Jam telah pun menunjukkan pukul 2 pagi. Dah pagi rupanya patutlah berat mata aku..keluhku. Buku latihan terakhir yang dah siap kusemak ku letakkan di atas meja. Aku bersengkang mata sampai ke pagi semata-mata nak menyemak semua kerja rumah yang ku berikan kepada anak-anak didikku. Nasib baik la esok hari sabtu, boleh ‘qada’ balik tidur. Aku bingkas bangun dan terus menuju ke katil. Selamat malam.. moga esok akan menjadi hari yang bermakna buatku dan lebih baik dari hari-hari sebelumnya..Bisikku perlahan.
Kring…kring… bunyi jam loceng di sebelah akhirnya memecahkan keheningan subuh. Aduhai…cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru seminit yang lalu aku melelapkan mata. Walaupun rasa macam badan aku kena himpit Gunung Everest, tapi ku gagahkan juga bangun untuk mendirikan solat subuh. Assalamualaikumwarahmatullah.. Selesai satu kewajipan. Selesai membaca doa, ku bingkas turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Seperti biasa, ibu tercinta memang sentiasa bangun lebih awal. Kagumku dengan ketabahan hati wanita di hadapan ku ini. Senyuman yang diukirnya menenangkan dan mendamaikan hatiku. Sejak pemergian ayah 10 tahun lalu, ibu lah segala-galanya bagiku. Oh tuhan, janganlah engkau ambil dia daripadaku kerana ku masih memerlukan kasih sayangnya,,, rintihku. “Zinnirah.. dah mandi ke belum ni?” Tanya bonda tercinta. “Dah bu, sebelum solat subuh tadi.. bu jom lah makan, lapar…” ibu tersenyum dan menyertaiku menjamah nasi goreng yang masih hangat..
Petang itu ku habiskan dengan meng’qada’ tidurku. Namun, bunyi telefon bimbit telah menganggu tidurku. Alahai,,, baru nak mimpi. Ku perhatikan nama di skrin. Oh.. Luqman rupanya. Segera ku picit butang hijau pada telefon bimbit.” Assalamualaikum awak… awak apa khabar? Sihat?” Tanyaku dengan nada mesra. Luqman Hakim adalah tunangku. Sudah sebulan usia pertunangan ini dan insyaAllah tahun depan akad perkahwinan akan terlafaz. “Waalaikumussalam.. sihat Alhamdulillah..saje telefon nak tanya khabar bakal penghias hidup saya ni.” Luqman tergelak kecil. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata yang kedengaran lembut di telingaku. “Saya sihat alhamdulillah awak.. awak tu yang kena jaga kesihatan. Kalau tak, camne nak jaga kesihatan pesakit kalau kesihatan doktor sendiri tak terjaga.” Nasihatku. “iye, awak jangan risau, mestilah kena jaga kesihatan terutamanya suara, takut-takut nak lafaz akad nanti takde suara pulak.” Katanya berseloroh. Tinggal sebulan je lagi lepas tu kami sah menjadi suami isteri.Sudah terbit rasa sayangku pada lelaki ini. Aku ingin menjadi yang halal buatnya ya Allah.Biarlah dia yang pertama dan terakhirku. Kami tidak berbual panjang, biarlah yang selebihnya selepas ijab Kabul nanti. Luqman Hakim lah pilihan hati ini..
~*~*~*~*~*~*~*~
“Selamat pengantin baru Zinnirah...” ucap Falah, sahabat karibku. Sebulan telah pun berlalu, syukur Alhamdulillah, kami telah selamat diijabkabulkan. “Terima kasih Falah.. awak tu bila nak ajak saya makan nasi minyak?” usikku sambil melirik senyuman pada Falah.”InsyaAllah... Cuma tak ketemu lagi si teruna yang dicari” Falah tergelak .Pagi tadi semasa majlis akad nikah, Luqman hanya melafazkan akad sekali sahaja dan tanpa ku sedari air mataku menitis. Oh.. terasa kebahagiaan di hatiku. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dan kini aku sah menjadi miliknya. Ku pandang wajah ibu.. lalu ku sapu air matanya dan ku dakap seerat-eratnya. “nirah, jangan derhaka pada suami ye.. ingat, syurga isteri di telapak kaki suami.” Pesan ibu. Aku mengangguk perlahan sambil menguntum senyuman. Setelah bersalaman dengan ibu dan adik lelaki tersayang Ali Akbar, kereta Honda CRV memecut keluar dari perkarangan rumah dan menuju ke banglo dua tingkat yang baru dibeli Luqman. Tiba-tiba ku terasa tanganku digenggam, lantas ku menoleh ke kanan. Senyuman terukir di bibir Luqman. “hehe terkejut? Sorry…akhirnya dapat jugak genggam tangan iseri abang ni.” Kedatangan Luqman mematikan lamunanku. “ haha abang ni, lain kali bagi lah salam” gelakku. “Lah… perlu ke?” Soal Luqman lalu mengambil sisir dari tanganku dan menyikat rambutku. “Sayang.. jom tidur” manja kedengaran suaranya. Aku tersenyum cuma. Inilah kali pertama Luqman memanggilku sayang. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. tubuhku diangkatnya.Ahh.. bahagia sungguh rasa hati. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah…Amin ya Rabbal Alamin..
2 comments:
sakina sayang.
cerpen ni buat sy nk kawen cepat2.
:p
haha,ape2 pun.
Good job.
:)
hahaha :D time kaseh nina sebab sudi membaca :) cerpen kedua coming soon..
Post a Comment