Friday, May 28, 2010

Awas photo anda!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahlul bait, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin.

Entry kali ini, saya Cuma ingin berkongsi sedikit pendapat kepada pembaca tentang perbuatan kita mengupload gambar ke ruang “ Social Networking” seperti Facebook, Friendster dan sebagainya. Saya terbaca satu entry dari blog bertajuk Nur Kasih, tergerak hati saya untuk berkongsi isi kandungannya yang telah saya edit mengikut penulisan saya :)

Bila difikirkan, ada benarnya kata-kata penulis blog tersebut. Kita (dikhususkan kepada muslimah) sesuka hati mengupload gambar sendiri, mahupun gambar ahli keluarga ke dalam internet tanpa menyedari bahayanya. Walaupun jika difikirkan, gambar yang di upload itu tidaklah menjolok mata dan sopan tetapi haruslah diingat gambar tu boleh dilihat oleh semua orang termasuklah lelaki ajnabi. Dengan melihat hanya pada gambar, susuk tubuh  dan wajah si pemilik gambar boleh dikenalpasti. Mereka boleh melihat dan memerhati tanpa batasan. Lebih-lebih lagi jika gambar-gambar tu tidak menutup aurat. Pandangan lelaki yang lemah imannya umpama “scanner”. Mesti anda faham maksud saya kan? Rasulullah S.A.W pernah bersabda ;  : "Pandangan adalah anak panah beracun dari panah-panah iblis".
Firman Allah SWT:
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". (An-Nur: 30).

Gambar –gambar tersebut juga boleh didownload oleh sesiapa sahaja tanpa perlu meminta kebenaran dan pengetahuan pemiliknya. Berapa banyak gambar yang di edit menjadi gambar Porno lalu disebarkan ke internet untuk tatapan umum.

Mungkin anda boleh upload gambar tu, tapi cuba letak gambar yang di ambil dari sudut yang tidak menampakkan sangat susuk tubuh dan wajah.  Bukankah itu nampak lebih sopan dan selamat:)

Tuesday, May 25, 2010

sungai dalam laut..Subhanallah [re-post]

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR
&
SUNGAI DALAM LAUT



وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)


Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.



Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,



مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.

(Al-Rahman 55:19)



بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.

(Al-Rahman 55:20)



Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.





Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,



يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.

(Al-Rahman 55: 22)



Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.



Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam. 
( Terdapat percanggahan pendapat tentang keislaman Mr.Costeau)




Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.



Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.






Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

(Al-Rahman 55: 13)



أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

(Al-Naml 27:61)



أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

(Al-Naml 27:62)



sumber: keranacinta.wordpress/comizismile.com

Monday, May 24, 2010

Ditertawakan hanya kerana memakai tudung labuh

Jam di laptop menujukkan pukul 10:12 malam. Mata masih belum menunjukkan petanda untuk lelap. Sekali lagi, saya diberi kekuatan oleh Maha Pencipta untuk menulis di blog kesayangan “Warkah Seorang Hamba”. Lama jugak tak update blog lantaran masih mencari bahan untuk tarbiyyah. Saya masih baru dalam dunia penulisan blog muslim dan masih banyak yang perlu saya pelajari. “Menulis Kerana Allah” ya, itulah matlamat blog ini, agar dapat berkongsi dan mencari ilmu yang luas di bumi Allah, insyaAllah. Entry kali ni, merupakan kisah hidup saya selama mengembara mencari cintaNya. Diharap dapat memberi manfaat kepada semua insyaAllah.

Sejuk mata saya memandang wanita muslimah memakai tudung labuh. Terdetik di hati untuk turut sama menjejaki langkah mereka. Sebenarnya, sewaktu di tingkatan satu, tudung labuh dan berbaju kurung sudah menjadi satu kewajipan bagi saya bila hendak keluar rumah. Tapi, saya lakukannya bukan niat kerana Allah, tetapi kerana desakan ayah lagipun pemakaian yang berkonsepkan islamik ini bukan pilihan saya. Masa berlalu dan hidup diteruskan hinggalah saya mendaftar ke tingkatan empat. Melihat rakan yang bergaya dengan koleksi pakaian yang up-to-date  tetapi masih mengekalkan tudung dan menutup aurat .Terlintas di fikiran saya untuk menukar imej dan penampilan diri dan menyertai mereka. Saya bersekolah di sekolah berasrama penuh waktu tu, pengaruh rakan sebaya memang kuat. Bagi saya, asalkan tidak ketat dan singkat cukuplah. Azam di hati semakin membara bila saya ditertawakan oleh rakan yang melihat saya bebaju kurung dan bertudung labuh ketika ke Bandar. Astaghfirullahalazim.. Sungguh jahil saya pada masa itu. Suntikan riya’ syaitan telah mejalar hingga ke hati dan fikiran saya. Inilah akibatnya bila tidak ikhlas beramal dan bukan niat kerana Allah Azza Wajalla. Mulai saat itu, saya pun menukar imej penampilan diri saya dan tunduk pada hawa nafu yang membawa nanar di mana Isu aurat tidak  dititikberatkan.

Masa pun berlalu lagi, syukur Alhamdulillah umur saya masih dipanjangkan-Nya. Waktu ini saya telah memasuki alam Universiti atau pun Campus Life. Wireless yang disediakan oleh pihak U saya gunakan sebaiknya. Ditakdirkan Allah, pada satu malam hati saya terbuka untuk mencari jawapan yag bersarang di minda. “ Salah ke pakai jeans dari segi islam?” Itulah soalan saya kepada seorang ustaz  yang saya kenali melalui blog penulisannya. Saya mula menghantar e-mail kepadanya dan gembiranya hati bila soalan saya dijawab. Menurutnya, dari segi islam, jeans adalah haram dipakai bagi kaum Hawa dalam islam  kerana ia ketat dan mengikut bentuk badan. Jeans juga adalah pakaian bagi kaum lelaki. Kami juga berbual melalui yahoo messenger. Lantas saya mengmbil peluang untuk bertanya lagi tentang ‘penghijrahan’ saya sewaktu di tingkatan empat. Dan saya katakan padanya bahawa saya masih belum bersedia untuk memakai tudung labuh. Jawapannya, “tutup aurat ni bukan kena tunggu sampai kita benar-benar bersedia tapi ia adalah satu kewajipan dan juga keperluan yang perlu dilaksanakan. Ustaz itu juga menasihati dan menyarankan agar saya patuh cakap ayah dan kembali pada cara pemakaian yang dahulu . ” Sedarlah saya yang saya perlu berubah dan buang jauh-jauh niat nak pakai jeans tu. ALLAH pernah berfirman :

يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah Al-Ahzab, ayat 59)


Aurat maksudnya adalah perhiasan. Kita menutup aurat adalah untuk menutup perhiasan tersebut. Ramai muslimah yang mengaku “ saya pakai tudung, tak pakai pakaian yang mendedahkan tubuh, saya dah tutup aurat” Aurat ni bukan  setakat kulit mahupun anggota badan sayangku, tapi perhiasan yang bila dipandang boleh menarik minat dan syahwat si pemandangnya lebih-lebih lagi lelaki yang bukan muhrim dan lemah imannya.Ini adalah cara pemakaian wanita fasikh. Janganlah kita menjadi wanita yang tabarruj iaitu wanita yang menampakkan perhiasan tubuhnya dan boleh menimbulkan syahwat lelaki. Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim.

Namun, syaitan telah pun berjanji untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam hingga lah Hari Pembalasan tiba. Sekali lagi, syaitan berjaya menyesatkan hati dan fikiran saya yang mudah alpa. Meskipun saya tak pakai jeans tapi tabiat lama masih saya kekalkan. Saya mula mencari cinta insan bergelar manusia hingga saya rasa pencarian itu telah berjaya. Namun Cinta yang dicari bukan kerana Allah dan juga bukan di jalan-Nya pasti mengundang duka. Ini bukan caranya kalau hendak mencari cinta manusia lebih-lebih lagi di usia remaja seperti saya. Takut-takut terbuat zina kecil sama ada zina hati,lidah mahupun mata. Nauzubillah.

Akhirnya, satu hari, sahabat mengajak saya untuk membuat blog dan sejak hari itu saya mula berjinak-jinak dengan blog. Ternyata, best juga buat blog ni. Sekali lagi dengan izin Allah hati saya terbuka untuk membuat blog yang berunsur islamik. Alhamdulillah, semakin banyak ilmu yang ditimba bila membaca tulisan tarbiyyah dari penulis-penulis blog lain. Saya mula mengetahui matlamat hidup kita di bumi Allah ini iaitu untuk mencapai kebahagiaan di akhirat dan meraih tempat di Jannah-Nya.  Rupa-rupanya, sama ada sedar atau tidak telah banyak perkara yang di tegah Allah saya lakukan. Diri ini mula berazam untuk berubah. Semoga Allah meberkati dan memberi petunjuk dan hidayahNya untuk kita semua…InsyaAllah, Amin…
                
Nota: Jangan pernah rasa jemu untuk menuntut ilmu kerana Allah



Friday, May 21, 2010

wasiat dari dylla



Dapat wasiat!! ingatkan harta berjuta, rupanya lembu seekor. 


jantan ke betina aku pun tak tau :D
sori dylla, dah berkurun aku kena tag baru hari ni dpt jawab wasiat. T_T



1. Thank and link the person that gave you the cow.
thans dylla for the lembu.. aku akan jaga baik2. 
tapi, kalau tersembelih buat korban maaf la ye..
nafsu makan susah dikawal :D haha

2. Bagi balik wasiat nih kat 7 bloggers yang paling aktif atau paling tak aktif.
membuat keputusan untuk skip yang ni :)
sape2 yang nak wasiat, silakan..

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat dari orang kaya Sepening Lalat.
kepada sape2 yang jawab, korang dapat dari orang kaya SEPENING LALAT
 yang x seberapa kaya. Kena rompak semalam :|

4. Cerita 3 perkara apa yang selalu anda buat sambil tengok tv.
tidur
tidur
tidur
*bosan tengok tv*

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Peria,  first time makan masa umur 4 tahun. gila pahit..  T_T 
sumpah tak nak makan lagi.

 sate perut lembu, Parents Che nabila belanja makan sate kat satay kajang,  ingat sate kambing, makan la dengan nikmatnya, dah la sedap.
tiba-tiba......
mak che: makan sakina. jangan segan-segan
aku: *mengangguk sambil tersenyum* 
mak che: haa.. yang ni sate ayam, lembu, kambing. yang tu sate perut
Oh tuhan.. aku makan perut!! waaaaaa
walaupun rasa nak muntah kat tempat kejadian. tabah kan hati.. telan je. T_T

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook?
589 orang

camner korang jumpa spouse korang or pakwe or makwe, kat mana?
wallahualam... buat masa ni tak lagi
 da sampai seru nak kahwin baru dapat jumpa kot insyaAllah..Amin ramai-ramai

lalalala...dapat award yahuu :).. thanks syaza


Nak ucap terima kaseh kat syaza atas award dan tag ni :)
* huh!! dah lama gile kena tag baru publish kat blog*
sorry ye syaza :(



1. ape yg bermain d fikiran u allz skrg

erm... ape ek? owh ye... adoi, rasa bersalah yang teramat!!
dan, tengah dok pker nak tulis entry ape untuk blog nanti


2. apekah nme samaran u allz

sakina, kina. tu je :)


3. berikan 3 org yg u allz syg

diri saye
ibu 
ayah


4. panggilan utk si die

erm..hehe. alah malu la.. wekkk.GELI!! sila muntah
aku bujang lagi la.. :D

5. hadiah ape yg u allz impikan dr seseorang yg istimewa
Duit la... (mata duitan btol)
kesetiaan & kejujuran


6. blog mne yg u all suke visit

blog2 kat blog list.. sume best2

7. tagkan kpd 15 org rakan blogger u allz

1.jackykoh.. anda di tag lagi haha
2.i'm da cute trouble maker
 yang laen dah pun kena tag. tag dua ni je la :)

Saturday, May 8, 2010

ketakutan dia seorang lelaki

Ketakutan Dia,Seorang Lelaki
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah


Assalamualaikum wbt..

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini

.

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah.

Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?


`Ketakutan seorang lelaki!’

Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..

Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.



Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.


Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.

Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'


Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’


Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.


‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....


Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).



TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’


2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.


Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..


3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.


Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..

Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..

salam ukhuwah..

KAHWIN!




this is the way
the only way..rite?

Wednesday, May 5, 2010

menjawab tag dari syaza..

1. Siapakah kawan baik anda?

kawan baik saya? hehe saya kawan ngn semua orang x kisah bangsa,kaum or agama
kite kan 1Malaysia :D tp, ade 2 org yg special che nabila nashir dan azrida yusop

2. Kenangan manis & kenangan pahit.

erm.. kenangan manis time ikut che nabila jenjalan kat KLCC 
best sangat.. lgpun first time dapat round KL eventhough tak pegi sume tempat
time kaseh banyak sayang :D

kenangan manis dengan azrida pulak, time kiteorg pegi tengok wayang kat east coast malam. time tu ramai dah balik bercuti. kiteorg plan nak tgk alice in wonderland tp yg ade pukul 10p.m and midnight je. lewat sgt.. tukar plan, tengok cite rempit v3..haha bole la best jugak

kenangan pahit.. macam takde jeO_o

3. Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya?

harap awak terima segala keburukan saya walau apa pun,
 kite tetap kawan di dunia dan di akhirat insyaAllah :)

4. Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger.

1.JACKY KOH

aku tag budak tinggi ni je la.. sape2 yang nak jawab dipersilakan :)

Sunday, May 2, 2010

menjawab tag si jack sky :D







sorry jack lambat jawab ko punya tag baru dapat online lama sikit arini.. hehehe
apa2 pun.. terima kasih sebab tag aku :D
mula menjawab!!

1.Adakah anda rasa anda hot?

hot?? hot ke aku?? Tak kowt.. ade air cond yg sentiasa terpasang 24 jam :D 
harharhar

2.Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang!

hehehe..malunya nak ngaku. Jack aku x taui cara nak upload wallpaper laptop cam ko buat.
so, aku just upload gambar die je la ek



3.Cerita pasal gambar

Nak dijadikan cerita.. memang tak jadi sebab nama pantai kat atas ni pun
 aku tak tau. so, tak leh la nak story2 la ea..:D 
aku suka tengok beach scenery.. aman je

4.Bila kali terakhir makan pizza?

kali terakhir makan pizza? hmm.. masa kt East Coast Mall kot.
tak minat la makan  pizza, seumur hidup aku.. baru 3 kali aku makan pizza.
not my taste.. hehehe :D

5.Lagu terakhir anda dengar?

Lagu terakhir aku dengar bila diri disayangi..  
sebab bukak blog seorang teman blogger tadi 

6.Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

banyak benda aku buat selain menyelesaikan tag ni.. di antaranya ialah:D

1.tengok tutorial kat youtube cara nak buat cupcake
2. Layan mukabuku yang tak bermuka 
3. cari new background untuk blog aku ni

7.Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

takde kot.. sakina, kina, ina.. memang sume ni nama aku :D
lebih baek guna nama sendiri dari nama samaran @ nickname
tau kan kenapa? 

8.Tag lagi lapan orang

1. syaza
2.ezzah
3.aimi
4.khai
5.syuhada
6.hana
7.dylla
8.aini

9.Siapakah orang no1 kepada anda

syaza adelah my friend dan die sangat2 sweet..
harap awak dgn amir berkekalan hingga ke jinjang pelamin ye syaza :)

10.Katakan sesuatu mengenai orang ke 5

syuhada, aku nak minta maaf banyak2 kalu aku ade banyak wat silap and salah ye..
friends forever okey :D

11.No 3 ada hubungan dengan siapa?

budak tinggi lampai ni ahli kela aku. kelab single :D
tapi tak tau la pulak kalu dalam diam ade ehem..ehem..
jangan marah aimi..

12.Bagaimana pula dengan no 4?

khai roommate aku time 1st sem kt uitm kuantan
sekarang dah jadi jpk.. congrats khai

13.Pesanan buat orang no 6

hana, good luck untuk sem depan ye
saye nak minta maaf kt awak kalu ade salah silap
harap dimaafkan ye :)

14.Kata-kata cinta untuk orang no 2

kata2 cinta?? Ezzah.. i love u
alamak lupa plak.. aku ni girl la..
hehe gurau je ezzah :) 

15.Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?

Mereka juga adalah girl macam aku hehe:D

16.Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda

nama dia jacky koh
dia memang budak pandai time kt smsld lagi, tak heran la dapat masuk UTP.. congrats jack

17.Persamaan antara kambing dan lembu

similarities?? kedua-duanya adalah makanan aku :D

18.Perasaan anda wat tag ini

happy  coz first time kena tag..
tapi letih, banyak sgt soalan :D

19.Adakah anda tahu si Rizman itu sengal.

Rizman sengal?? aik.. sepelik-pelik soalan
sape rizman nie?

20.Gay or les?

gay or les? jawapan aku..dua2 kot haha:D
ish.. laknatullah orang2 macam nie

21. Berapa lama anda ambil masa nak siapkan tag ini??

ntah la.. tak terkira, aku start jawab semalam.. pastu tinggal jap
sambung balik jawab tengah hari nie
agak2 brape lama??
banyak gila soklan.. smpai 21 kot. 


~selesai pun... thanks to jacky koh sebab tag aku hehe~







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...