Tuesday, December 20, 2011

Rain

Bismillahirrahmanirrahim...
It's raining again
Alhamdulillah
i love to hear your sound
the sound of the raindrop
hitting the roof
hitting the road
flowing from the drain
just like an artificial waterfall

i was walking back from class
alone
and you came
falling down
thanks for keeping me company
i love walking with you
your raindrop is like a music 
it heals me
all my pain, my sorrow, my anger
washed away with you

please rain
don't go away
but there you go
leaving me

i'm walking alone again

You are one of Allah's greatest creation
SubhanAllah.. 
Nature always comfort me

I'm not writing a poem, and not good at it. These are just statements of feelings. Just ignore it. ^_^

Thursday, December 15, 2011

OLEY! MAT LUTHFI

Bismillahirrahmanirrahim....


Update di waktu petang
Langit mendung
Angin sepoi-sepoi bahasa
Suasana sejuk
katil yang empuk
kesimpulan..
                 
MENGANTUK!


Mujahadah! tahan nafsu. Nabi kata tak elok tidur petang. Mewarisi kegilaan. Ana tengah dok pikir apa..... nak share dengan warkah seorang hamba dan pembacanya. (kalau ada)  hehehehe. Benda yang nak dikongsikan itu mestilah suatu yang bermanfaat. Biarlah ana juga antum masing-masing dapat pahala.


Ku pandang kanan ku pandang kiri
tak jumpa jumpa



lantas ana buka FB dengan harapan dapat cari ilham nak mulakan penulisan. Terlihat satu link video kawan ana post kat FB bertajuk Oley. Eh, apakah? tekan play. Oh... video penerangan tentang hukum hudud. Siap ada ustaz nasarudin hehe. 


Alhamdulillah.. ada juga individu yang tampil menerangkan tentang hukum hudud. Ramai yang tak tahu cara perlaksanaan hukum hudud ni sebab tu mereka kutuk dan tak nak hudud dijalankan di Malaysia. Tapi... bilamana  mereka yang tak tahu, bertanya pun pada yang tak tahu, kesimpulannya dua-dua keliru. KamOn la... tanya lah pada orang yang tahu. Kan dah tak pasal-pasal dengan kenyataan jahil dah terbatal akidah sebab persendakan hukum Allah. Cari ustaz atau ustazah atau siapa pun yang TAHU akan bidang hukum islam. Hadir ceramah kat masjid. Bukan hadir ceramah kat warung.


Hukum hudud.. ye betul, memang dalam hukum hudud pencuri kena potong tangan. Tapi bukan main suka hati potong tangan. Tangan tu bro... tak boleh tumbuh balik macam kuku. Ada syarat-syaratnya yang Allah dah tetapkan. 


Jom tengok video OLEY! ni. Mat luthfi dan bob lokman pun ada.. ^_^ KLIK

Tuesday, December 13, 2011

Siapa kata orang Islam tidak boleh berjaya?

      Bismillahirrahmanirrahim... 


Tarikh imtihan semakin hampir. Allah.. permudahkan segala urusan kami untuk menyiapkan diri menghadapi hari penting ini. Amin..

Bit taufiq wan najah buat sahabat-sahabat yang bakal 'berperang'. Siapkan pen merah, pen hitam dan seumpamanya. Paling penting, penuhkan ilmu di dada. InsyaAllah kejayaan bersama kita kerana Allah sentiasa bersama kita. ^_^

Akal berfikir, untuk apa ya kita lulus dalam imtihan? 
untuk dapat kerja yang sesuai dengan cita-cita. Sudah tentu.
Tapi, untuk itu sahaja kah? 
Ya, sudah tentu untuk Allah. itu paling penting.
Tapi macam mana nak pasang niat kerana Allah?

Adikku, sahabatku, saudaraku...
sekali sekala, renung balik niatmu.
Untuk apa kau berjaya.
Tetapkan balik paksimu niatmu.
Berpaksikan Allah
Biralah niat itu kerana Allah
kerana Islam. Kerana agama yang kita cinta.

Biar orang bukan Islam pandang tinggi pada agama yang kita bawa.
Kerana,
walaupun sibuk dengan gerak kerja Islam
kita masih boleh dapat pointer yang bagus untuk akademik
Buktikan pada mereka, siapa kata orang Islam tidak boleh?

Sunday, December 4, 2011

watak utama selalu susah

Bismillahirrahmanirrahim
     watak utama


Dalam mana-mana drama, tak kisah hindustan kah, cerekarama kah, telenovela kah, kekasihku puyu kah, watak utama mesti yang paling banyak ditimpa musibah. Watak utama selalu dicerca, dipukul, di kata orang, di sumpah jadi ikan (erk ?). Tapi... akhir sekali, watak utama juga yang bahagia. Happily ever after cinderella kata.




Mari selak tabir kisah yang berlaku suatu masa dulu di sebuah tempat di atas bumi. Seorang lelaki tua miskin, yang ada ramai anak lelaki. Seperti ibu bapa lain, dia juga punya anak kesayangan. Nama anak itu Yusuf. Cantik rupa parasnya, baik tingkah lakunya. Yusuf, atau lebih tepat lagi Nabi Yusuf ra. Hidup Nabi Yusuf tiada indahnya. Dilempar ke dasar perigi oleh abang sendiri. Nasibnya baik, Allah Maha Pengasih, Nabi Yusuf diselamatkan oleh pedagang dan dijual kepada orang kaya Mesir. Baru nak merasa senang, digoda Zulaikha pula lalu dipenjarakan kerana diftnah. Bertahun lamanya di penjara. Tapi, akhir sekali... lelaki mulia ini diangkat menjadi wakil Raja Mesir. Nabi Yusuf tidak pernah membalas setiap apa yang orang buat padanya.


Selak tabir zaman, kisah seterusnya bayi yang disorok dalam ketuhar (x silap sy) buat roti oleh ibunya. Bukan kerana bencikan anak. Khuatir bayi itu akan dibunuh Firaun laknatullah. Ajaibnya.. bayi itu tak cedera dek panasnya ketuhar. Si bayi terselamat. Namun ibu tahu, bayi pasti akan dijumpai oleh Firaun juga. Aduh.. pilu hatinya. Anak tersayang dihanyutkan ke sungai Nil. Bayi yang tak tahu apa-apa senyum sahaja. bakulnya sekali sekala bergoyang dipukul arus sungai. Bayi terasa bakulnya ditarik sepasang tangan. Cantik wanita itu. Namanya Asiah. Ibu baru bayi. Dia membesar dengan penuh kasih sayang. Dia tumbuh menjadi lelaki yang tegap dan kuat. Namanya Musa. Nabi Musa a.s. Perjalanan hidup nabi yang satu ini juga getir. Siapa tahu, selepas sahaja bersusah payah menyelamatkan kaumnya dari Firaun, disangkanya kaumnya akan kekal beriman dengan Allah. Rupanya lembu betina mereka jadikan tuhan. Alangkah marahnya Musa a.s.hingga janggut Harun a.s jadi mangsa. Tapi Musa juga hidup bahagia. Dapat berjumpa Tuhannya.




Selak lagi tabir zaman. Oh, ini Tahun Gajah. Lahir seorang budak lelaki. Pelik kelahirannya, bandar Mekah terang benderang walaupun dah malam. Api majusi yang dah beribu-ribu tahun menyala tiba-tiba padam. Siapakah bayi ini? Muhammad s.a.w. Kasihan Rasul... lahirnya tidak berbapa. Baru nak kenal dunia, Ibu pula pergi menghadap Tuhan yang Esa. Selepas itu Atuk pula pergi. Nasib baik ada bapa saudara yang pengasih, diambil tinggal bersama. Biarlah jadi pengembala pun.. asalkan halal. Diangkat menjadinabi dan Rasul pada usianya 40 tahun. Tapi, isteri tersayang pula meninggalkannya. Pergi ke Thaif, sampaikan agama Allah.. Dibaling batu hingga kasut baginda dipenuhi darah. Kalau waktu hujan air masuk dalam kasut, tapi Rasulullah... darah. Saat nazak, masih mampu ingat pada umat. Tapi, Rasulullah hidup bahagia di syurga sekarang di samping Allah.


Ya Rasulullah....... apa yang engkau takutkan telah pun menimpa kami. Wanita, ramai hilang maruahnya. Umat Islam berpecah. Mereka tidak mahu menerima undang-undang Tuhan kita. Kitab mukjizatmu tidak dibaca malahan dibakar dan dipijak-pijak. Allah... Allah.. Rindunya padamu ya Rasulullah..


Begitulah cerita watak utama. Kita? tidak mahu jadi watak utama? Oh ya. kita adalah watak utama dalam cerita hidup masing-masing. Mahu jadi watak utama yang bagaimana? Happily ever after or misery everafter. pick one. Orang beri duri balas balik dengan isi durian (eh? xde rhyme) lalala..

Sunday, November 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah..Hidup diteruskan lagi. Terasa nak mentarbiyyah hati, ana menjengah ke blog kak asma' bidadari besi. Ana pilih blog ini, kerana tulisan kak asma' tak pernah menghampakan hati ana yang dahagakan tarbiyyah. Terkesan dengan post beliau, ana tergerak nak berkongsi dengan sahabat yang view blog ana. insyaAllah moga ada manfaatnya.


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da'wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da'wah hanya untuk mencari calon ikhwah/akhawat sebagai sang suami/isteri,

- Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
- Yang cepat mengalah,
- Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain.
- Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
- Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta'dil harakh ini dan itu.

Da'wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da'wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da'wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da'wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da'wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da'wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da'wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da'wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.



ana copy paste entry ni dari blog kak asma' bidadari besi

mati nanti baru rehat

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini rasa ingin bermonolog saja. Cuti, banyak masa kosong tak terisi. Teringat kata-kata Asy-syahid Imam Hassan Al-Banna, 'Al wajibaat akhtar minal awqat' tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Rabiatul Adawiyah, saat disuruh berehat kerana terlalu sibuk beribadah, jawabnya 'mati nanti baru rehat' Tiada istilah rehat bagi mereka. Perindu syahid. SubahanAllah.. kerdilnya diri. 


nak mati syahid
tapi duduk depan laptop main mukabuku
goyang kaki sambil
minum oldtown white coffee 


Rasa ingin fokus dengan study. Habis tu islam? siapa nak perjuangkan? Lihat orang sekelilingmu. Semua ikut perintah Islam? Siapa nak mengingatkan mereka? Allah.... istighfar. Ini tanggungjawab aku. Ini janjiku pada Allah. Yakinlah wahai hati, Allah akan tolong mereka yang menolong agamaNya.  
Moga Allah permudahkan urusan pejuang-pejuang di jalanNya insyaAllah

p/s: Tak sabar untuk berjuang bersama sahabat. hanya menunggu masa ^_________^



Thursday, November 24, 2011

tisu si kecil peminta sedekah

Bismillahirrahmanirrahim


Mencari mood untuk menulis. Tengah otak ligat mencari tajuk yang sesuai untuk update blog, teringat 2 orang anak kecil duduk di laluan pejalan kaki menuju ke Kompleks PKNS. 

Kakak-mungkin 5 atau 6 tahun
Adik- 2 atau 3 tahun.

Si kakak mengenggam bekas untuk letak duit. Memandang sosok-sosok tubuh yang lalu di hadapan. Mengharap belas kasihan mereka yang sudi menghulur. Mereka yang tahu nilai sedekah di sisi Allah. Terlintas di hati, "budak-budak ni minta duit untuk siapa?" Aku berlalu tanpa memberi walau 1 sen. Rasa bersalah.

Tengah duduk tunggu makanan yang dipesan sampai, telihat 2 orang budak. Seorang budak lelaki berkopiah. Seorang budak perempuan bertudung. Jual tisu. Tisu tu mungkin hanya tabir niat. Bertindak menutupi niat asal mereka iaitu meminta sedekah. Pergi dari meja ke meja. Ada yang menghulur. Tidak kurang juga yang menghalau. Mereka sampai ke mejaku. Nah RM 2. "Terima kasih akak" Aku hanya menguntum senyum. Hmm.. mesti orang bukan Islam akan berkata " Orang Islam miskin". Buktinya? 4 orang peminta sedekah tadi.. berkopiah dan bertudung. 

Pukul 6.30 pm. Kena sampai hostel sebelum Maghrib. Tunggu bas lambat sampai. Pandangan ku luaskan. Terpandang budak perempuan dengan adiknya. Macam kenal. Oh.. peminta sedekah tadi.Kecilnya budak lelaki tu. Comel. Kasihan, kecil-kecil lagi dah kena ikut kakak minta sedekah. Di mana ibu dan ayah mereka? mereka naik bas nak pergi mana? Akhirnya bas sampai. Orang berasak-asak nak naik bas. Adik kecil tersepit di tengah-tengah. Nasib baik ada kakak baik hati bagi adik kecil duduk. 

Moga Allah lindungi aku dan kamu dari kesusahan hingga terpaksa meminta-minta. =_=

Bangunlah saudara seislamku. Bangkitkanlah kesedaran dalam dirimu. Umat semakin sakit. Bantulah. Sekurang-kurangnya engkau ada jawapan bila Allah tanya di akhirat nanti. Engkau telah berusaha.


Sunday, October 30, 2011

Konferens Negara Islam- Dunia menuju Khilafah




Hizbut Tahrir

The amir of the ummah is a shield
who protect the ummah....


Baru-baru ini pada 30 oktober 2011 telah diadakan konferens Negara Islam-Dunia menuju khilafah anjuran HIZBUT TAHRIR. 

Ana bukan ahli hizbut tahrir, tapi ana menyokong perjuangan hizbut tahrir. Menuju ke arah satu khilafah. Khailafah islamiyah. InsyaAllah.

Lima orang panel yang mewakili Hizbut Tahrir dari setiap negara ;
1.Ismail Yusanto (Indonesia)
2.Uthman Badar (Australia)
3.Taji Mustafa (UK)
4. Syeikh Yusuf (Palestina)
5.Abdul Hakim Othman (Malaysia)

Antara is kandungan talk pada hari itu adalah tentang the evil ideologi of sekularisme yang diutarakan oleh ustaz Ismail Yusanto. Disebabkan delegasi (cewah :p) dari Uitm datang lambat, itu je lah yang kami sempat dengar. 

Selepas itu, ustaz Uthman Badar. Beliau menegaskan semua umat Islam harus memainkan peranan masing-masing sebagai orang Islam kerana kita adalah satu ummah. Beliau juga bercerita tentang seorang pelajar di Libya yang dibunuh di Tripoli kerana menganggotai Hizbut Tahrir.

Disambung lagi dengan Taj Mustafa dari UK. Dia sangat Best! sebab kami tak bosan dengar celotehnya. Bukan nak kata yang sebelum dia membosankan,  tapi suara mereka perlahan tak macam Taj Mustafa.. lantang. Seorang bertanya kepada Taji Mustafa "Why are you willing to let go your money for Islam?" Dia jawab " Because it is the power of Aqidah LAILAHAILLALLAH!!" Tiada Tuhan yang disembah selain Allah. Sebab kita sayang agama kita sebab tu kita sanggup gadai nyawa dan harta untuk Islam. Taji Mustafa juga berkata "Muslims, we are rich but we are poor, because we are divided." Dan satu cara untuk menyatukan umat Islam adalah dengan mewujudkan negara Islam dengan melantik seorang AMIR OF THE UMMAH. 

Seterusnya, Syeikh Yusuf. er..maaf.Ternganga. Dia cakap Arab lah. Nasib baik MC ulas balik apa yang beliau katakan. Umat Islam lemah sebab itu Palestine jadi seperti sekarang. Pada zaman Abbasiyah, umat Islam terleka akibatnya Palestine jatuh ke tangan Yahudi hingga dibebaskan oleh Salahuddin Al Ayubi. Tanah Palestine dibuka oleh Saidina Umar. Sultan Palestine enggan jual tanah Palestine kepada yahudi bila yahudi menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli tanah Palestine. Baginda berkata, Kalau nak tanah Palestine, tunggu hingga khalifah Islam jatuh dan itulah yang berlaku sekarang. Yahudi sedang cuba menjatuhkan sebarang cubaan ke arah Khilafah Islamiyah. 

Akhir sekali, Ustaz Abdul hakim Othman, Presiden Hizbut Tahrir Malaysia. Beliau mengatakan zaman khilafah semakin hampir kerana semakin ramai umat Islam mula bangun dari tidur yang panjang. Kebangkitan di timur tengah telah membuktikan umat Islam tidak mahu pemimpin yang zalim. Siapa sangka, pada tahun 2011, kita menyaksikan satu persatu pemimpin zalim digulingkan dari pemerintahan oleh rakyat islam. 

Kata-kata yang paling melekat dalam minda ana : 
PERASAAN KEBANGSAAN MENGHALANG UMMAT BERSATU






Takbir... ALLAHUAKBAR
tabik dengan muslimin... ramai. Alhamdulillah.. ada harapan 

Sunday, October 23, 2011


Sekali lagi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ana mencoret di ruangan warkah. Guruh berdentum. Terkejut. hm..Tadi ok sahaja cuaca hari ni. Allah maha kuasa. 


Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan buatmu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah:22


Nyaman bayu petang. Subhanallah... satu lagi nikmat Allah. Bersyukurlah sahabat. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita. Walau apa pun yang kita tengah buat sekarang, jangan lupa untuk mengingatiNya. 


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman:18)


Teringat Sultan Muhammad Al-Fateh, Raja sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera, rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Penakluk Konstantinopel. Sekaligus membenarkan hadis Rasulullah S.A.W


Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



kenal ke?

Pernah waktu solat Jumaat bersama-sama tentera baginda memilih dalam kalangan tenteranya siapa yang layak untuk jadi imam. Baginda memerintahkan semua yang ada berdiri termasuk baginda sendiri seraya bertanya, Siapa yang sejak baligh hingga sekarang pernah tinggal solat fardhu walau sekali, sila duduk. Tiada seorang pun duduk.


Baginda bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah tinggal solat sunat rawatib, sila duduk. Sebahagian daripada tenteranya duduk.


Baginda bertanya lagi, "Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam, sila duduk. Semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Akhirnya baginda sendiri menjadi imam solat jumaat.

Benarlah baginda adalah sebaik-baik raja.


Walaupun baginda adalah raja. Kaya. Banyak harta. Tak menghalang baginda dari meluangkan masa untuk Allah di sepertiga malam. Ini adalah bukti hamba yang bersyukur. Bukti pencinta yang setia. Pencinta maghfirah Allah. Hamba yang beramal bukan untuk syurga, tapi untuk keredhaan Allah.


MALAM.. Ramai yang menunggu kegelapan malam. sebab.. nak tidur, nak contact awek, nak relax2, nak tengok bola.


Tapi, sang pencinta... sujud di hamparan sejadah. Dengan linangan tangisan taubat. di kala sepi malam. Di kala ramai yang mencium bantal. Subhanallah.. alangkah bagusnya jika aku seperti itu. Alangkah bagusnya jika kita seperti itu. Alangkah bagusnya jika semua manusia seperti itu. Agung cintanya pada RABB.



Saturday, October 22, 2011

MARSIS


Mata semakin berat, namun gagahkan juga. SubhanAllah.. blog wajah baru!! pink colour. terasa comel pula blog ni. hehehe. Baru ada semangat! nak update blog. sebelum ni kusam je kan. Alhamdulillah... dah mula gain momentum nak mencoret blog semula. UPDATE BLOG UPDATE IMAN sekali insyaAllah. Syukran sahabat ukhti Adibah Dayan Ahmad sebab kenalkan ana dengan MARSIS (Markaz Siswa Siswi Islam Sabah). Jamboree anjuran MARSIS hari tu berjaya charge balik iman dan semangat dakwah Alhamdulillah. Syukur sebab Allah pertemukan ana dengan enti. Tolong guide ana. Syukran sebab sudi tegur ana jika buat silap. Janji lepas ni ana tak minum sambil jalan. Baru sedar tak sopan buat macam tu. tertunduk malu Syukran sebab jadi cermin ana. 

Ana berdebat dengan seorang ikhwah tentang couple. Dah malas sebenarnya nak berdebat tentang isu ni. sebab semua dah sedia maklumkan hukumnya. Tapi, ikhwah tu masih nak cakap couple tu halal. Alasan dia kalau boleh elak semua perkara yang menyebabkan zina hati, mata, tangan boleh jatuh hukum halal. Betul la alasan tu. Tapi ana takut dia salah tafsir. Hinggakan dia kata fikiran ana sempit sebab cakap " hilang kesucian hati yang mencinta orang yang tak halal baginya"  ini bukan bersandarkan mana2 hadis atau dalil Al-Quran tapi sekadar pendapat ana. prinsip ana. Allah, bingung... =_=" macam mana la nak bagi budak ni faham. Akhirnya ana kata kat dia, kalau yakin boleh elak zina tu silakan couple. Tapi dalam konteks dia yang masih belajar baik tak payah la dulu fikir pasal couple kalau lambat lagi nak kahwin. Ana amik pendapat dari iqbal syarie bayyinat " jangan contact secara direct, guna orang tengah. Wallahualam


Wednesday, October 5, 2011

malunya pada Allah


Malunya pada Allah
matlamat semakin kabur
perjuangan semakin luntur

malunya pada sahabat
dakwah semakin jauh
ana semakin jauh

uzlah....
ya, itu solusinya
beri ana masa Ya Allah
kembalikan semangat jihad 
kembalikan semangat dakwah
ana lemah tanpa sahabat sahabiah 
ana lemah tanpa biah solehah
ana lemah tanpaMu ya Rabb

jangan biarkan ana sendiri
tolong bantu ana cari sinar itu
tolong kembalikan hidayah itu
ana semakin sesat
tolong bantu

Thursday, June 23, 2011

PENDIDIK


SK. KENNEDY BAY, LAHAD DATU, SABAH

                               Setelah lama menunggu, surat bertarikh 25 Jun 2011 akhirnya berada dalam tangan ana. Akhirnya ana dapat kerja jadi guru ganti di SK KENNEDY BAY. Alhamdulillah.. Kecik je sekolah tu. Comel. Senang la kerja ana. Hari first mengajar, segan dengan guru-guru. Kepala tunduk saja. Pelik bila anak murid panggil ana cikgu. Janggal. Kadang-kadang seorang dua anak murid tersasul panggil ana ustazah. Mungkin sebab cara ana berpakaian kot. Tak apa la, tak dapat ajar Pendidikan Islam, kena panggil ustazah pun jadi lah. Tempoh ana mengajar dari 21 Jun 2011 hingga 8 Ogos 2011. Sebulan lebih. Walaupun murid-murid agak nakal, ana kat depan pun kadang-kadang mereka buat tak nampak, sabar. Ujian Allah. Buka senang nak jadi pendidik. Lebih-lebih lagi kena ajar murid yang belum boleh membaca. Hari ni adalah hari ketiga ana mengajar di SK KENNEDY BAY. Tak susah sebenarnya nak ajar murid yang agak hiperaktif ni. Bagi saja dia kerja. Kalau dia tak nak buat, pujuk lembut-lembut. Lepas tu puji kerja dia. "ha..pandai pun" Ana suruh duduk diam pun tak guna, sebab dia tak ikut. Tu la taktik ana. Alhamdulillah.. menjadi la juga. Baca doa permudahkan urusan. InsyaAllah.. Allah sentiasa akan bantu kita. Subjek yang ana kena ajar English, Pendidikan seni, Pendidikan moral dan muzik. Muzik la subjek yang ana tau tau langsung nak ajar murid-murid tu semua. Ana dah la pernah fail muzik masa sekola rendah dulu. T_T


Tuesday, May 24, 2011

Kebebasan belum milikku


Sekali lagi Allah beri keizinan untuk menulis. Alhamdulillah. Praise be to the Almighty Allah. Dulu, masa kecil, nak sangat jadi dewasa. Ingatkan jadi orang dewasa ni boleh buat apa saja yang kita nak. Rupanya indah khabar dari rupa. Bila diri dah rasa, nak jadi kecil balik boleh tak? Mungkin Allah belum nak bagi kebebasan tu kat ana sebab nanti ana salah guna. mungkin ana belum bersedia. positif. bersangka baik pada Allah. Bukankah semua yang terjadi itu aturan Ya Rabb?  Tapi... Ya Rabb... ana nak sangat driving tanpa ibu dengan ayah kat sebelah memantau kelajuan kereta yang dipandu ana. Ana nak sangat pergi kemana sahaja tanpa dihalang ibu dengan ayah.Tak apa, satu hari nanti. InsyaAllah. Allah suruh ana bersabar. Sebab Allah tau ana suka drive macam schumacher. hehe. Bukankah Allah bersama dengan mereka yang sabar. Setiap kali ana rasa sedih, ana cari buku nak tarbiyyah diri, mengingatkan diri yang Allah sentiasa bersama dengan hambaNya. Ana terbaca ayat "Allah sentiasa bersama mereka yang sabar". Ya, kita selalu jumpa ayat ini. Dalam Al Quran pun ada. Tapi ana selalu lupa. Allah berdialog dengan ana tanpa disedari. Hari ni, ana jumpa ayat ni kat blog "Bicara Hati Ibu"
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu kerana
Masakan Allah sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang dia mahu
Kerana...
Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak
dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Rabbnya.



Wednesday, April 6, 2011

mohon undur diri sebentar


Tinggal seminggu saja lagi, final exam ana yang pertama untuk tahun pertama ijazah undang-undang di Uitm Shah Alam. Untuk memberi focus 100% dengan exam, ana mohon undur diri sebentar dari dunia blogging ini. Tapi ana takkan pernah undur diri dari dakwah. insyaAllah.. 

p/s Bittaufiq wannajah fil imtihan untuk sahabat2 yang ada exam bulan ni :) Moga Allah permudahkan urusan kita

Sunday, March 6, 2011

jiwa yang kosong




  Beri jiwamu santapan. ia merayu kelaparan. minta diisi dengan makanan.
Bukan dengan spaghetti, bukan dengan char kuey teow, tapi dengan ILMU

Apa jibril cakap kat Rasululullah s.a.w saat turunnya wahyu pertama? BACALAH. Nampat tak kat situ agama kita sangat mementingkan ilmu. Tanpa ilmu kita tak kenal Pencipta. Tanpa ilmu kita tak kenal siapa Rasul. Tanpa ilmu kita tak tahu baca mushaf suci Al-Quran. Tanpa ilmu kita TAK KENAL ISLAM. 

Sahabat setauhid dengan saya ada ilmu. Tapi pelik. Mereka tak amalkan. 

Situasi :

Sepasang merpati dua sejoli duduk berpacaran di tepi tasik. Bila sahabat saya dengan imej bertudung labuh mendekati mereka. Merpati2 tadi tu bergegas beredar dari tempat tu

Kenapa? sebab mereka tau apa yang mereka buat tu salah. Mungkin sebelum ni pasangan couple ni pernah diberi peringatan. Tapi sebab bertuhankan NAFSU, tetap juga nak buat benda yang salah tu.  Jangan tutup  telinga dari menerima ilmu. Selalulah hadirkan diri ke majlis2 ilmu. Beri sedikit pengisian buat jiwa. Bila jiwa kosong, jiwa akan memberontak.Hati tak tenteram. Pemilik jiwa mula cari ketenangan. Jika si pemilik jiwa tersalah pilih cara menenangkan jiwa yang gundah sebab dia TAK ADA ILMU, semakin jauh la dia dengan tuhannya. 

Sahabat, carilah ketenanganmu di dalam solat, di dalam setiap helaian mushaf, di setiap titis nasuha doa tulusmu. Isi lah jiwamu. Jangan dibiarkan kosong. Allah sentiasa dengar rintihanmu kerana Dia sentiasa bersamamu. Ketenangan tu tak kan dapat ditemui dengan cara melepak di shopping mall, karaoke, tengok wayang. 

Mungkin ada..

Tapi ketenangan tu takkan lama. sekejap saja. Ingat. 
Orang yang beriman, ketenangannya di dalam solat



  Ya Rabb, berilah mereka hidayahMu. Pertemukan lah kami di jannahMu. Amin..

Thursday, March 3, 2011

syadid sangat kah?


Alhamdulillah, masih berpeluang untuk bernafas. Moga setiap hirup udara diselitkan dengan zikir 


bukti kesyukuran
 Bukti kehambaan kepada yang Maha Satu
 Bukti kecintaan sejati pada Cinta hakiki


Dalam perjalanan pulang ke Kolej Mawar, berbual dengan seorang sahabat tentang isu "Syadid" Daripada kita berbual benda lagha, lebih baik berkongsi ilmu. Dapat pahala insyaAllah..


Syadid atau pun "extreme". Terkadang takut diri terlampau syadid. Ana tak tegur lelaki, melainkan lelaki tu yang tegur ana dulu. fikir 2 atau 3 kali nak tegur kecuali time perlu. Kadang2 ada rakan sekelas lelaki sapa, ana senyum dan ucap hai balik kat dia.Walaupun timbul keraguan " Tak salahkah apa ana buat ni? Allah tak marah kah memaniskan muka dengan bukan mahram". Semuanya memerlukan ilmu untuk menjawab persoalan ana tadi. Takut dengan cara ana ni, ana dilabel sombong. 


Syadid sangat kah ana?
bila sahabat yang disayangi bergelumang dengan maksiat?
bila ditegur
nasihat keluar ikut telinga kiri
ye.. dakwah mesti ada seni
ye.. dakwah mestilah selembut air
tapi bila semua nasihat diendahkan
rasa fed up pun ada


Harus kuat!!  Harus ikhlas!! Rasulullah boleh.. insyaAllah ana boleh.




Ya Rahman.. berilah petunjukMu.


tengah rancak berbual dengan sahabat, tiba2 boomm!!. Toleh belakang. Motor berlanggar dengan kereta Myvi hitam. Seorang perempuan keluar dari Myvi lepas tu cek kereta takut ada calar. Hairan. lelaki yang kesakitan atas jalan raya tu macam mana?. Tapi nasib baik tak apa2. Mungkin lelaki tu cedera ringan saja.


(IKLAN SEBENTAR)





Sunday, February 27, 2011

Ketenangan













                Sekali lagi ana diberi peluang untuk mengupdate ruangan warkah seorang hamba. Kalau pembaca perasan, penulis menggunakan panggilan diri berubah2 sejak dari post pertama. kejap guna saya, penulis, ana.. tapi ana membuat keputusan untuk istiqamah menggunakan "ANA" hingga ke akhir hayat penulis blog ini insyaAllah. Saban hari, ana cuba mentafsir kejadian dari perspektif berbeza. Melihat segala yang terjadi adalah ketentuan Al-Khalik untuk ana huraikan sendiri rahsianya. Tanpa ana sedari, ia menjadi habit dan perlahan-lahan timbul stau ketenangan dalam hati. Ketenangan yang luar biasa. Hinggakan jika ditakdirkan baju ana di ampaian hilang malam ni. Ana tak kisah, bukan rezeki ana. Mungkin Allah nak jauhi ana dari kejahatan yang ada pada baju itu. Jika kita melatih diri untuk bersangka baik dengan Allah, insyaAllah keyakinan kepada Allah semakin mantap. Akidah bertambah kukuh. Tuhan yang sentiasa mengawasi setiap langkah dan gerak geri kita itu ada. Mari hadirkan Allah dalam setiap degupan jantung. dalam setiap oksigen yang dihirup.  Masa tu la kita akan merasakan "Islam itu indah". 


Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang
(Surah Al-Ra'd: 28)


       Tapi, keindahan islam tak dapat dirasakan oleh semua orang. Ana pernah berdebat dengan seorang hamba Allah. Tapi, disebabkan ilmu yang ana miliki seperti lopak air jika nak dibandingkan dengan lautan, perdebatan itu berakhir tanpa diketahui siapa pemenangnya. Ana bukannya nak menang, tapi kalau boleh ana nak beri satu nasihat yang boleh mematahkan hujah hamba Allah itu dan membuat dia berfikir sejenak tentang kata-kata ana. 



HA: Saya ada seorang kawan, tudung labuh. Tapi rupanya pernah "main" dengan     
       lelaki. So, Don't judge the book by it's cover. Tak semua orang pakai tudung labuh tu baik.
Terus terang ana tak faham apa yang dia maksudkan dengan "main". Tapi ana diamkan saja.

ANA: Eh, awak tak boleh cakap macam tu tau, sekurang-kurangnya mereka pakai 
         tudung. Ikut seruan Allah. Kena ingat mereka tu manusia bukan malaikat. Awak kenapa tak pakai tudung?

HA: Tak sedia lagi. Nak pakai tudung bila timbul dari hati.

Ana: Tapi kita hidup bukan selamanya. Dan hidayah tu kena cari bukannya di tunggu.  

HA: Tpi ramai je saya tengok orang pakai tudung, tapi kadang2 buka tudung? Tak nak la pakai sebab orang suruh. Nanti tak ikhlas.

Ana: Bukan ke semua bermula dengan first step? Keikhlasan tu akan timbul bila awak dah biasakan diri.

Perbualan berlanjutan hingga ke isu couple. Astaghfirullahalazim.. bahaya jika tak ada ilmu. Bukannya cari ilmu dunia saja. ilmu untuk bekalan akhirat pun perlu. Ana akui, ilmu terlalu sedikit. Benar kata seorang sahabat, dakwah perlu ada seni. Tak boleh gunakan ilmu yang kita ada untuk mengutuk sasaran dakwah. Mungkin ana terlalu ikutkan nafsu. Maafkan ana ya Allah.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...