Jam di laptop menujukkan pukul 10:12 malam. Mata masih belum menunjukkan petanda untuk lelap. Sekali lagi, saya diberi kekuatan oleh Maha Pencipta untuk menulis di blog kesayangan “Warkah Seorang Hamba”. Lama jugak tak update blog lantaran masih mencari bahan untuk tarbiyyah. Saya masih baru dalam dunia penulisan blog muslim dan masih banyak yang perlu saya pelajari. “Menulis Kerana Allah” ya, itulah matlamat blog ini, agar dapat berkongsi dan mencari ilmu yang luas di bumi Allah, insyaAllah. Entry kali ni, merupakan kisah hidup saya selama mengembara mencari cintaNya. Diharap dapat memberi manfaat kepada semua insyaAllah.
Sejuk mata saya memandang wanita muslimah memakai tudung labuh. Terdetik di hati untuk turut sama menjejaki langkah mereka. Sebenarnya, sewaktu di tingkatan satu, tudung labuh dan berbaju kurung sudah menjadi satu kewajipan bagi saya bila hendak keluar rumah. Tapi, saya lakukannya bukan niat kerana Allah, tetapi kerana desakan ayah lagipun pemakaian yang berkonsepkan islamik ini bukan pilihan saya. Masa berlalu dan hidup diteruskan hinggalah saya mendaftar ke tingkatan empat. Melihat rakan yang bergaya dengan koleksi pakaian yang up-to-date tetapi masih mengekalkan tudung dan menutup aurat .Terlintas di fikiran saya untuk menukar imej dan penampilan diri dan menyertai mereka. Saya bersekolah di sekolah berasrama penuh waktu tu, pengaruh rakan sebaya memang kuat. Bagi saya, asalkan tidak ketat dan singkat cukuplah. Azam di hati semakin membara bila saya ditertawakan oleh rakan yang melihat saya bebaju kurung dan bertudung labuh ketika ke Bandar. Astaghfirullahalazim.. Sungguh jahil saya pada masa itu. Suntikan riya’ syaitan telah mejalar hingga ke hati dan fikiran saya. Inilah akibatnya bila tidak ikhlas beramal dan bukan niat kerana Allah Azza Wajalla. Mulai saat itu, saya pun menukar imej penampilan diri saya dan tunduk pada hawa nafu yang membawa nanar di mana Isu aurat tidak dititikberatkan.
Masa pun berlalu lagi, syukur Alhamdulillah umur saya masih dipanjangkan-Nya. Waktu ini saya telah memasuki alam Universiti atau pun Campus Life. Wireless yang disediakan oleh pihak U saya gunakan sebaiknya. Ditakdirkan Allah, pada satu malam hati saya terbuka untuk mencari jawapan yag bersarang di minda. “ Salah ke pakai jeans dari segi islam?” Itulah soalan saya kepada seorang ustaz yang saya kenali melalui blog penulisannya. Saya mula menghantar e-mail kepadanya dan gembiranya hati bila soalan saya dijawab. Menurutnya, dari segi islam, jeans adalah haram dipakai bagi kaum Hawa dalam islam kerana ia ketat dan mengikut bentuk badan. Jeans juga adalah pakaian bagi kaum lelaki. Kami juga berbual melalui yahoo messenger. Lantas saya mengmbil peluang untuk bertanya lagi tentang ‘penghijrahan’ saya sewaktu di tingkatan empat. Dan saya katakan padanya bahawa saya masih belum bersedia untuk memakai tudung labuh. Jawapannya, “tutup aurat ni bukan kena tunggu sampai kita benar-benar bersedia tapi ia adalah satu kewajipan dan juga keperluan yang perlu dilaksanakan. Ustaz itu juga menasihati dan menyarankan agar saya patuh cakap ayah dan kembali pada cara pemakaian yang dahulu . ” Sedarlah saya yang saya perlu berubah dan buang jauh-jauh niat nak pakai jeans tu. ALLAH pernah berfirman :
يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah Al-Ahzab, ayat 59)
Aurat maksudnya adalah perhiasan. Kita menutup aurat adalah untuk menutup perhiasan tersebut. Ramai muslimah yang mengaku “ saya pakai tudung, tak pakai pakaian yang mendedahkan tubuh, saya dah tutup aurat” Aurat ni bukan setakat kulit mahupun anggota badan sayangku, tapi perhiasan yang bila dipandang boleh menarik minat dan syahwat si pemandangnya lebih-lebih lagi lelaki yang bukan muhrim dan lemah imannya.Ini adalah cara pemakaian wanita fasikh. Janganlah kita menjadi wanita yang tabarruj iaitu wanita yang menampakkan perhiasan tubuhnya dan boleh menimbulkan syahwat lelaki. Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim.
Namun, syaitan telah pun berjanji untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam hingga lah Hari Pembalasan tiba. Sekali lagi, syaitan berjaya menyesatkan hati dan fikiran saya yang mudah alpa. Meskipun saya tak pakai jeans tapi tabiat lama masih saya kekalkan. Saya mula mencari cinta insan bergelar manusia hingga saya rasa pencarian itu telah berjaya. Namun Cinta yang dicari bukan kerana Allah dan juga bukan di jalan-Nya pasti mengundang duka. Ini bukan caranya kalau hendak mencari cinta manusia lebih-lebih lagi di usia remaja seperti saya. Takut-takut terbuat zina kecil sama ada zina hati,lidah mahupun mata. Nauzubillah.
Akhirnya, satu hari, sahabat mengajak saya untuk membuat blog dan sejak hari itu saya mula berjinak-jinak dengan blog. Ternyata, best juga buat blog ni. Sekali lagi dengan izin Allah hati saya terbuka untuk membuat blog yang berunsur islamik. Alhamdulillah, semakin banyak ilmu yang ditimba bila membaca tulisan tarbiyyah dari penulis-penulis blog lain. Saya mula mengetahui matlamat hidup kita di bumi Allah ini iaitu untuk mencapai kebahagiaan di akhirat dan meraih tempat di Jannah-Nya. Rupa-rupanya, sama ada sedar atau tidak telah banyak perkara yang di tegah Allah saya lakukan. Diri ini mula berazam untuk berubah. Semoga Allah meberkati dan memberi petunjuk dan hidayahNya untuk kita semua…InsyaAllah, Amin…
Nota: Jangan pernah rasa jemu untuk menuntut ilmu kerana Allah
No comments:
Post a Comment