Sunday, October 23, 2011


Sekali lagi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ana mencoret di ruangan warkah. Guruh berdentum. Terkejut. hm..Tadi ok sahaja cuaca hari ni. Allah maha kuasa. 


Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan buatmu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah:22


Nyaman bayu petang. Subhanallah... satu lagi nikmat Allah. Bersyukurlah sahabat. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita. Walau apa pun yang kita tengah buat sekarang, jangan lupa untuk mengingatiNya. 


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman:18)


Teringat Sultan Muhammad Al-Fateh, Raja sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera, rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Penakluk Konstantinopel. Sekaligus membenarkan hadis Rasulullah S.A.W


Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



kenal ke?

Pernah waktu solat Jumaat bersama-sama tentera baginda memilih dalam kalangan tenteranya siapa yang layak untuk jadi imam. Baginda memerintahkan semua yang ada berdiri termasuk baginda sendiri seraya bertanya, Siapa yang sejak baligh hingga sekarang pernah tinggal solat fardhu walau sekali, sila duduk. Tiada seorang pun duduk.


Baginda bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah tinggal solat sunat rawatib, sila duduk. Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Baginda bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam, sila duduk. Semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Akhirnya baginda sendiri menjadi imam solat jumaat.

Benarlah baginda adalah sebaik-baik raja.


Walaupun baginda adalah raja. Kaya. Banyak harta. Tak menghalang baginda dari meluangkan masa untuk Allah di sepertiga malam. Ini adalah bukti hamba yang bersyukur. Bukti pencinta yang setia. Pencinta maghfirah Allah. Hamba yang beramal bukan untuk syurga, tapi untuk keredhaan Allah.


MALAM.. Ramai yang menunggu kegelapan malam. sebab.. nak tidur, nak contact awek, nak relax2, nak tengok bola.


Tapi, sang pencinta... sujud di hamparan sejadah. Dengan linangan tangisan taubat. di kala sepi malam. Di kala ramai yang mencium bantal. Subhanallah.. alangkah bagusnya jika aku seperti itu. Alangkah bagusnya jika kita seperti itu. Alangkah bagusnya jika semua manusia seperti itu. Agung cintanya pada RABB.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...