Mencari mood untuk menulis. Tengah otak ligat mencari tajuk yang sesuai untuk update blog, teringat 2 orang anak kecil duduk di laluan pejalan kaki menuju ke Kompleks PKNS.
Kakak-mungkin 5 atau 6 tahun
Adik- 2 atau 3 tahun.
Si kakak mengenggam bekas untuk letak duit. Memandang sosok-sosok tubuh yang lalu di hadapan. Mengharap belas kasihan mereka yang sudi menghulur. Mereka yang tahu nilai sedekah di sisi Allah. Terlintas di hati, "budak-budak ni minta duit untuk siapa?" Aku berlalu tanpa memberi walau 1 sen. Rasa bersalah.
Tengah duduk tunggu makanan yang dipesan sampai, telihat 2 orang budak. Seorang budak lelaki berkopiah. Seorang budak perempuan bertudung. Jual tisu. Tisu tu mungkin hanya tabir niat. Bertindak menutupi niat asal mereka iaitu meminta sedekah. Pergi dari meja ke meja. Ada yang menghulur. Tidak kurang juga yang menghalau. Mereka sampai ke mejaku. Nah RM 2. "Terima kasih akak" Aku hanya menguntum senyum. Hmm.. mesti orang bukan Islam akan berkata " Orang Islam miskin". Buktinya? 4 orang peminta sedekah tadi.. berkopiah dan bertudung.
Pukul 6.30 pm. Kena sampai hostel sebelum Maghrib. Tunggu bas lambat sampai. Pandangan ku luaskan. Terpandang budak perempuan dengan adiknya. Macam kenal. Oh.. peminta sedekah tadi.Kecilnya budak lelaki tu. Comel. Kasihan, kecil-kecil lagi dah kena ikut kakak minta sedekah. Di mana ibu dan ayah mereka? mereka naik bas nak pergi mana? Akhirnya bas sampai. Orang berasak-asak nak naik bas. Adik kecil tersepit di tengah-tengah. Nasib baik ada kakak baik hati bagi adik kecil duduk.
Moga Allah lindungi aku dan kamu dari kesusahan hingga terpaksa meminta-minta. =_=
Bangunlah saudara seislamku. Bangkitkanlah kesedaran dalam dirimu. Umat semakin sakit. Bantulah. Sekurang-kurangnya engkau ada jawapan bila Allah tanya di akhirat nanti. Engkau telah berusaha.
3 comments:
akak tak leh la tengok gambo2 cam ni..memang nangis.. tak kira apa sekali niat ke apa ke, kalau akak memang akak hulur.. tak kisah untuk sapa sedekah tu.. yang penting, akak nak gembirakan anak2 tu.. huhu, sedihhh nya.. terbayang anak2 kat umah.. :```(
susahnya buat pertimbangan antara membantu atau menggalakkan penggemisan
susah juga menghalang mulut dari mengomel sama ada ketika memberi atau tanak bagi
tangan di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah
kak anas~ sedih kan... :( moga Allah murahkan rezeki akak dan kuarge insyaAllah
cemomoi~ Syaitan sedang membolak-balikkan hati tatkala niat untuk berbuat baik menjengah. moga Allah tetapkan hati kita di jalanNya.
Post a Comment