Saturday, April 10, 2010

baca dan ambil iktibar...

kisah 1


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..



kisah 2


Mari kita renung renung sebuah kisah di sebuah desa yang amat terpencil di negara China.

Di situ terdapat sebuah keluarga yang amat miskin. Keluarga ini terdiri daripada seorang pemuda bersama dua orang ibu bapanya yang telah tua.

Hidup mereka susah dan perkerjaan utama mereka hanya bertani, oleh terlalu miskin mereka tiada binatang ternakan untuk dipelihara.

Mereka bole dikatakan orang yang amat melarat hidupnya di kampung itu.

Suatu hari, dengan tidak semena mena masuklah sekumpulan kuda liar ke kampung berkenaan. Orang ramai menjadi kecoh dan cuba menghalau kuda kuda berkenaan daripada merosakkan tanaman masing masing.

Akhirnya kuda kuda ini masuk ke ladang pemuda berkenaan, kebetulan ladangnya berpagar, maka sekali gus kuda kuda itu menjadi miliknya.

Berkatalah bapa si pemuda itu, "wah, kita sungguh beruntung pada hari ini, kita mendapat kuda kuda yang gagah untuk dijinakkan, tiba tiba sahaja kita menjadi orang kaya, kekayaan kita sudah tentu melebihi semua orang dalam kampung ini.."

Namun, tiada siapa tahu petaka yang akan dibawa oleh kuda kuda itu terhadap kehidupan mereka, walaupun masyarakat desa turut mengatakan mereka telah menjadi kaya dalam sekelip mata.

Suatu hari takala sedang melatih kuda kuda untuk menjinakkannya, pemuda itu terjatuh lalu patah la kakinya.
Akibatnya dia tidak bole berjalan dan terpaksa bertongkat untuk kemana mana. ayah kepada pemuda itu berasa amat keciwa sebab itulah satu satu anak lelaki tempat dia bergantung harap.

berkatalah dia, " alangkah siallnya nasib kita kerana memiliki kuda kuda itu, sekarang aku sudah kehilangan tempat bergantung..."

Beberapa bulan kemudian, datanglah sekumpulan askar raja ke kampung berkenaan, mereka menggeledah setiap rumah untuk mencari pemuda pemuda yang gagah untuk menjalani latihan kententeraan dan berkhidmat pada raja, ini bermakna setiap yang terpilih akan terpaksa berpisah dengan keluarga masing masing dan mungkin akan mati dalam peperangan melawan orang monghul.

Apabila sampai ke rumah lelaki tua tadi, mereka dapati ada seorang pemuda yang perkasa tetapi rupanya cacat anggotanya. kerana itu dia tidak termasuk dalam senarai pemuda pemuda yang terpaksa berkhidmat kepada raja.

Berkata lah lelaki tua itu, "alangkah bertuanya kita memiliki kuda kuda itu, kalau tidak kerana mereka, tentu engkau sudah dibawah oleh askar askar itu menuju kematian"



kisah 3


Lima perkara aneh.

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."



kisah 4



Berkat di sebalik membaca Bismillah.


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

kisah 5

langit dan bumi



Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa
bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik
dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagaibagai
negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa
gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari,
bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada
padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk
bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang
yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan
bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam,
seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang
paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga
di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit
mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah,
Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila
mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh
itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan
kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan
berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T
memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah
engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau
mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah
engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad
dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat
nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada
seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S.
menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama
Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam
hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu
makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang
engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan
membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam
perjalanan Israk dan Mikraj.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...