Thursday, May 31, 2012

Hilang

Bismillahirrahmanirrahim


Adik-adik pernah merasai kehilangan? iya.. mungkin ada di antara kita pernah hilang kunci, dompet dan sebagainya. Tapi, pernah adik-adik rasa hilang cahaya hidayah dalam hati?



Astaghfirullahalazim.. minta dijauhkan. Sekarang.. bayangkan adik-adik berada dalam satu terowong gelap? 
Kegelapan terowong itu membuatkan tangan adik meraba-raba mencari pautan. Kerana penglihatan yang terhad dek ketiadaan cahaya. Tiba-tiba, satu cahaya terpancar dari hujung terowong. Dengan gembira adik-adik pun terus meluru ke arah cahaya itu.


Cahaya itulah hidayah. Dikala kita meraba-raba mencari tempat untuk kita berpegang dan berpaut, Allah campakkan cahaya hidayahNya di hati kita. Jadi penyuluh dan petunjuk kepada kita. Supaya kita tidak sesat dengan kegelapan dunia. Tapi adik-adik? jika cahaya hidayah itu hilang? Allah itu maha berkuasa memberi dan menarik balik cahaya hidayah itu. Kerana hidayah itu milikNya. Hanya diberi kepada mereka yang layak.

Saya pernah ada seorang sahabat, seorang hafizah. Manis raut wajahnya, sopan tingkah lakunya. Satu hari,  hijabnya yang labuh dahulu kini hanya paras dada. Allahurabbi... sedih. Ini lah contoh hidayah yang hilang. Adik-adik... hidayah itu satu nikmat. Jika Allah cabut hidayah itu dari hati kita.. terkapai-kapai lah kita. Ya, kita mungkin tidak sedar, sehinggalah Allah campak semula hidayah itu dalam hati kita. Peliharalah nikmat hidayah ini. Bagaimana? Rajin-rajinkanlah diri membaca Al-Quran dan mentadabbur maknanya. Hayati kisah perjuangan para anbiya' dan sahabat supaya kita tetap menghargai nikmat iman ini. insyaAllah... 


2 comments:

Unknown said...

Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada tergelincir dari jalanNya..

aameen..:)

light 0F happiness said...

insyaAllah embun melati sahabatku... moga Allah tetapkan hati kita di jalanNya

ameen.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...