Friday, May 28, 2010

Awas photo anda!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahlul bait, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin.

Entry kali ini, saya Cuma ingin berkongsi sedikit pendapat kepada pembaca tentang perbuatan kita mengupload gambar ke ruang “ Social Networking” seperti Facebook, Friendster dan sebagainya. Saya terbaca satu entry dari blog bertajuk Nur Kasih, tergerak hati saya untuk berkongsi isi kandungannya yang telah saya edit mengikut penulisan saya :)

Bila difikirkan, ada benarnya kata-kata penulis blog tersebut. Kita (dikhususkan kepada muslimah) sesuka hati mengupload gambar sendiri, mahupun gambar ahli keluarga ke dalam internet tanpa menyedari bahayanya. Walaupun jika difikirkan, gambar yang di upload itu tidaklah menjolok mata dan sopan tetapi haruslah diingat gambar tu boleh dilihat oleh semua orang termasuklah lelaki ajnabi. Dengan melihat hanya pada gambar, susuk tubuh  dan wajah si pemilik gambar boleh dikenalpasti. Mereka boleh melihat dan memerhati tanpa batasan. Lebih-lebih lagi jika gambar-gambar tu tidak menutup aurat. Pandangan lelaki yang lemah imannya umpama “scanner”. Mesti anda faham maksud saya kan? Rasulullah S.A.W pernah bersabda ;  : "Pandangan adalah anak panah beracun dari panah-panah iblis".
Firman Allah SWT:
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". (An-Nur: 30).

Gambar –gambar tersebut juga boleh didownload oleh sesiapa sahaja tanpa perlu meminta kebenaran dan pengetahuan pemiliknya. Berapa banyak gambar yang di edit menjadi gambar Porno lalu disebarkan ke internet untuk tatapan umum.

Mungkin anda boleh upload gambar tu, tapi cuba letak gambar yang di ambil dari sudut yang tidak menampakkan sangat susuk tubuh dan wajah.  Bukankah itu nampak lebih sopan dan selamat:)

2 comments:

Nurr_Rahmah said...

salam warahmatullah..
'pandangan lelaki yang lemah imannya umpama “scanner”'.
Nauzubillah..smga kita semua dalam lindungan-Nya.

Anonymous said...

salam...^ ^
"pandangan wanita itu pula umpama sihir"
x kan laki ja yg kena adui..><!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...