image dari google
Dah 5 hari kat Uitm Kuantan, akhirnya sem 3 pun bermula. Jadual tak la 'pack' mcm sem 2 dlu, bnyk masa untk rehat, boleh buat nota. :D. 3 jun hari tu, sebelum berlepas ke Kuantan saya buat x-ray kat sebuah klinik, Terkejut bila doktor inform yang saya kena suspect TB (batuk kering). Paru-paru kiri pun ada membrane tapi doktor tu tak dapat pastikan membrane tu apa, tapi dia kata ada kemungkinan membrane tu air. Dia saran agar saya tangguhkan study dan buat treatment kat Sabah Medical Centre tapi rasa sayang pulak nak tangguh study. Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk buat treatment tu kat Kuantan Medical Centre.
5 jun setibanya di Uitm Kuantan, Nina dah copkan bilik untuk saya dengan Dio kat sekilau, syukur Alhamdulillah .. Nasib baik tak dapat kat padang lalang sebab pergerakan kat sana terhad dan bilik pun agak sempit. 8 jun, hari selasa, Dio dan Nina temankan saya pergi ke KMC jumpa consultant physician. Dato' Dr Ooi Hooi Yong. Doktor pakar. Lepas Dr Ooi buat check up, dia ckp kemungkinan besar saya kena TB dan saya perlu buat Blood Test. Dr Ooi nak tebuk belakang keluarkan air dari paru-paru untuk buat research dan hantar ke KL.
DR Ooi suruh buat CT SCAN dan BLOOD TEST, saya pilih buat BLOOD TEST dulu, sebab sekejap je.
Nurse tu pun ambil darah saya lepas tu jarum lagi kat lengan kiri untuk TB test. Hari khamis nanti kena datang balik KMC bawa sampel kahak. Walaupun takdela sakit sangat kena jarum, tapi saya takut sangat sebab fobia dengan jarum.
Next, buat CT SCAN pula. Sampai kat bilik CT SCAN, seorang lelaki suruh pakai baju makmal lepas tu baring atas katil untuk mulakan Scanning. Tiba-tiba dia datang bawa jarum. peliknya, ingat kalau buat CT SCAN tak perlu kena jarum. Lelaki tu cakap dia nak masukkan ubat melalui salur darah so,kena cucuk jarum untuk masukkan ubat. YA ALLAH.... TIDAK!!!!!!....sakit tu... pertama kali dalam hidup. Dia pun cucuk jarum tu ke urat saya. Adoi... sakit!!!. Rupanya salah cucuk sebab urat lari. Percubaan kedua pun gagal. Tapi saya yang menanggung derita Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya. Akhirnya lelaki tu pun panggil doktor wanita untuk masukkan jarum dalam urat saya. Doktor tu datang dengan senyuman yang menenangkan hati:D dia pun masukkan jarum tu ke tangan kiri pula, hmm takde la sakit sangat. Kan bagus kalau dari tadi doktor tu datang. Lepas tu ubat pun dimasukkan dan scanning pun bermula. Agak lama jugak dalam bilik tu, lebih kurang dalam sejam.
Akhrinya... penderitaan pun berakhir. Dr Ooi suruh masuk balik bilik dia dan berkata :D "Melalui scan, saya rasa kemungkinan besar awak kena TB, so saya nak tebuk belakang awak sekarang untuk sedut air dari paru-paru kiri awk" . HAH!!! SEKARANG??? cepatnya.. adoi.. ni lagi sakit..
Selepas dapat persetujuan dari ayah, sejam selepas tu, Dr Ooi pun mula sedut air dari paru2. Nasib baik jarum dia kecik je. Dalam 30 -40 minit, 200 cc air dikeluarkan dari paru2 saya. Banyaknya.. tu pun tak semua air habis disedut.
Dr Ooi suruh datang lagi untuk appointment hari rabu next week dan saya kena makan ubat warna brick red 4 biji sekali sehari dan satu lagi ubat warna putih sebiji sekali sehari. Harap2 cepat la sembuh.. Amin ya Rabbal Alamin... sakit la asyik kena jarum
p/s : terima kasih banyak Dio dan Nina sebab temankan saya pegi KMC. Jasa baik korang takkan saya lupakan. Jazakallahu Khairan
4 comments:
kina , sabar tau , kuatkan semangat k?
sakina ckp terima kasih. :DD
i work in kmc ;)
brape harge eh kena waktu buat ct scan tu?
Post a Comment