Monday, October 25, 2010

Terkadang hati terusik

Terkadang hati terusik

Terkadang hati terusik
Untuk mengenal cinta manusia
Iman memujuk
Cukuplah Allah bagiku
Apa guna cinta jika membuat diri jauh dengan cinta abadi

Terkadang hati terusik
Nak pakai baju lawa
Perhiasan cantik…
Iman memujuk
Semua itu pakaian wanita tabarruj jahiliyah!
Bersabarlah… di syurga nanti boleh pakai indah-indah
Calon bidadari syurga pakaiannya taqwa

Terkadang hati Terusik
Marah..Geram..
Rasa nak lempang orang
Iman memujuk
Menahan amarah satu kebajikan
Orang yang kuat bukanlah yang selalu menang dalam berkelahi

Terkadang hati terusik
Ingin diri dipuji..
Iman memujuk
Milik siapa semua yang kumiliki?
Bukankah ia milik Allah..
Bukankah DIA berhak mengambilnya semula bila-bila sahaja

2 comments:

Anaasuria said...

salam
setiap masa hati terusik inginkan itu dan ini.. dan setiap masa juga iman memujuk.. namun dek kerana iman yang terlalu nipis, mudah saje terkecundang dengan hati yang selalu teringin ...

light 0F happiness said...

nauzubillah.. moga kita x tergolong dlm golongan itu insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...