Ya Rabb, aku masih tercari-cari siapakah dia bakal mujahidku. Seorang pejuang yang akan membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. Ar-rijal yang isyaAllah dapat memelihara tubuhku dari panasnya api nerakaMu. Zauj yang akan memimpinku ke puncak nasuhamu. Namun dirinya masih rahsia penciptanya dan namanya telah tertulis untukku di kitab nyata Luh Mahfuz.
Ya Allah, muliakanlah akhlakku kerana ku tahu, seandainya tidak sedemikian peribadiku maka begitulah jua akhlak bakal imamku. Sesungguhnya, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Tersangatlah bimbang diri ini seandainya tidak mampu mendidik hati dan mengawal nafsu menggeruni azab siksaMu, tidak akan dapat aku memiliki pencinta syahidMu. kerana yang ku impi adalah seorang pejuang untuk sama berjihad di jalanMu yang terbentang dan melahirkan para mujahid dan mujahidah dari rahimku..
Biarlah dia yang ku cari adalah yang pertama dan terakhir selama hayatku. Sesungguhnya yang ku tunggu bukanlah lafaz akad darinya untuk memiliki hatinya semata, melainkan jambatan untukku ke jannahMu. Dek kerana hatinya bukan hak milikku melainkan milik robbul jaleel.
Tapi, perjalanan hidupku masih jauh dan masih terlalu awal untukku mengenal erti sebuah cinta lantaran cita-cita yang masih perlu ku gapai dan masih belum ku raih cinta teragungku kerana impianku menjadi Hurun A’in penghias syurgaMu. Ya tuhanku, janganlah engkau berikan hatiku kepada sesiapapun melainkan diriMu selagi belum tiba masanya. Janganlah engkau jerumuskan diri ini ke arah cinta nafsu yang membawa bahana. Diri ini amat bersyukur kerana masih belum ditakdirkan pertemuan sedar antara aku dengan dia sebelum lafaz akad kerana takutku kepada sang pencipta, bimbangku akan menempah tempat di nerakaNya.Kerana ku tahu, cintaMu, cinta abadi dan cinta hakikiku. Andainya diriku telah ditakdirkan seperti Rabiatul Adawiyah, wanita sufi yang tidak dipetik mana-mana lelaki, aku redha Ya Allah kerana ku tahu mungkin jodohku bukan di dunia fana ini melainkan di akhirat kelak insyaAllah..
2 comments:
SALAM,
VERY NICE ENTRY FR WOMEN..
MACAM SAJAK..
P/S: HEPY BLOGWALKING.. ;)
terima ksaih your comment:)
Post a Comment