunglah mereka yang mempersiapkan dirinya dengan zikrullah dan menjadikan iman dan taqwa sebagai pakaiannya. Mari kita renung kembali tujuan Allah menciptakan manusia di bumi. Sudah tentu untuk memartabatkan islam. Tidak Allah jadikan makhlukNya kecuali untuk mengabdikan diri kepadaNya. Tidak berasa malukah kita sebagai manusia sebagai ciptaan Allah yang paling mulia kerana dikurniakan akal, memungkiri janji dengan tidak berzikir dan bertasbih kepada Allah? Sedangkan malaikat, haiwan dan tumbuhan semua tunduk berzikir mengingati dan memuji Allah. Cuma menjadi kelemahan manusia tidak faham apa yang diucapkan oleh alam semesta. Surah Al-Israk ayat 44:

“Langit yang ketujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih denga memujiNya tetapi kamu tidak faham tasbih mereka. Sesungguhnya ia maha penyabar lagi maha pengampun”

 Ayuh saudara seimanku, basahkan lidahmu dengan zikrullah, penuhi mindamu dengan ingatan kepada Ak-Khalik, hari kebnagkitan hari yang pasti. 

2 comments:

Anaasuria said...

salam anas,
terima kasih atas ingatan.. bila diingatkan tatkala lupa, rasa bersyukur sangat..

Unknown said...

perkongsian yg sgt baik. Terima kasih

Mari menjadi manusia

Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...