Wednesday, July 21, 2010

Riak lebih bahaya dari Dajjal



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Cemburu rasa hati saat membaca hasil tulisan blog-blog yang berunsur dakwah dan nasihat. Sesekali treingin jugak nak menulis seperti mereka. Anda mempunyai perasaan seperti ini sama seprti saya?? AWAS!!! kenapa saya kata awas? sebab kemungkinan kita terkena suntikan riya' shaitannirrajim hehehe  istighfar cepat-cepat Astagfirullahalazim dan perbetulkan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Riya' lebih merbahaya daripada Dajjal, sebab apa? sebab ia adalah penyakit hati yang paling ditakuti.


 Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah s.a.w :




"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah





Riak bermaksud mebuat satu pekerjaan dengan bertujuan untuk mendapat pujian dan bukan semata-mata kerana Allah S.W.T.  Kadang-kadang kita risau dengan pandangan orang sekeliling tentang perilaku kita, tapi pernahkah kita ambil kisah dengan pandangan Allah? Sedangkan hanya Allah yang boleh beri kita pahala sebagai tiket ke syurga. Pandangan manusia?? tak kemana, sekadar pujian yang entah ikhlas ke tak.



Allah berfirman bermaksud:

 "Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah, ayat 5) 



Ada banyak jenis riak yang diriakkan manusia;

 1- Riak dari segi badan                                                                                                           

Memperlihatkan keletihannya kerana berpuasa atau beribadat di tengah malam.

2- Riak pada pakaian

Berpakaian untuk menujukkan kewarakan diri padahal hakikatnya tidak. Hatinya juga bukan diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah tetapi sekadar untuk mendapatkan penghormatan dari orang sekeliling.

3- Riak dengan perkataan

Riak jenis ni adalah untuk menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Tuturnya laksana penasihat atau pensyarah sedangkan pada hakikatnya kosong.

4-  Riak pada amalan

Riak jenis inilah yang paling kita takuti sebab amalan tak diterima Allah s.w.t. Amalan yang berunsurkan riak tidak akan dapat menembusi langit malahan amalan tersebut dicampak oleh malaikat ke muka si pengamalnya. Orang sebegini adalah yang sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud bila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah atau berbuat amal ibadat lain secara terang-terangan. Jalan tunduk kepala tak pandang kiri kanan,Sedangkan bila dia bersendirian mata meliar. Kerana riak ini, pahala solat selama 100 tahun terhapus diganti dosa. Nauzubillahiminzalikh...

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

7 comments:

FeedYourSoul84 said...

salam ziarah... hhmmm... mengeluh panjang bila bce artikel nih.. dlu prnh jgk jd cmni. tpi.. itulah dia manusia, byk btl dgaan yg kita harus tempuhi.. baik dunia mahupun akhirat.. semoga dijauhi pkra2 sprti ini.. tanamkan didlm hati bahawa segalanya yg kita lakukan adalah utk Allah s.w.t. tanpa ikhlas, segala amalan hanyalah sia2.. dan bukan mudah utkmencapai tahap ikhlas yg sebenar-benarnya.. semoga Allah membantu kita dlm segala urusan.. nice artikel.. thanks..

light 0F happiness said...

mr nohara~ Afwan..betul tu, banyak betul dugaan, kena selalu perbetulkan niat kalau rasa dah tersimpang niat tu, cepat2 istighfar mohon keampunan dan petunjukNYA

Ameen Muslim said...

astaghfirullah, terasa diri ini terpukul dgn post ini. riyak yg muncul dlm sedar dan tak sedar. bagus pengisian post ini. terbaik!

terokai seni said...

tima kasih kongsi info yang baik

light 0F happiness said...

cemomoi~ afwan :) moga kita dapat menghindarkan penyakit hati riak

Anonymous said...

celebrity naked [url=http://celebritynudephotos.paidtoblog.com/] nude shoots[/url] Nakedbabe

Eddie Hasgonefishing said...

syukran ... mohon halal ilmunya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...