Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan
sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,kekuatan utuh tidak
ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya
wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang
lelaki...menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu,
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata."
Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia." Tersenyum
sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada
hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,tundukkanlah
pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya
bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah
pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai,
pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki
menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan
wanita yang menjadi fitnah pddirinya. Dan tidak ALLAH
lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya
kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanitawanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka
sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yang suci. Namun...
wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi
martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan
an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya
wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yang soleh."
Adik masih tidak puas hati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??" Sang bidadari berwajah
menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa
mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah
pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai
pembenteng diri.Namun, bila mana al-haya nya lebur,
imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.Merasakan
diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia
melihat diri mereka.Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr
segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala."Jadi kakak, masih adakah wanita yg
solehah di dunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya
sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,diperintahkan wanita2 yg
beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka
mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka
demikianlah adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd
hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah
dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg
toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata
indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd
Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,tetap
punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka tahu hak
ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu
mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan
alim.Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,wara' itu
bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.Alim itu
maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia
adalah alim dlm bidangnya.Persepsi yg salah pd dua
perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat.
Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk
(ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak
zalim kepada ciptaanNYA. Bila mana dia menciptakan hawa
itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah
sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan
martabat golongan HAWA ini...Tapi sayang... golongan HAWA
ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan
wanita.Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2
kilauan pasir.Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg tidak
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran
ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak.
Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi
martabatnya.Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di
akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta
ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia?
Tp lebih bermakna bila ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal
yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??Sang
bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini.
Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga
ini.
Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata
ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari
berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam.
p/s: wahai muslimah, layakkah kita menjadi penghuni syurga?
renung2kanlah...
sumber:dinul-ukhwah.blog.friendster.com
No comments:
Post a Comment